Thursday, September 29, 2011

PVTM & PEMUDA "MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU"




PVTM Salah Sebuah NGO Yang Begitu Konsisten Dalam Gerakan Mereka Terutama Di Negeri selangor dan Wilayah Persekutuan Sepanjang Penubuhannya.






Soalan Disini Adakah Dihargai Oleh Peminpin2 Kerajaan Khususnya,Gerak Kerja Yang Begitu Baik Terutama Dalam Hal Ehwal Kebajikan Veteran Tentera Melayu. Alhamdulilah kini Usaha Yang Di Buat Oleh Presiden PVTM Sdr Ali Tinju Telah Berjaya Menyatukan Beberapa NGO Yg Ada Hubungan Kiat Ngan Pejuang2 Negara. Kini PVTM Telah Berjaya Satukan PBTM ( Persatuan Bekas Tentera Melayu ) Dan PBPM ( Persatuan Bekas Polis Malaysia) Dimana Sebelum Ni Susah Nak Melihat Persatuan Ni Bersama Sebelum Ni, Tetapi Adakah Pemimpin Atasan yang di Pertanggungjawab Hargai Gerak Kerja PVTM Ni.




Benarlah Kata Peribahasa Melayu ”Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama”. Perumpamaan Tersebut Akan Terus Terpahat Di Ingatan Semua Ahli PVTM Sebagai Tanda Menghargai Jasa Dan Pengorbanan Yang Telah Dicurahkan Oleh Bekas Anggota Yang Bersara.Wajah Kegembiraan Di Setiap Beka Anggota Yang Bersara Kerana Jasa Dan Pengorbanan Mereka Selama Ini Demi Mengangkat Nama Baik Pasukan Dihargai Oleh Pihak Atasan.





Bak Kata Pepatah, ”Bukan Wang Riggit Menjadi Ukuran, Bukan Pingat Menjadi Impian”. Cukup Sekadar Jasa Yang Disemai Dan Budi Yang Ditabur Dikenang Agar Generasi Akan Datang Meneruskan Kecemerlangan Pasukan.

Kini PVTM Akan Turut Bersama2 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Utk Turun Keperingkat Akar Umbi Utk Menyatakan Sokongan Pada Pemuda UMNO Yang Begitu Konsisten Menyokong Dan Membantu Bekas Veteran Tentera Melayu. Insyallah Akan Bergabung Di Atas Satu Pentas Iaitu PENTAS PATRIOT Bagi Mencerikan Segala Pengalaman dan Susah Senang Sebagai Anggota Tentera Yang Berkhidmat Utk Mempertahankan Negara. Utk Mengingati Rakyat Siapa Pejuang Negara, Askar Melayu Atau Komunis.






Semoga Allah SWT Berkati Segala Usaha PVTM Bersama Presidennya Sdr Ali Tinju, Saya Mewakili Gerakan Suara Anak Muda 1Malaysia Senantiasa Akan Menyokong Segala Gerak Kerja PVTM khususya Dlm kepentingan Pendidikan,Kebajikan,Ekonomi Anak2 Bekas Veteran Tentera Melayu.





Ianya Tanggungjawab Kita Selaku Anak Muda Utk Membantu Anak2 Bekas Veteran Tentera Melayu Utk Terus Maju Dalam Negara Kita.

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Gerakan Suara Anak Muda 1Malaysia

Wednesday, September 28, 2011

Apa Benar DS Najib Gadai 30% Hak Bumi?



Apa Benar Najib Gadai 30% Hak Bumi?
Filed Under ( berita pisau, melayu rasis ) by pisau on 29.9.11

Apabila membaca kenyataan Ds Najib mengenai Ekuiti 30% bumiputra,ternyata ia di spin amat baik sekali oleh pakatan. Kenapa pisau katakan ia amat baik. Ini kerana mereka menggunakan istilah DEB 30% dihapuskan oleh Najib.Hinggakan ada pro BN sendiri terkeliru dan terikut rentak pakatan.

Apa yang sebenarnya berlaku?Ini semua rentetan daripada satu soalan yang diajukan kepada Ds Najib di Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur yang dilaporkan oleh Malaysiakini .



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada bumiputera dalam membina kapasiti mereka kerana pendekan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan.

Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.

"Kami mahu menghindari kuota tetapi kami akan menyokong supaya mereka (usahawan bumiputera) terus berkembang.
"Sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan
bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan mereka," katanya.

Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna".

"Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau.

"(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya



Malangnya ,kalangan yang pro BN turut sama melatah dengan pelbagai hujah tanpa meneliti semula apa yang diperkatakan oleh Ds Najib.

Untuk mengetahui apa sebenarnya disebalik penghapusan ekuiti kuota 30% bumiputra anda wajib baca artikel kebodohan 50 billion orang melayu yang di dakyahkan oleh Guan Eng:klik sini malah turut disokong oleh blog Ringgit Insider artikel klik ini

Perlu diperjelaskan disini, isu ekuiti bumiputra berkait dengan pegangan saham,ini bukanlah isu menghapuskan kepentingan dan hak bumiputra 30% yang ada didalam sektor awam atau didalam sektor lain,Isu ini berkaitan reform didalam dasar pemilikan ekuiti bumiputra di bursa saham yang semua orang tahu terbukti gagal.



Ia berkenaan meritokrasi didalam bumiputra itu sendiri.Adalah tidak mengejutkan isu ini tidak mendapat respon daripada NGO seperti Perkasa dan pemimpin Umno sendiri kerana mereka faham mengenai reform yang dilakukan oleh Ds Najib.

Masihkah anda ingat mengenai ucapan Ds Najib di Konvesyen Memperkasa Model Baru Ekonomi ,Satu Jihad Ekonomi Bumiputera, di UiTM, Shah Alam bulan baru baru ini?

Anda wajib tonton video ucapan Ds Najib di sini untuk mengetahui apa sebenarnya penghapusan kuota 30% ekuiti bumiputra kepada meritokrasi bumiputra.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hentam masyarakat bukan Melayu dan Melayu Liberal yang mahu kuota bumiputera dihapuskan dan meritokrasi diamalkan sepenuhnya, sebagai golongan yang tidak mengenang jasa terhadap kerajaan yang ditunjang oleh orang Melayu.

Ada orang Bukan Melayu kata kita tidak perlu kuota, dan mahu laksana meritokrasi. Ada juga di kalangan mereka yang dipanggil Melayu Liberal. Memang mereka kaya kerana kerja kuat. Tetapi ia kerana negara kita aman dan mereka dari dulu diberi peluang.

Mereka kaya kerana negara kita stabil dan ditadbir dengan baik. Siapa yang bagi mereka lesen gula, beras, bank, dan macam-macam?. Sebab itulah mereka kaya. Mereka juga kaya kerana kepimpinan UMNO-Melayu yang adil, katanya.



Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Konvesyen Memperkasa Model Baru Ekonomi Satu Jihad Ekonomi Bumiputera, di UITM, Shah Alam, Jumaat.

Najib berkata kekayaan negara harus diagihkan secara adil dan saksama, menepati prinsip sosial serta mencerminkan kedudukan bangsa Melayu dan Bumiputera yang menjadi majoriti dalam engara ini.

Mereka tidak kenang jasa orang Melayu dan lupa bahawa, hakikatnya orang Melayu masih ada lagi yang berada dalam keadaan terpinggir. Sebahagian besar daripada kita masih duduk di pinggir bandar dan luar bandar serta memerlukan bantuan, katanya.

Najib berkata sistem yang hanya berdasarkan 100 peratus meritokrasi hanya akan melahirkan negara tidak bermutu. Katanya, memberi fokus keseluruhan sistem dari sudut meritokrasi semata-mata adalah tidak adil kepada individu yang tinggal di kawasan luar bandar kerana mereka tidak boleh bersaing secara seimbang dengan golongan yang tinggal di kawasan bandar.

Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan akan terus mengadunkan meritokrasi dan keadilan sosial untuk memastikan rakyat pelbagai kaum tidak ketinggalan daripada menikmati kemajuan negara.

"Kita mesti adunkan meritokrasi dan keadilan sosial. Kita tidak boleh hanya mengamalkan meritokrasi sahaja. Kita tidak boleh tutup peluang anak-anak Bukan Bumiputera, tetapi pada masa sama anak-anak Melayu yang ketinggalan tidak boleh dipinggirkan.

"Sekarang mereka tidak kenang jasa orang Melayu dan lupa bahawa hakikat Melayu masih banyak ketinggalan terutama di pinggir bandar dan luar bandar," katanya.

Najib berkata, konsep meritokrasi akan diamalkan untuk membantu usahawan Bumiputera. Sehubungan itu katanya, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sedang dalam proses menyenaraikan 1,100 syarikat Bumiputera untuk disenaraikan di bursa saham.



Kita akan bantu syarikat-syarikat ini untuk menjadi lebih besar hingga ke peringkat antarabangsa. Kalau perolehannya mencapai RM100 ribu pada tahun ini, dalam tempoh tiga hingga empatt tahun kita akan bantu supaya dia akan meningkat kepada RM1 juta atau RM10 juta. Kita sedang kumpulkan data dan insyalah dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi kita akan umumkan senarainya.

Program ini adalah satu pendekatan baru yang berdasarkan prinsip meritokrasi di kalangan syarikat Bumiputera. Tak ada lagi soal kroni, atau siapa kita tahu, tapi orang yang benar-benar boleh berjaya, orang itulah yang mesti kita akan bantu, katanya. 19/8/11.AGENDA DAILY

Ramai yang salah faham mengenai meritokrasi bumiputra,meritokrasi ini bukan untuk bersaing dengan kaum lain,sebaliknya ia adalah meritokrasi dikalangan bumiputra sendiri ia seperti mengenal pasti terlebih dahulu usahawan yang benar benar berkebolehan .

Usahawan yang layak dan mempunyai kebolehan akan dibantu melalui EKUINAS(Ekuiti Nasional) dan TERAJU,Ds Najib melakukan reform mengubah pegangan bumiputra yang tiada daya tahan kepada bumiputra yang mempunyai ketahanan (sustainbility).

Setelah melalui proses ini,barulah pegangan ekuiti bumiputra tidak menyusut seperti mana yang berlaku sebelum ini sebaliknya pegangan bumi akan meningkat.Ds Najib mahukan bumiputra yang berdaya saing bukan hanya mendapat kuota melalui IPO kemudian menjual pegangan sebaik saja harga melambung tinggi.Ds Najib mahukan bumiputra mampu beraksi walaupun di "padang yang tidak rata"

Dalam pada itu bumiputra yang berjaya melalui sistem meritokrasi ini akan bersaing dengan bukan bumi di pasaran saham.Ini salah satu hasil inovatif dalam masa membantu bumiputra tetapi tidak membelakangkan kaum lain.



Ds Najib bersama TERAJU & EKUINAS menyokong bumiputra yang rajin dan berdaya saing,bukan menyuap bumiputra yang pemalas dan kroni. Adakah pendekatan ini salah? Adakah ini yang dikatakan menghapus hak bumiputra ? Adakah ini kononnya menguris hati dan perasaan orang melayu? Melayu mana yang anda maksudkan? Melayu kroni atau melayu pemalas?

Azmin dan Anwar lebih baik anda diam daripada bercakap soal hak ekuiti bumiputra,merekalah penyangak yang menjarah ekuiti bumi didalam bursa saham. ABRAR Group yang kumpul berbillion ringgit yang dijaga oleh Rahim Ghaouse siapa punya.?

Read more: http://www.pisau.net/2011/09/apa-benar-najib-gadai-30-hak-bumi.html#ixzz1ZMN2S1tJ

What Is GWM MALAYSIA ?







GWM Malaysia Placed under the sturdy umbrella of well-established SMS Group of companies, the young and independent Green Oranges Sdn. Bhd (GOSB) has proven their capability by securing sole franchise holder and exclusive distributor role for Great Wall Motors (GWM) and TGB ATV.



Led by knowledgeable and accomplished management team whom of many have had extensive experienced founding and setting up business (NAZA, Proton and Perodua) in the automotive industry, Green Oranges is more than confident to undertake any challenges laid upon their path.



Some of the company's management team accumulative proven track record includes:

Setting up Proton and Perodua
Setting NAZA Plant from ground '0'
Developing more than 20 vehicle models
Developing vendors and logistic system
Export programme to ASEAN and other countries
International networking
Global Sourcing



Vision and Strategy

To be a producer of entry and eco friendly (niche) vehicle via smart partnership with other global players specialising in these areas.



The company's goals are:

To produce cheaper entry and eco-friendly vehicles in segments once dominated by the Japanese and Korean automobile manufacturers for domestic and ASEAN market.
To make Malaysia a production hub for these vehicles.
To become a contract assembler for low volume model.

Great Wall Motor has been a leading player in both domestic and international markets. In 2009, the Company changed its development mode and adjusted the product mix by boosting three range of vehicles, namely Hover, Voleex and Wingle.

Great Wall Motor has been a leader among Chinese brands in respect of export volume and export value in the overseas markets since several years. Currently, GWM exports its products to more than 100 countries and regions across the globe including Italy, Australia, New Zealand, Russia, the Middle East, East Asia, India, Philippines, Brazil, Costa Rica and African continent including South Africa.



AND IT'S HERE IN MALAYSIA NOW

CALL US FOR MORE INFO

PHONE : +6037722 366
FAX : +6037722 891
WEBSITE : http://www.gwm.my/



Green Oranges Sales and Services Sdn Bhd
B-2-11, 2nd Floor, Block B,
TTDI Plaza
Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur

http://www.greenoranges.com.my/
".

Tuesday, September 20, 2011

Semoga Tahun Ni Ada Lagi Celoteh Datuk Ishak



Terbaik , Ucapan Ikhlas Daripada Hati



Semoga Ada Ramai Pemidato Pemuda Mewarisi Cara Beliau



Ceramah Yang Tidak Membosankan, Tahniah Dato' Ishak

PVTM NGO YANG BERKHIDMAT TANPA PUTUS ASA



Persatuan Veteran Tentera Melayu(PVTM) ditubuhkan pada 4/2010 di luluskan pada 27/1/2011 demi menjaga kebajikan Ahli2, Balu2 bekas tentera PVTM, Oku bekas tentera PVTM, Anak-anak bekas tentera PVTM & Wargamas bekas tentera PVTM. kami PVTM juga menyatukan NGO2, menyokong pihak kerajaan serta tegur pihak kerajaan.







Kini PVTM merupakan salah satu NGO yang bergerak aktif dalam negara khususnya dalam menjaga kebajikan veteran tentera malah seisi keluarga bekas-bekas anggota beruniform yang telah berbakti dan berkhidmat pada Negara.

Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) yang disahkan penubuhannya,akan memberi tumpuan kepada bantuan untuk kelompok kecil bekas tentera khususnya yang berada di kawasan pinggir bandar juga bandar bagi membolehkan mereka memperoleh bantuan selayaknya.











Ketika ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) persatuan sudah mula bergerak ke beberapa kawasan bagi membela nasib golongan terbabit selain mengalu-alukan penyertaan sebagai ahli.

Presidennya, Mohd Ali Baharom, berkata terdapat sembilan kawasan dimasuki pihaknya untuk tujuan menyalurkan bantuan antaranya Sepang, Kajang, Puchong, Hulu Selangor, Ampang, Klang, Cheras dan Kepong.

Katanya, pihaknya berharap bekas tentera di kawasan berkenaan memberi kerjasama dengan mendaftar sebagai ahli bagi menyemarakkan kembali hubungan baik sesama mereka seperti sering ditekankan ketika berkhidmat.









“Penubuhan PVTM bermatlamat memberi bantuan kepada rakan seperjuangan kita dari kalangan bekas tentera sama ada darat, laut mahupun udara banyak menabur bakti sepanjang tempoh perkhidmatan.



Bantuan diberi berbentuk khidmat nasihat, khidmat saluran maklumat mengenai bantuan atau saluran seperti Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) untuk memudahkan berurusan.
PVTM akan membantu menyelesaikan masalah dihadapi secara berperingkat dan sistematik dan diharap bekas tentera berjaya dalam perniagaan tampil membantu PVTM memperbaiki kekurangan dalam persatuan.

Menghargai sumbangan askar veteran,duka sejarah hidupnya,menabur jasa dan bakti demi masa depan agama, negara dan anak bangsa




Program Persatuan Veteran Tentera Melayu Jejak Balu-balu Tentera & Polis di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Begitu Konsisten Sejak Di Tubuh hingga Kini.‎





Alhamdulilah kini 3 Presiden Gabungan PVTM,PBTM & PBPM Bersatu demi prinsip perjuangan yang sama iaitu menjaga kebajikan veteran dan bekas anggota beruniform telah ke Majlis Memperingati Perjuang Negara bertempat Balai Polis Bukit Kepong Muar Johor Pada 13 Sept 2011.



Soalan saya disini, Dikatakan Kerajaan kini menghargai jasa-jasa mereka menjaga keselamatan Negara.Kenapa tidak diberikan Kedudukan SENATOR Pada Kedua2 Persatuan Yang Mewakili Bekas Veteran Anggota Tentera dan Bekas Veteran Anggota Polis Yang konsisten aktif dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anggota mereka.







Apa2 Pun Tahniah PVTM Semoga Allah Swt Berkati dan Permudahkan Urusan Anda, Saya selaku Presiden Gerakan Suara Anak Muda 1Malaysia Senantiasa Akan Menyokong Pihak Yang konsisten Dan Aktif Dlm Perjuangan Kebajikan Dan Memartabatkan Agama,Bangsa Dan Tanah Air..