Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,
Ini Lah Salah Satu Contoh Terbaik Transformasi Politik UMNO. Ulamak Muda UMNO Adalah Satu langkah Dan Inisiatif Umno Terus Dekat Dengan Hati Rakyat Jelata.
Semoga Usaha Murni UMNO Ini Di Berkati Oleh Allah SWT..
Wednesday, August 24, 2011
Tahniah Ustaz Fathul Bari - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?
Telah disampaikan kepada Keris akan berita mengenai Wacana Ilmiah Sinar Harian yang berlangsung pagi tadi dengan Tajuk ''Ulama Politik, Untuk Dakwah Atau Parti''. Panelis yang menjadi panelis adalah :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat)
Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak)
Fathul Bari Mat Jahaya (Ulama Muda UMNO)
Bersama Moderator Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkenaan isu agama yang mengelirukan.
Sebagai orang muda yang berfikir secara sinikal dan kritikal mengenai isu politik di Malaysia, Keris amat mengagumi pemahaman serta perjuangan beliau di dalam mengubah persepsi rakyat mengenai Islam di dalam UMNO dengan tertib dan berhemah. Beliau dapat menerangkan kedudukan Islam sebagai salah satu perjuangan UMNO serta keberkesanan peranan beliau sebagai Ilmuwan Muda UMNO. Inilah sebahagian drpd Transformasi Pemuda UMNO dlm Isu2 semasa. Tahniah Ustaz Fathul Bari ( Ulamak Muda Umno )
Monday, August 22, 2011
Syukur Program Ramadan Lancar
Salam Sahabat2 Alhamdulilah Semua Program Bulan Ramadan Semua Berjalan Lancar.
1) Cat rumah Ibu Tunggal Yg Kena Kanser Yang Mempunyai 6 anak
2) Gotong-Royong Masyarakat Dun Kg Tunku Bersama Community Partner PJ
3) Bubur Lambur 1Msia DiSeri Setia Bersama Dun Kg Tunku
4) Majlis Berbuka Puasa Bersama AJK Dun Kg Tunku Dan Anak2 Majlis TTDI
5) Bubur Lambur Bersama Rakyat Vista Subang Pemuda PJU
6) Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim Bersama Pemuda PJU
7) Berbuka Bersama Masyarakat Kurang Bernasib Baik Bersama Umno PJU
8) Bubur Lambur Bersama Masyarakat Damansara Baru
9) Dun kg Tunku Sumbangan Mkn Sahur Utk Anggota Keselamatan Di PJU
10)Berbuka Puasa Bersama2 Anak2 Yatim Dan Warga Yg Kurang Bernasib Baik Pemuda Umno
Msia
11)Subangan Beras Pada Golongan Yg Kurang Bernasib Baik Di Sekitar PJ Utara.
Sunday, August 21, 2011
Salam Ramadhan & Aidilfitri Drpd ArmandPJU
Sungguh Cantik Kain Pelekat,
Dipakai Orang Pergi Ke Pekan.
Hari Raya Semakin Dekat,
Silap Dan Salah Mohon Dimaafkan
Berharap Padi Dalam Lesung,
Yang Ada Cuma Rumpun Jerami,
Harapan Hati Bertatap Langsung,
Cuma Terlayang Di Blog Ini.
Sebelum Cahaya Syurga Padam,
Sebelum Hidup Berakhir,
Sebelum Pintu Taubat Tertutup,
Saya Mohon Maaf Zahir Dan Batin….
Kacau Dodol Di Tengah Hari,
Di Kacau Bersama Upin Dan Ipin,
Armand Tak Mahu Ketinggalan Sama,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Dan Batin,
Kira Kosong-Kosong Ya GENG
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
p/s
Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati, Saya Dgn Rendah Diri Ingin Menyusun 10Jari Memohon Kemaafan Jika Terkasar Bahasa Dan Kesilapan Saya, Sepanjang Saya Mengenali Anda Semua,Harap Di Halalkan Segala Makan Minum.Saya Akan Berangkat Menunaikan UMRAH Pada Pagi 28hb Ogos Ini. Semoga Allah Swt Berkati Umrah Saya Insyallah, Akhir Sekali Saya Ingin Mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN, Sekian Wasalam
Gerakan Bantah Penggunaan Kalimah Allah
BERSATULAH MELAYU
Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah
Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita
Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju
Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung
Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih
Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua
Monday, August 15, 2011
APA DAH JADI? THE STAR BIADAP
Saya rasa akhbar the star perlu memberhentikan promosi lelaki kahwin lelaki spt yang ditulis secara besaran olih akhbar ini pada jumaat lalu yang menyatakan seorang rakyat malaysia akan mengadakan majlis nikah sejenis di amerika dan juga di malaysia.
Ini perbuatan luar tabii ini bukan budaya malaysia juga budaya orang timur juga dilarang olih agama kristian hindu buddha apatahlagi agama islam .rakyat malaysia patut menentangnya sbelum ia menjadi parah.akhbar star memang biadap.
Semua ini terjadi kerana perjuangan "human rights" hingga hilang asas menghormati budaya dan agama di negara kita kini. Apa dah jadi kini, macam2 perkara yang saya lihat telah mencabul martabat agama di negara kita sejak kebelakangan ini, kerana apa, kerana perpecahan yang kian besar antara umat islam dan melayu kerana permainan POLITIK..Cukup2 lar...Jom kita bangkit bila isu berkenaan dengan martabat agama islam dan bangsa melayu.
Jika kita bersatu bukan maksudnya kita ni semua perkauman tetapi kita harus bersyukur kita dilahirkan oleh Allah SWT sebagai umat Islam berbangsa Melayu.
KDN HARUS TEGAS.................
Gay pastor to marry partner in New York at the end of the month
By NG SI HOOI
sihooi@thestar.com.my
KUALA LUMPUR: The self-confessed Malaysian gay pastor and his African-American partner are planning to tie the knot at the end of the month in New York.
Rev Ou Yang Wen Feng, 41, and his partner Phineas Newborn III, 47, a Broadway musical producer, also planned to have a Chinese wedding banquet and traditional tea ceremony in Kuala Lumpur eventually.
“We are still in the planning stage but we will register as spouses first in New York. We plan to tie the knot on Aug 31 as it is Malaysia's National Day. It means a lot to me,” he said in an e-mail interview recently.
Happy family: Ou Yang posing with Phineas and his daughter Zaya.
Ou Yang had told AFP in an interview that Phineas popped the question on June 26, two days after New York City legalised same-sex marriages.
Ou Yang, who now serves at the Metropolitan Community Church in New York, said his family members met Phineas last year and they liked him very much.
“To find a partner to spend your life with is not easy, ” he said, adding that he planned to come back to Malaysia for holidays next year.
“Phineas is an intelligent person and I feel that I can learn a lot from him and engage in stimulating conversation. He is very focused and determined to achieve success in whatever he pursues and has a very strong will to overcome life's challenges.
“He is connected to his own spirituality and supports my church work. We learn a lot from each other,” he said, adding that Phineas has a 14-year-old daughter Zaya who lives in the same neighbourhood.
“So we see her all the time,” he said, adding that Phineas was just like him - a closet heterosexual who finally came out to be who he is.
Ou Yang said “coming out” took place in 2006 after nine years of childless union with his now ex-wife, whom he described as an “angel”. Ou Yang grew up in a conservative Christian family.
Ou Yang, a former columnist with Sin Chew Daily, is currently in Hong Kong promoting his book on homosexuality and Christianity.
“I was also invited to speak in some churches in Hong Kong. I also spent some time in China. I was invited to talk in Chengdu and Guangzhou,” he said.
Saturday, August 13, 2011
DAP berjaya hapuskan Azan di Penang
PAS Youth today declared its support for Penang Fatwa Council's decision to prohibit the use of loudspeakers for the recital of the Quran before dawn prayers. Wow, if Umno Youth said the same thing, they wud be labelled as anti islam or worst kafir if not already. Great job PAS!
Larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh mengikut laporan berita harian 12 Ogos 2011. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengeluarkan arahan supaya semua masjid dan surau di seluruh Pulau pinang mematuhi arahan tersebut seperti didalam surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh mereka.
Arahan menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh dikatakan bercanggah dengan hukum syarak kerana boleh mengganggu orang yang berada di dalam dan di luar masjid. Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.
PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor.
Saya nak tanya apa komen anda tentang berita ini…
Belum lagi reda tentang isu bantuan kewangan gereja kepada orang Islam di Malaysia timbul lagi isu baru kali ini, di Pulau Pinang pula masjid dan surau tidak lagi di benarkan memperdengarkan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara. Isunya kenapa Majlis Fatwa pulau Pinang baru nak keluarkan fatwa yang ianya haram, sedangkan sudah lama amalan itu di amalkan bukan sahaja di negeri Pulau Pinang malah amalan memperdengarkan bacaan Al-Quran ketika subuh diamalkan di seluruh negara.
Kenapa negeri lain tidak keluarkan fatwa yang sama kenapa majlis fatwa kebangsaaan tidak keluarkan fatwa yang sama. Adakah orang di negeri Pulau Pinang sahaja yang terganggu dengan bacaan Al-Quran ketika Subuh. Bagaimana dengan orang kelantan, orang kedah, orang perak tidakkah mereka terganggu.
Biasanya bacaan Al-Quran diperdengarkan sebelum masuk waktu subuh sebelum azan berkumandang. Samaada dimainkan melalui cd ataupun di baca sendiri oleh orang yang datang awal subuh ke masjid atau surau. Bukan sahaja waktu subuh diperdengarkan bacaan Al-Quran, tetapi lain-lain waktu juga sperti sebelum waktu maghrib, Asar dan juga zohor. Mungkin kadang-kadang volume pembesar suara mereka terlalu tinggi sehingga mengganggu, masalah tersebut boleh di selsesaikan dengan menegur jawatankuasa masjid dan mengadakan perbincangan dengan mereka supaya memperlahankan volume pembesar suara mereka.
Saya rasa di tempat anda juga masjid dan surau bebas untuk dengarkan bacaan Al-Quran ketika sebelum masuk waktu. Begitu juga ketika ada ustaz menyampaikan ceramah dan tazkirah, pembesar suara digunakan. Tujuannya untuk menyampaikan kepada orang yang tak datang pada majlis tersebut dengan harapan mereka dapat mengambil tahu walau satu patah perkataan yang di sampaikan.
Mula-mula dilarang perdengar bacaan Al-Quran pada waktu Subuh, kita tak tahu lepas ini apa akan berlaku, mungkin waktu lain juga akan menyusul larangan serupa. Apakah pandangan umat Islam di Pulau Pinang dan pandangan umat Islam di Malaysia. Bagaimana Pas di pulau Pinang apa pendapat anda? Surau-surau pas juga akan dilarang berbuat demikian. Saya yakin ada orang yang menerima larangan ini dengan perasaan yang begitu seronok sekali dan ada juga yang kesal dengan larangan ini.
Mereka yang suka dengan larangan ini adalah mereka yang tidak mahu tidur mereka diganggu dengan mimpi-mimpi yang enak di waktu subuh di mana ianya adalah waktu yang paling susah untuk kita bangun dan ke masjid walhal hanya 2 rakaat sahaja.Kita juga ambil maklum siapa yang memerintah Pulau Pinang dan siapa majoritinya. Anda tengok dan anda fikirlah sendiri. Malah di negeri diperintah orang Islam itu sendiri pon masih bercelaru dan kekurangan inikan pula kuasa di tangan orang bukan Islam. Marilah kita berfikir apa acuan Islam yang kita perlu pada hari ini.??
Kadang-kadang kita terlepas subuh kerana tiada siapa yang mengejutkan kita. Tapi akan ada orang yang akan kata itu hal masing-masing, kubur lain-lain. Kalau siapa ingat suatu ketika di negeri Selangor berkenaan isu azan, tetapi di pulau pinang mereka bertepuk tangan…Orang Islam bangkitlah….Majlis Fatwa kebangsaan dan negeri negeri lain tolong kaji tentang isu larangan ini…
Pembesar suara-al-Quran: Kerajaan negeri tak terlibat, kata Exco
August 12, 2011
GEORGE TOWN, 12 Ogos — Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada pentadbiran masjid atau surau di negeri itu membuat pertimbangan sendiri sama ada mahu menggunakan sistem pembesar suara untuk mempendengarkan bacaan al-Quran dan zikir sebelum waktu subuh atau sebaliknya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebagai pentadbir institusi agama, pihak masjid dan surau bagaimanapun sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.
“Majlis Fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad pada 6 Jun lepas memutuskan perbuatan berkenaan boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid,” katanya dipetik Bernama Online.
Sebuah akhbar tempatan hari ini memetik pekeliling Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang yang mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan penggunaan sistem pembesar suara ketika bacaan al-Quran pada waktu sebelum subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Abdul Malik berkata kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang tidak terlibat dalam keputusan Majlis Fatwa dan meminta perkara berkenaan tidak dipolitikkan.
“Saya hanya tahu perkara ini setelah membaca laporan sebuah akhbar tempatan, selepas itu saya menghubungi Majlis Fatwa dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan.
“Mufti berada di luar negara dan akan pulang hari ini, satu sidang akhbar berhubung perkara berkenaan akan diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Ditanya faktor yang mempengaruhi keputusan yang dibuat Majlis Fatwa itu, beliau berkata:”Saya berpendapat keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa adalah berdasarkan pemerhatian dan situasi semasa serta pandangan umum berhubung bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara”.
Isu Mismah Penjelasan Sebenar
Akhirnya Puan Mismah tampil kehadapan dengan menjelaskan kepada kita siapa dirinya dan yang paling utama taraf kewarganegaraan beliau bagi memberikan bukti kepada rakyat Malaysia.
Malaysiakini Fitnah dengan cukup dasyat sampaikan pemimpin pembangkang bertali arus menghentam kerajaan terutama SPR dan JPN dalam isu Mismah ini.
KNYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA
3 August 2011
Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:
Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh
Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia
tidak kurang dari 12 tahun.
Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.
Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, 31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar.
Berkaitan kes Mismah, dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia
Sekian, terima kasih.
Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
03 Ogos 2011