Monday, November 26, 2012

SELAMAT BERSIDANG PARA PERWAKILAN YANG SAYA HORMATI




Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia,

Saya ingin mengucapkan selamat datang para Perwakilan UMNO seluruh negara ke PWTC bagi PERSIDANGAN AGUNG UMNO 2012.

Saya doakan semoga ALLAH SWT Berkati segala usaha , dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik pada semua.

Kita terus kehadapan dan perkukuhkan saf perjuangan kita, biarkan mainan politik kebencian mainan cicak mengkarung PAKATAN. Abaikan sahaja, kerana agenda perjuangan UMNO lebih besar dihadapan. Kita perjuangkan kepentingan rakyat sejak ditubuhkan, PAKATAN ditubuhkan untuk kepentingan individu yang berangan-angan nak jadi Perdana Menteri.

Para Perwakilan, perjuangan kita adalah perjuangan yang ikhlas dan diberkati oleh ALLAH SWT sejak DAHULU, KINI DAN SELAMANYA..


Semalam YB Khairy Jamaluddin telah berucap di Forum Antarabangsa UMNO bertajuk ‘Konflik dan Pendamaian dalam Politik Rakyat’ yang diadakan sempena Perhimpuan Agung UMNO 2012. Dimana dihadiri oleh wakil pelbagai negara dan para pelajar luar dan dalam negara.


KUALA LUMPUR, 26 Nov – Untuk menjadi pemimpin yang lebih baik, golongan pemimpin dan ahli politik perlu memahami keperluan dan kehendak generasi muda atau Generasi Y (Gen Y), kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
“Dengar luahan mereka dan dengar apa yang menjadi kemarahan mereka…dan buat sesuatu mengenainya, dan bukan hanya kata dengar apa yang kami kata dan kami akan buat sesuatu untuk anda,” katanya.

Khairy bercakap sebagai anggota panel sidang pleno pada Forum Antarabangsa UMNO bertajuk ‘Konflik dan Pendamaian dalam Politik Rakyat’ yang diadakan sempena Perhimpuan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Mengulas mengenai tajuk ‘Generasi Y dan Penglibatan dalam Politik’, beliau berkata bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli politik mesti menyesuaikan diri dengan cara baharu dalam menyebarkan mesej mereka memandangkan golongan muda masa kini telah beralih kepada media sosial seperti Twitter dan Facebook
Sementara itu, Presiden Persekutuan Kesatuan Pelajar Melayu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Muhammad Eizaaz Muhd Redzuan berkata teknologi komunikasi maklumat (ICT) mempunyai peranan dalam mempengaruhi persepsi Generasi Y terhadap pelbagai isu yang timbul terutama yang berkaitan politik.
“Ini kerana Generasi Y adalah masyarakat yang dipandu pengetahuan, terima kasih kepada adanya ICT dalam dunia tanpa sempadan,” katanya.
SELAMAT BERSIDANG PARA PERWAKILAN YANG SAYA HORMATI.

Sunday, November 25, 2012

Siapa Anuar Hamzah? Manusia Yg Hina Ds Najib Kini Dapat Kontrak Makan UMNO?



Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,
Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah pada Sahabat Gunung yang berani buat pembongkaran ini, saya selaku Ahli UMNO akan berdiri teguh untuk pertahankan awak Sahabat Gunung.
Siapa Anuar Hamzah? Manusia Yg Hina Ds Najib Kini Dapat Kontrak Makan Perhimpunan Agung UMNO 2012?
Wahai manusia yang bergelar Annuar Hamzah, memang dasar yang opportunis menghina UMNO dan Pemimpin UMNO tapi mencari rezeki dengan UMNO.

Lihat betapa mulianya UMNO yang berikan kontrak pada penyapu macam Anuar Hamzah. 

Soal saya, apakah sudah tiada Ahli UMNO yang boleh kita berikan kontrak ini, apa sebabnya kita berikan keutamaan pada manusia durjana seperti Anuar Hamzah dalam Persidangan Agung UMNO 2012?

Saya selaku ahli UMNO rasakan pihak pengurusan harus lebih sensitif dalam isu ini, Saya selaku ahli UMNO rasakan WAJIB Kontrak ini diberikan pada ahli UMNO sendiri bukan pada penyamun yang bernama Anuar Hamzah.

SAHABAT GUNUNG SAYA MENDIRI TEGUH BERSAMA AWAK DALAM ISU INI..BERANI KERANA MENEGAKKAN KEBENARAN WALAUPUN PAHIT.

PETIKAN DRPD BLOG SAHABAT GUNUNG:

Anuar Hamzah- Aku Bukan Tabur Pasir Dalam Periuk Nasi Ko Tapi Aku Menjaga & Mempertahankan Rumah UMNO .....
Posted by Sahabat Gunung on 8:07 AM in barumenarikslider | 1 Komen



Alhamdulillah, akhirnya apa yang aku pendam sejak sekian lama dapat juga aku luahkan di sini, setelah ko petik nama aku hari ini dalam FB ko …

Hari nie aku nak jawab tuduhan jahat sahabat aku nie, saudara Anuar Hamzah …. Yang menuduh aku sebagai menabur pasir dalam periuk nasinya ….. Dan selepas mendoakan BN Hancur dalam PRU13, dia nak jadi orang pertama yang hulur sedekah kepada aku ….

Takpelah bro…. lebih baik ko pergi sedekah kepada anak-anak yatim, orang-orang susah lagi baik….. aku tak nak sedekah orang yang sombong macam ko nie ….

Bro, kenyataan ko mengatakan aku tabur pasir dalam periuk nasi pada ko nie satu tuduhan jahat bro …. Sejak bila plak aku tabur pasir dalam periuk nasi ko…. Ada BUKTI?

Aku hanya tulis dalam FB aku dengan ayat yang berbunyi….. “UMNO nie bagus.... walaupun 'orang' tu cakap UMNO sial, UMNO haram jadah, UMNO rasuah dll. ... tapi UMNO bagi gak 'orang' tu job catering.... macam dah tak de org UMNO yg bisness catering nie... tapi yg bestnyer... sanggup plak buat muka bodoh bisness dgn UMNO.”



Aku tak sebut pun nama ko…. Jadi adakah ini bukti bahawa aku telah menabur pasir dalam periuk nasi ko …..

Ko ada kata ….. “aku anak M'sia yg ada hak utk b'suara.”……


Jadi aku pun boleh cakap yang aku …………. “Aku anak M’sia dan AHLI UMNO yang ada hak untuk bersuara untuk mempertahankan Rumah UMNO dari dimasuki oleh orang-orang yang menghina, memaki UMNO, Najib dan 1Malaysia……..”

Jadi, ko janganlah kaitkan aku dalam masalah ko nie …. Takkan aku sebagai orang UMNO terpaksa menutup mata bila orang PKR atau PAS …. Opsss!!! Ko bukan orang PKR atau PAS …. Ko NGO bebas …..

sambung balik ….. takkan aku sebagai orang UMNO terpaksa menutup mata bila orang yang menghentam UMNO dan BN serta Najib untuk masuk ke Rumah UMNO ….


  
Okeylah bro ….. aku menDOAkan bisness ko terus suksess walaupun bukan di bangunan UMNO, banyak lagi peluang dan bisness di tempat lain berbanding di rumah UMNO ….

Aku takkan mendoakan yang buruk-buruk dan sombong… tak baik…. 




Sahabat-Gunung: Takkan kau akan mendiamkan diri kalau aku pergi berak, pergi kencing bersepah rumah ko, lepas tu aku masuk suka-suka jer makan kat rumah ko .... Aku juga ada hak untuk menjaga dan mempertahankan 'rumah UMNO' dari orang yang menghina dan memaki hamun parti UMNO....

Thursday, November 22, 2012

FAKTA BUKAN AUTA www.selangorbn.fm


Saya Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Pada Pihak www.selangorbn.fm Kerana Menjemput Saya Bagi Wawancara Pada Khamis 22hb Nov 2012 Jam 12tgh-1ptg. Temubual Secara Live Bagi Segmen 'Suara Anak Muda".

Tahniah Pada Pihak BN Selangor Yang Membuat Satu Lagi Gerak Kerja Yang Baik Khususnya Dalam Mendekati Anak Muda Serta Penerangan Isu2 Semasa Terus Kepada Rakyat Dalam Cara Yang Santai. Diantara Soalan2 Yang Di Tanya Pada Saya.

Apa Perkara Baru Dlm BN Yang Menarik Anak2 Muda?

Pemuda BN di Bawah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin Banyak Membuat Program2 Yang Lebih Menyelesaikan Masalah Orang Muda. Pemuda BN Kini Lebih Kearah Mencari Penyelesaian Isu2 Muda.

Sebagai Contoh. Anak2 Muda Mahukan Suara Mereka Didengar, Lantasnya Tubuh Unit Pidato Pemuda BN Di Mana Kita Memberikan Satu Ruang Bagi Mereka Untuk Menyuarakan Isi Hati , Cadangan, Aspirasi Dan Harapan Mereka. Bukan Sekadar Itu Sahaja Kita Juga Melatih Anak2 Muda Yang Minat Dalam Berpidato Dan Pengujahan Awam Utk Menjadi Jurubicara Pemuda BN Di Pentas Ceramah, Forum, Dialog , Debat...Etc.

Masalah Pengangguran Anak Muda, Pihak BN Telah Buat BN Job Fair Mencarikan peluang2 Pekerjaan Bagi Anak2 Muda, Pemuda BN Bergerak Di Seluruh Negara Dalam Usaha Membantu Anak Muda Yang Memerlukan Peluang Pekerjaan.

Anak Muda Yang Kreatif, Pemuda BN Telah Buat BN Youth Music Untuk Anak Muda yang Kreatif Dalam Bidang Seni Di Berikan Ruang.

Anak Muda Yang Minat Kerja2 Sukarelawan, Pihak Pemuda BN Telah Menubuhkan BN Youth Volenteers. Utk Buat Kerja2 Kebajikan Dan Kerja2 Sukarelawan. Sambutan BNYV Amat luar Daripada Jangkaan. Pada Yang Meminati Media Sosial.

Siapa Tak Kenal Pada Unit Media Baru (UMB) Yang Konsisten Dalam Menjawab Isu2 Semasa Baik Didalam Blog, Facebook, Twitter Atau Apa Jua Sosial Media Terkini. Ni Lah Pembaharuan Pemuda BN


Betulkah Anak Muda Kini Bersama2 BN?

Ye Betul. Ini Berdasarkan Fakta Bukan Auta. Pihak Pakatan Mengeluarkan Persepsi Mengatakan Anak Muda Kini Bersama Mereka. Bagi Saya Ini AUTA BUKAN FAKTA.

Biar Saya Jelaskan, Berdasarkan Fakta. Boleh Dikatakan Saluran Undian Orang Muda Di Pilihanraya2 Kecil Bermula Daripada Manik Urai Hingga Yang Terakhir, Undian Orang Muda kembali Kepada Barisan Nasional Ini FAKTA BUKAN AUTA.

Pilihanraya Negeri Sarawak Heboh Pakatan Awal2 Mengatakan Sarawak Akan Jatuh Pada Mereka Bukan Main Sombong dan Ego Cara Mereka Berkempen, Akhirnya Keputusan Memihak Pada Kerajaan BN Dan Sekali Lagi Undian Anak Muda Sarawak Bersama2 BN. FAKTA BUKAN AUTA.

Paling Baru , Sudahkah Kita Lupa Pihak Pakatan Mengatakan Mahasiswa Semua Pro Pakatan Dan Sekali Lagi Mereka Mengunakan Askar Upahan Murahan Mereka Si Adam Adli Dan Geng Merapu Beliau Dalam Mainan Persepsi Mengatakan Mahasiswa Bersama PAKATAN. Mengamuk Sana-sini, Demo Sana-sini, Tidur Sana-sini.. Tapi Isyarat Jelas Mahasiswa Yang Matang dan Bijak Telah Membuat Isyarat Bersama Aspirasi Kerajaan Barisan Nasional Dimana Pilihanraya Kampus 18 Daripada 20 IPTA Memihak Pada Pro-Aspirasi Atau Menyokong Dasar Kerajaan. Ini FAKTA BUKAN AUTA. 

Kenapa Pihak Pakatan Diam Bila Gagal Dapat Sokongan Mahasiswa? Saya Yakin Kalau Keputusan Memihak Pada Pihak Mereka Pasti Mereka Akan Heboh 1Malaysia, Tapi Bila Gagal Diam Seribu Bahasa.  

Apa Nasihat Pada Anak Muda Yang Mahu Kecimpung Dalam politik?

 Nasihat Saya Pada Adik-adik Yang Minat Pada Politik Adalah Bila Kita Letakkan Kaki Dalam Arena Politik Kita Harus Tanamkan Semangat Keikhlasan Dan Senatiasa Sedia Berkhidmat Untuk Rakyat. jangan Masuk Politik Untuk Kejar Jawatan dan Kekayaan, Jika Ini Yang Dibawa Saya Yakin Adik2 Akan Kecewa, Tapi jika Kerana Prinsip Perjuangan Utk Menegakkan Kebenaran, Keadilan dan Membantu Rakyat Sebagai Agenda Utama insyallah Adik Akan Terus Berjaya.

Saya Berpegang Pada Amanat YTM Tunku Abdul Rahman "Ketua Adalah Seorang Hamba Yang Persembahkan Dirinya Supaya Menjadi Pesuruh Kepada Sekalian Rakyat Jelata. Dan Tugasnya ialah Untuk Mengorbankan Diri Untuk Berkhidmat Pada Rakyat Jelata Itu Makna Yang Saya Tahu Dan Itulah Menjadi lambang Pejuangan Saya Sebagai KETUA UMNO"


Kata2 Dan Amanat Beliau Insyallah Akan Jadi Pegangan Saya Dalam Arus Politik Saya Insyallah. Ini Adalah Sebahagian Soalan Yang Ditanyakan...

Terima Kasih Sekali Lagi ,Rakan2 Yg Gunakan IPad, IPhone, Blackberry Dan Smartphone Bole Download Application Di www.selangorbn.fm.

 BN Pilihan Orang Muda

 Armand Azha Hj Abu Hanifah

Sunday, November 18, 2012

UFB Tempelak PAS Doa Hancur UMNO

KITA MANUSIA ALLAH SWT BERIKAN AKAL DAN FIKIRAN UTUK MENILAI MANA YANG BAIK DAN MANA YANG TIDAK. 

 SAYA SEORANG AHLI UMNO YANG BERAGAMA ISLAM DAN BERBANGSA MELAYU MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN SELAMAT DUNIA SERTA AKHIRAT PADA SEMUA UMAT ISLAM TANPA MENGIRA APA JUA FAHAMAN POLITIK MEREKA, KERANA SAYA CINTAKAN PERPADUAN UMMAH SESAMA KITA.

Pemuda BN Sedia Pentas Untuk Anak Muda

TAHNIAH PADA PESERTA2 KURSUS UNIT PIDATO PEMUDA BN
Syukur Alhamdulilah Selesai Ngan Jaya Kursus Pemidato Muda Anjuran Unit Pidato Pemuda BN, Tahniah Peserta2 Muda Seluruh Negara Yang Hadir, Bangga Melihat Jiwa Dan Semangat Anak Muda Yg Minat Dlm Politik


UNIT PIDATO PEMUDA BN

Pemuda BN Sedia Pentas Untuk Anak Muda Berdepan Dengan Pembangkang
Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

1SUARA, 1HARAPAN, 1MALAYSIA

Kuala Lumpur, 17 Nov – Unit Pidato dan Pengucapan Awam Pemuda BN hari ini mengadakan Kursus Kemahiran Berdebat Pemuda BN yang bertujuan untuk melatih muka-muka baru untuk mereka tampil sebagai penceramah atau naik ke pentas debat, dialog atau perbahasan.

TERIMA KASIH DATUK MEGAT P/SU PEMUDA UMNO MALAYSIA

Pengerusinya, Lokman Noor Adam berkata, ia merupakan langkah kedua selepas kursus-kursus yang telah dianjurkan sebelum ini.
SEDIA BERKHIDMAT

“Sebelum ini kita mengadakan kursus-kursus untuk melahir dan melatih penceramah-penceramah dan kini kita fokus pula untuk melatih mereka-mereka yang boleh berhadapan dengan pembangkang dalam siri-siri forum, debat dan sebagainya.
LATIHAN BERKUMPULAN

“Walaupun kita menjangkakan kehadiran hanya 30 orang untuk kumpulan fokus ini, namun hari ini yang hadir sudah melebihi 50 orang. Ini merupakan satu petanda baik kepada ahli-ahli kita kerana ia menjadi bukti bahawa minat golongan muda dalam ilmu komunikasi ini terbentuk khususnya dalam membantu BN dalam pilihan raya umum yang akan datang,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

DEBAT ALA PARLIMEN

2 PEMACU PEMIMPIN PEMUDA BN

1MALAYSIA
LATIHAN CERAMAH

SALAH SEORANG PESERTA , BAKAL MELANJUTKAN
PELAJARAN SEBAGAI SEORANG DOKTOR

LATIHAN CERAMAH

TAHNIAH PADA PESERTA-PESERTA


LATIHAN BERKELOMPOK

DEBAT ALA PARLIMEN

PERBINCANGAN BERKUMPULAN

PENGERUSI UNIT PIDATO SDR LOKMAN NOR ADAM

BAHAS USUL-USUL POLITIK

Tambahnya, Unit Pidato dan Pengucapan Awam Pemuda BN merancang untuk mengadakan program sebegini dengan lebih kerap di masa hadapan, agar dapat melahirkan lebih ramai peserta-peserta untuk terlibat dalam kumpulan-kumpulan fokus ini. – MediaUMNO

Thursday, November 15, 2012

Suara Anak Muda 1Malaysia Condemned The Attack By Israel Towards Gaza


 I represent @SAM1MSIA condemned the attacked by Israel 



I Arman Azha Hj Abu Hanifah Represent Suara Anak Muda 1Malaysia support all efforts to protect the security of the state of Palestine @BarackObama @NajibRazak #PeaceNoWar




Dear Mr @BarackObama I represent @SAM1MSIA condemned the attacked by Israel Towards Palestine. Wat Is Ur Stand As US President. #PeaceNoWar



@BarackObama Dear President the right of Israel to self-defense does not mean kill infants, children and pregnant women, @SAM1MSIA Condemned This Attack Towards Civilian, Stop This Killings

Dear Mr @BarackObama The situation of USA is not clear and gives the right to Isreal to self defence how come ? Palestanies are defence on their lands only @NajibRazak @SAM1MSIA


Gaza Has No Army, No Airforce, No Equipment For Attack Or Defence. This Is Not War. This Is Genocide Let's Unite And Pray For Our Brothers And Sisters In Gaza From Israel's Assault! 


Spend Some Quality Time For Them. Don’t Just Remember & Pray For Gaza Today, But Remember & Pray For The Civilians Of Gaza Every Single Day. #PeaceNotWar


"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" kata Anwar dalam wawancara dengan Wall Street Journal pada 26 Januari 2011.

Semalam Israel serang Gaza dalam satu operasi yang dinamakan "Pillar Of Defense"


Konon serangan bagi protect the security of Israel yang sekali lagi konon sering di bedil rekot hamas.

Nampak kaitannya? Nampak!!!! Sendiri Ada Akal Utk Menilaikannya...

LYNAS GUNAKAN FAKTA BUKAN AUTA


Pakatan Raja Drama, tak abis2 buat onar dan fitnah pada minda masyarakat  negara kita. Isu lynas Malaysia terang lagi bersuluh. pelbagai laporan dan kajian terperinci oleh pakar2 nuklear dalam dan luar negara menyatakan projek Lynas Malaysia Selamat.. LYNAS GUNAKAN FAKTA BUKAN AUTA.
FAKTA BUKAN AUTA

Tapi cicak-cicak mengkarung pakar2 raja drama politik negara mengatakan ianya tak selamat tanpa gunakan kajian hanya mengunakan provokasi. Pada pihak raja drama pakatan gerakan ini hanyalah untuk mendapat political mileage sahaja kerana seluruh rakyat malaysia tahu puak2 ni tau buat fitnah dan taburkan kebencian rakyat dalam apa jua isu kerana mereka sebenarnya kalau kita kaji dan nilai tak buat apa-apa pun untuk memikirkan untuk majukan negara, meningkatkan ekonomi negara, memikirkan masalah pengangguran ...pendek kata APA KERJA MEREKA SELAIN CERAMAH-CERAMAH?
FAKTA BUKAN AUTA

Pihak Mahkamah telah pun nyatakan Lynas Malaysia boleh mulakan operasi selepas mengkaji semua laporan dan kajian terperinci dalam semua sudut baik daripada sudut undang-undang mahupun keselamatan rakyat Malaysia khususnya rakyat Pahang.
LYNAS SELAMAT FAKTA

Kini akibat malu dan nak cover malu, geng2 cicak mengkarung ni nak buat onar raih simpati rakyat yg bijak pandai "Jalan Kaki anti-Lynas Drpd Kuantan Ke Parliment"  Lihat provokasi mereka ni, hanya nak raih populariti bukan memikirkan isu sebenarnya.. Bagi lar fakta2 kukuh dengan kajian drpd pihak pakar2 nuklear mereka menyatakan ianya tak selamat, bukannya buat Program Jalan Kaki Jauh2 ni..Apa kejadah cicak mengkarung ni, betul lar tak der kerja, siapa yang tanggung perbelanjaan gerakan mereka ini? duit siapa? agenda siapa? kepentingan siapa?


FAKTA BUKAN AUTA

Saya cadangkan pihak cicak mengkarung Raja Drama Pakatan ni amik bahagian dalam pemilihan acara Marathon atau Walkthon bagi sukan Olimpik yang akan datang bagi mewakili negara lagi bagus..Daripada buat kerja-kerja tak berfaedah ni..
FAKTA BUKAN AUTA

CICAK MENGKARUNG RAJA DRAMA PAKATAN
KUANTAN: A group of people took to the streets to join Himpunan Hijau chairperson Wong Tack in his anti-Lynas walk from Kuantan to Parliament House.
The walk, expected to take about two weeks, will see participants stopping by in towns such as Maran, Temerloh, Mentakab and Karak, before congregating in Dataran Merdeka.
They would camp there for a night before walking towards Parliament to deliver a memorandum on Nov 26 against the commencement of operations of the Lynas Advanced Materials Plant in Gebeng.
The walk began at about 8am yesterday near the MPK1 field with some religious personalities offering them prayers.
About half an hour later, they reached a Hindu temple in Tanah Putih to seek further blessings before stopping to rest in Taman Tas.
Individuals from four non-governmental organisations, activists and pressure groups based in Sarawak and Johor turned up to lend support.
On Nov 8, the Kuantan High Court lifted a suspension of Lynas’ temporary operating licence, paving the way for the plant to start operations soon.

WAHAI CICAK MENGKARUNG RAJA DRAMA PAKATAN CUKUP-CUKUPLAH BUAT FITNAH DAN ONAR DALAM NEGARA... MENIPU TAK ABIS2, OOPPPPSSS LUPA FITNAH DAN PENIPUAN SUDAH JADI DARAH DAGING PAKATAN, TAK TIPU TAK HIDUP LAR DEPA,...INGAT CERAMAH INGAT PAKATAN

Demokrasi - Mujahid Yusof Rawa Seleweng Ayat Quran..??


Menghalalkan Cara Kerana Ketagihkan Undi Untuk Kuasa..
Kita Punya Akal Untuk Menilaikan Kebenaran,

Pimpinan Pas cukup fobia dengan Cikgu Non ?



Siapa Orang Pas Dedahkan Satu Perjanjian Telah Ditandatangani Untuk Menafikan Hudud?

Pimpinan Pas memang cukup fobia kalau dengar nama Cikgu Non.

Cikgu Non adalah antara pejuang Pas yang jenis sanggup syahid dalam perjuangan. Orang seperti ini
sanggup berhabis atau berkorban apa sahaja demi parti. Dia juga adalah pejuang Pas sejak zaman Ibrahim Libya lagi.


Cikgu Non tinggal di Kampung Memali, berdekatan dengan sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Libya.

Sebab apa pimpinan Pas cukup fobia dengan Cikgu Non ?

Cikgu Non adalah antara penggerak utama untuk ibu-ibu tunggal yang suami mereka meninggal dalam kejadian Memali mencari pendapatan bagi meneruskan hidup.

Cikgu Non tahu bagaimana Pas mengutip duit dari orang ramai atas nama Tabung Memali yang mencecah juta-jutaan. Walaupun kutip juta-juta tetapi wang yang sampai kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim tidak seperti sepatutnya.

Setelah melihat wujudnya unsur-unsur penyelewengan dalam menguruskan isu derma itu, Cikgu Non mula bersuara. Mula-mula dia bersuara secara baik atau mengikut saluran parti. Tetapi suaranya tidak dipedulikan. Selepas itu beliau mula lantang bersuara tentang isu berkenaan. Kerana kelantangannya itu akhirnya dia dipecat sebagai ahli Pas seumur hidup.

Selepas dipecat Cikgu Non mula menulis sebuah buku yang menceritakan tentang kisah penyelewengan tabung Memali.

Pas cukup takut dengan buku itu......pernah dalam satu majlis ceramah di Memali petugas-petugas Pas memeriksa satu persatu gerai-gerai di tempat ceramah untuk memastikan buku berkenaan tidak di jual.

Seorang kawan pernah berjumpa dengan Cikgu Non dan dia berkata walaupun telah dipecat oleh Pas namun beliau tetap orang Pas.

Di bawah ini adalah video ucapan Cikgu Non di majlis Wacana mengembalikan Pas kepada perjuangan asal.

Cikgu Non mendedahkan bagaimana Pas telah menandatangani satu perjanjian dengan PKR dan DAP untuk tidak menyentuh hudud dan negara islam jika mereka berjaya menawan negara. 


Kita Punya Akal Utk Menilai, Lihat Otai2 PAS Pun Sudah Sedar PAS Sudah Tersasar Daripada Asas Penubuhan Kerana Taksub Pada ANWAR....

Sunday, November 11, 2012

LYNAS MALAYSIA KEBENARAN TERBUKTI


TAHNIAH LYNAS, KEBENARAN TELAH TERBUKTI

Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Lynas Advanced Material Plant (LAMP) boleh memulakan operasi sekali gus menolak permohonan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut.Pihak yang menentang Lynas yang menamakan diri mereka sebagai‘penduduk Kuantan’ diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon,menyatakan akan membuat rayuan supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP dalam masa dua hari.Yang menghairankan ialah ‘penduduk Kuantan’ini terdiri secara majoritinya dari kaum Cina.


Manakala,kumpulan pekerja dan penyokong Lynas pula majoritinya adalah Melayu.Ketika keputusan diumumkan,kira-kira 500 orang yang rata-ratanya beragama Islam itu turut berulang kali melaungkan takbir sebagai tanda meraikan kejayaan sebaik sahaja dimaklumkan keputusan Hakim,Datuk Mariana Yahya yang memihak LAMP.Ramai di antara kalangan pekerja tersebut menangis dan menadah tangan berdoa tanda bersyukur kepada Allah SWT di atas keputusan itu yang sekali gus menjamin periuk nasi mereka tidak terjejas.


Secara logiknya,pekerja-pekerja di sesebuah kilang adalah merupakan penduduk di sekitar kawasan berdekatan.Ini kerana objektif sesebuah pelaburan adalah juga untuk memberi pekerjaan kepada penduduk setempat,selain membangun kawasan itu dan menjana kewangan negara. Justeru, siapakah mereka yang menentang Lynas dan memakai nama ‘penduduk Kuantan’ itu jika mereka bukan terdiri dari penduduk sekitar ??? Dan apakah sebenarnya motif mereka ??? 

Selama ini yang menjadi juara isu Lynas adalah PKR dan kaum Cina.Kesungguhan mereka menentang Lynas dan menolak bukti-bukti saintifik yang dibentangkan oleh pakar antarabangsa,menimbulkan kehairanan dan syak wasangka.Mereka telah melakukan berbagai-bagai usaha di merata tempat secara tersusun sekali gus membuktikan terdapat penaja atau dalang di belakang mereka.Namun,dengan segala usaha dan dana yang ada,pihak mereka masih tidak dapat membentangkan hujah balas atau bukti saintifik juga bagi mengesahkan tuduhan mereka bahawa Lynas tidak selamat.

Maka jelas sekali bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah satu penentangan kosong,kalau pun tidak mempunyai agenda atau motif tersirat. Ia bukan berkenaan alam sekitar, jauh sekali prihatin terhadap kesihatan penduduk Gebeng.Lagipun,sejak bila kita mendengar kaum kiasu ini prihatin terhadap nasib kaum lain ??? Apakah niat mereka sebenarnya ??? saya bukan berniat untuk menjadi prejudis perkauman,tetapi sikap kiasu kaum ini sudah terbukti di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan juga di Singapura. 

Selain itu,sesiapa sahaja yang pernah melalui pengalaman bekerja di bawah golongan ini pasti tahu apa yang saya maksudkan.Namun,sikap mereka bukanlah isu.Isunya ialah kenapa dan mengapa mereka sanggup berhabis-habisan,mengerahkan tenaga dan masa untuk menegakkan sebuah auta ??? Apakah benar ia hanya strategi mencari publisiti bagi politik PKR atau PR ??? Atau apakah ia ada kena mengena dengan ancaman kilang ini terhadap dominasi negara China sebagai pengeluar nadir bumi terbesar ??? 


Melihat dari apa yang berlaku,tampak seolah-olah PKR atau PR hanya menumpang isu untuk menghentam kerajaan dan tidak lebih dari itu.Apa yang lebih jelas ialah ia merupakan satu agenda kaum Cina untuk menggagalkan operasi kilang ini sekali gus memburukkan imej kerajaan Malaysia selain mengganggu kestabilan dalam negara.Motif ??? 

Sukar dipastikan.Tetapi jika ia adalah untuk menjaga kepentingan negara China,maka tidak hairanlah kenapa kesetiaan mereka terhadap negara ini masih menjadi tanda-tanya.saya turut tumpang bergembira dan bersyukur kerana kilang itu sudah boleh beroperasi dan ini bermakna ramailah yang bakal berpeluang mencari rezeki.Alhamdulillah...


Saya sejak mula isu ini diputarkan sudah tahu ianya hanyalah mainan politik pihak pakatan. Secara peribadi saya rasakan kilang Lynas ini akan menaikan nama negara dan ekonomi negara baik pun ekonomi masyarakat di sekitar Pahang. Aoa pun jutaan tahniah pada pihak Lynas Malaysia..