Tuesday, May 8, 2012

MeloyaKini Tipu Laporan Pertembungan "SAM1M & SAMM"




Salam sahabat2 berikut adalah petikan artikel drpd MeloyaKini. Cerita2 nya banyak telah di manupulasi, memang MeloyaKini ni kerja menipu sahaja.

Sekumpulan penyokong BERSIH 3.0 bertembung dengan satu lagi kumpulan anti-perhimpunan (Kita tentang himpunan yang tidak aman dan menghuru harakan negara, himpunan aman kami tiada masalah) itu dalam satu kejadian yang hampir mencetus pergeseran di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini.


Insiden pada anggaran jam 2.50 petang itu bermula apabila kumpulan pro-BERSIH, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) disorak oleh kumpulan anti-perhimpunan berkenaan, termasuk anggota NGO Suara Anak Muda 1Malaysia. (Bagus jugak depa up kan NGO saya)


Kumpulan SAMM diketuai pengerusinya Badrul Hisham Shaharin itu mula disorak dengan panggilan "pengkhianat negara" (Yang huru harakan negara dan mencederakan pihak polis dalam himpunan dimana beliau salah seorang pemimpin terlibat, betul lah statement tu)apabila kumpulan itu mula bergerak dari satu kawasan parking ke kawasan pintu masuk Bukit Aman.



Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila seorang pemimpin Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah secara tiba-tiba meluru ke arah pemimpin Badrul Hisham. (Alahai semua disitu, ramai saksi. Bila masa saya meluru kearahnya, bukankah dlm video tu dia yang menuju kearah saya)

Beberapa orang anggota polis bagaimanapun berjaya menghalang Armand daripada mendekati Badrul Hisham dan 10 orang yang lain dalam insiden yang berlaku selama kira-kira 10 minit. (Apa daa, punya wartawan..baru belajor menipu ker, saya dihalang dekati Chegubard, mak aiii cover baik, ada apa2 ker dia ngan Bard, tgk jer Video tu)

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Badrul Hisham berkata provokasi berkenaan menunjukkan bahawa kumpulan dipimpin Armand itu mengamalkan politik tidak matang. (Alahai Bard, tindakan BERSIH huru harakan negara tu matang ker? pecahkan kenderaan polis dan pukul anggota polis tu matang ker? Tgk video tu statement saya "Awak Hormat Saya, Saya Hormat Awak" Gentlemen apa, ada ker saya pukul2 dia atau berlaku perbincangan)

"Tahniah dan terima kasih kerana menyerlahkan lagi wajah sebenar mereka. Logiknya, tindakan mereka itu tidak dapat memenangi undi rakyat yang kini semakin matang," katanya. ( Yeap rakyat makin matang untuk menolak Pakatan kerana budaya himpunan yang menghuru harakan negara)

SAMM hadir ke Bukit Aman hari ini untuk menyerahkan memorandum bagi mendesak supaya pihak polis yang terlibat melakukan kekerasan ke atas peserta perhimpunan 28 April itu menyerah diri. (Kenapa tak desak amik tindakan pada Azmin Ali dan Anwar Yg mencetuskan huru hara di dataran)

Badrul Hisham berkata, memorandum itu juga mendesak agar PDRM memberi penjelasan sama ada terdapat anggota polis menyamar sebagai peserta pada himpunan itu. (Penjelasan awak yang gagal kawal himpunan tu camana lak)

"Saya mahu, PDRM tampil beri penjelasan berapa ramai anggota polis menyamar sebagai pendemonstran. Nyatakan berapa jumlah dan dedahkan siapa.

"Jika tidak, kita tidak menolak cakap-cakap yang mengatakan polis menghantar anggotanya di kalangan demonstrator sebagai ejen provokasi," katanya.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada seorang wakil ketua polis negara, ASP Ramli Yusuf dalam suasana tegang ketika berdepan dengan kumpulan penyokong anti-BERSIH bersama Armand.



Kumpulan bersama Armand itu dalam perhimpunan terdahulu pula menyerahkan kenyataan ikrar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sokongan terhadap tindakan pasukan itu dalam menangani perhimpunan 28 April.

Perhimpunan pada kira-kira jam 1.10 petang itu diketuai presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Datuk Mohd Ali Baharom yang berkata mereka menyokong PDRM kerana mahu negara yang aman.



"Kita beramai-ramai berikar hari ini menyatakan bahawa kami sokong PDRM," katanya yang menyifatkan perhimpunan 28 April sebagai "anasir jahat untuk menumbangkan negara."



Katanya lagi, tindakan yang ditunjukkan peserta perhimpunan berkenaan juga merupakan perbuatan yang "kurang ajar."

"Saya minta agar Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) dapat menahan mereka yang membuat provokasi dan ketua-ketua mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan ikrar tersebut kepada ASP Ramli.



Turut hadir dalam perhimpunan selama 15 minit itu ialah wakil NGO Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Pertubuhan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak.

Kumpulan yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu juga membacakan ikrar berkenaan dan turut melaung slogan "hidup polis", "hancur Ambiga" serta menyanyikan lagu "Barisan kita."

Tapi yang pasti SAMM dan PAKATAN gagal hantar memorandum tersebut di pintu Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Hanya Berjaya serah memo tersebut di Sebelah TANDAS di kawasan letak Kereta.

PRU13, RAKYAT MALAYSIA WAJIB BERSIHKAN PAKATAN DARIPADA MALAYSIA...

"MALAYSIA FOR PEACE"
Post a Comment