Friday, January 27, 2012

Dr.Ridhuan Tee MANA KEADILAN Hasan Ali?



Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah – Pengganti Hasan Ali hanya diberikan portfolio adat istiadat Melayu, Belia dan Sukan sahaja dalam rombakan exco di Selangor. Portfolio Islam, Infrastuktur dan Kemudahan Awam diambilalih oleh pemimpin tertinggi Selangor ultra kiasu. Agak terkejut juga apabila pemimpin kanan PAS yang dilantik menggantikan Hasan Ali, tidak lagi diberikan amanah berkaitan dengan Islam, sedangkan PAS dan Islam sudah sinonim.

Menurut kata ultra kiasu tersebut, perlantikan dan rombakan exco ini telah dipersetujui oleh kepimpinan PAS. Nampaknya PAS terus tunduk kepada ultra kiasu. Sebelum ini, presiden PAS menegaskan, parti itu tidak pernah tunduk kepada kehendak atau tekanan mana-mana pihak termasuk parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya DAP seperti yang didakwa. Beliau berkata, Pakatan Rakyat sentiasa mengamalkan konsep terbuka dan segala masalah diselesaikan dengan baik. Persoalan saya, apakah benar?
Saya amat yakin perubahan ini dibuat kerana ultra kiasu amat takut jika PAS diberikan jawatan exco yang lama, sudah tentu akan berulang peristiwa lama. Persoalan arak, rumah urut, dakyah Kristian dan perkara berkaitan Islam akan menjadi kontroversi seperti yang pernah dilakukan oleh Hasan Ali. Untuk menyelamatkan keadaan, pemimpin sekular sosialis telah mengisi posisi tersebut.



Saya tidak menjadi masalah jika portfolio Islam diberikan kepada orang yang sekurang-kurang mempunyai sedikit asas Islam. Misalnya, bacaan dan pemahaman al-Quran dan Islamnya baik, walaupun tidaklah mencapai makam ustaz atau berlatar belakangkan pengajian Islam. Atau carilah sekurang-kurang yang pro kepada Islam. Tetapi bukan kepada yang sekular sosialis. Pada saya, tidak kena pada tempat dan tidak adil. Saya amat hairan dan pelik kenapa PAS membenarkan keadaan ini berlaku? Apakah benar dakwaan mengatakan PAS sudah menjadi semakin liberal disebabkan oleh parasit-parasit yang wujud?



Mungkin akan ada yang bertanya, Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) juga pernah memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), sedangkan latar belakang bukanlah pengajian Islam. Jawapan saya, latar belakang Zahid Hamidi dan Hasan Ali amat berbeza dengan pemimpin ultra kiasu Selangor itu. Mereka berdua boleh memahami dan membaca al-Quran, menjadi imam dan menyampaikan khutbah dengan baik. Cuba bertanya kepada pemimpin ultra kiasu Selangor tersebut, adakah beliau juga sedemikian? Saya bimbang nanti makmum lintang pukang lari mendengar sahaja ayat-ayat suci al-Quran dialunkan ketika menjadi imam atau berkhutbah.

Lebih mengejutkan lagi, tidak ada seorangpun pimpinan PAS yang memuji Hasan Ali atau mengenangkan jasa beliau semasa berada dalam PAS dan ketika menjadi Exco Selangor. 999 kebaikan yang dilakukan Hasan Ali dilupakan begitu sahaja, hanya kerana satu ‘kesalahan kecil’ yang dilakukan. Inikah akhlak Islam? Orang PAS selalu bercakap pasal akhlak, adab dan tata susila. Namun, bila masuk bab politik, semua perkara tersebut hilang entah ke mana.



Pemuda PAS mengingatkan Hasan Ali supaya jangan menjadi kuda tunggangan UMNO. Veteran PAS mengibaratkan Hasan Ali sebagai buah busuk yang akan gugur sendiri dan banyak lagi perkara-perkara negatif yang dilemparkan kepada Hasan Ali, hanya kerana Hasan Ali, bukan lagi orang PAS.

Nampaknya, orang PAS sahaja yang baik, orang lain tidak? Kenapa ketika Hasan Ali berada di dalam PAS, yang buruk-buruk langsung tidak disebut? Habis manis sepah dibuang. Adakah ini cara PAS bertindak? Selama ini PAS selalu melabelkan UMNO sebagai kotor. Hatta, mereka yang menulis dalam media arus perdana ‘pro Umno’ pun dikatakan kotor. Semua yang dilakukan oleh UMNO-BN kotor, yang bersih hanyalah pakatan ultra kiasu ini. Sebab itu, saya tertarik dengan rasional Nasharudin Mat Isa yang juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media pro UMNO ingin menjadi anggota UMNO. Mereka sudah tidak ada ruang di medan lain, seperti Harakah, Roket dan Keadilan? Jika adapun, hanya cacian dan makian.



Di manakah akhlak kita sebagai umat Islam Islam? Lupakahkita pada akhlak Rasulullah? Jika lupa, biar saya ingatkan! Shofwan bin Umayyah dan bapanya Umayyah, amat memusuhi Rasululullah SAW. Ketika Rasulullah memasuki Makkah dalam peristiwa Fath Makkah (Penaklukan kota Makkah), ramai orang Quraisy ketakutan dan melarikan diri. Mereka takut kalau Rasulullah akan membalas dendam atas perbuatan mereka selama ini. Shofwan bin Umayyah melarikan diri menuju ke Jeddah dan bercadang ke Yaman, menyeberangi lautan. Shofwan merasakan lebih baik mati di tengah lautan daripada mati di tangan Rasulullah. Sedangkan, Rasulullah memaafkan semua orang yang sejak lama memusuhinya. Bahkan, Rasulullah turut memberi mereka ganjaran. Namun, Shofwan tetap berkeras untuk melarikan diri.



Pada masa yang sama, Umayr bin Wahb berjumpa Rasulullah lalu berkata; ‘Wahai Nabi Allah, sesungguhnya Shofwan sudah melarikan diri darimu. Saat ini ia akan menyeberangi lautan dan ia akan bunuh diri di sana. Maka, berilah ia ‘jaminan keamanan’. Rasulullah berkata, ‘Dia akan aman’. Umayr berkata, ‘Wahai Rasulullah, berikan padaku tanda ‘jaminan keamananmu’. Maka, Rasulullah memberikan imamah (serban yang melilit di kepala) yang dipakainya ketika itu. Lantas, berangkatlah Umayr menuju Jeddah, menyusul Shofwan. Umayr berhasil menemukan Shofwan, yang saat itu akan menaiki kapal. Umayr berkata, ‘Wahai Sofyan, demi ayah dan ibuku sebagai tebusannya. Ingatlah dirimu. Jangan kau celakakan dirimu sendiri! Aku datang kepadamu dengan membawa ‘jaminan keamanan dari Rasulullah’. Umayr menunjukkan serban Rasulullah kepada Shofwan.

Shofwan berkata, ‘Tapi aku khuatir dengan keselamatan diriku’. Umayr berkata, ‘Dia (Rasulullah) lebih lembut dan mulia dari yang kau kira’. Shofwan membatalkan niatnya melarikan diri, lalu bersama Umayr ia kembali ke Makkah, mendatangi Rasulullah. Tatkala tiba, Shofwan berkata, ‘Inikah orang yang telah engkau berikan jaminan keamanan?’ Rasulullah menjawab; Ya, benar’. Shofwan berkata, ‘Kalau begitu, beri aku waktu dua bulan untuk menentukan sikap (apakah masuk Islam atau tidak?)’. Rasulullah menjawab, ‘Engkau aku beri waktu empat bulan’. Begitulah akhlak Baginda terhadap musuh-musuhnya. Rasulullah tidak menekan Shofwan untuk mengambil keputusan dengan cepat, namun memberinya waktu lebih lama dari yang diminta.

Pendek kata, Rasulullah tidak bongkak dengan kemenangannya. Rasulullah tidak mengambil kesempatan dengan kuasa yang ada pada Baginda untuk membalas perlakuan buruk para musuhnya. Tidakkah kita semua rindu kepada sifat Baginda SAW wahai kepimpinan PAS? Rasulullah pernah memberikan peringatan bahawa: seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya. Jika begitulah lunaknya Rasulullah, wajarkah kita lakukan perkara ini kepada mereka yang sebangsa dan seagama?

Kepada semua yang menyambut Tahun Baru Cina, ucapan dari saya Kong Xi Fa Chai.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia : Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Menang Bersorak Di Gadai Anuwar



Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Tertarik Dan Tersenyum Bila Saya Baca Petikan Artikel Di Wall Street Journal. Di Luar Seperti Biasa Di Angkat Perjuangan Yahudi, Bila Pulang Ke Malaysia Di Salahkan UMNO Sebagai Agen Yahudi. Yang Best Para Pengikut Berpeluk Tubuh Dan Diam Seribu Bahasa Kerana Taksub Pada Anwar Dan Sifat Dendam Serta Emosi Dan Terikut2 Mainan Politik Anwar Utk Membenci UMNO.



Permainan Politik Kebencian Ini Di Buat Kerana Hanya Bila Orang2 Melayu Berpecah Belah Dan Tanam Kebencian Pada UMNO, Baru Cita2 Peribadi Nak Jadi Perdana Menteri Tercapai.Apa Pun Allah SWT Berikan Kita Akal Dan Fikiran Untuk Menilai. Buka Minda Dan Nilai Secara Matang Permainan Politik Anwar Ini. Jangan Kita Menang Bersorak, Akhirnya Kampung Kita Tergadai..Akhirnya Anak Cucu Kita Hilang Apa Yang Kita Kecapi Dan Rasakan Kini..Keputusan Di Tangan Anda. Sila Baca Artikel Yang Dikatakan :

In the interview, Mr. Anwar also clarified his position on homosexual rights and Malaysia's sodomy laws, and also the Muslim-majority nation's relationship with Israel.



"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.



In response to recent local reports that he supported gay marriage, Mr. Anwar said they were wrong and that he "believes in and supports the sanctity of marriage between men and women." The opposition leader is suing government-linked newspaper Utusan Malaysia for defamation, alleging that it implied he supports and wants to legalize homosexuality.



Still, Mr. Anwar said that Malaysia's sodomy laws are "archaic" and could be amended.

"It is not my business to attack people or arrest people based on their sexual orientation," he said.

MANA KEBEBASAN BERSUARA YG DI LAUNGKAN



Banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali di turunkan - Exco Selangor cuba sabotaj kemaraan Dr Hasan


Kenyataan Media



Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.

Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim.

Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB.

Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan,
walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan.

Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian?

SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masadepan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang.

Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut.IMR penyelamat rakyat.

Norman Toha
Pengerusi
Sekretariat Mobilisasi Umat
27 Jan 2012

"MANA PERJUANGAN KEBEBASAN BERSUARA, KEBEBASAN BERPOLITIK, KEBEBASAN BERHIMPUN"

CONTOH TERBAEK KINI, LAUNGAN KEBEBASAN HANYA KEPENTINGAN POLITIK, BILA IANYA DI GUNA PAKAI OLEH PIHAK YANG INGIN SUARAKAN KEBEBASAN, KINI DI SEKAT..SENDIRI PIKIR DAN SENDIRI NILAI..

Thursday, January 26, 2012

"JIWA ISLAM" Liam Neeson , Syukur..



Bintang filem Hollywood, Liam Neeson berkata dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kepercayaan Roman Katolik yang dianutinya untuk memeluk agama Islam. Pelakon itu yang kini berusia 59 tahun mengakui yang Azan “telah meresap ke dalam jiwanya” semasa menjalani penggambaran sebuah filem di Istanbul, lapor Herald Sun.



Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat, sangat indah.



Ada 4000 masjid di bandar ini. Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim.

Neeson telah dibesarkan di kawasan utara Ireland dan merupakan seorang penganut Roman Katolik dan dia dinamakan bersempena nama seorang paderi tempatan.

Filem terbarunya The Grey, ialah mengenai satu pasukan pencarigali minyak yang terperangkap di kawasan sejuk beku Alaska, dijadualkan untuk tayangan 16 Februari.



Tetapi bintang itu, yang isterinya, Natasha Richardson telah meninggal dunia pada usia 45 tahun pada 2009 dalam satu kemalangan luncur salji, telah memberitahu tentang keraguan pada kepercayaannya.

Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini? Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme.

Friday, January 20, 2012

Lagu Ultraman ( Lawak & With Lyric ) Watch it U Will Crack !!!



HAHHAHAHAHA...HANYA DI MALAYSIA, SEMPOY

"SELAMAT TAHUN BARU CINA"



Bagi Suara Anak Muda 1malaysia , Saya Ingin Mengambil Kesempatan Ini Untuk Menyampaikan Ucapan Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina Kepada Seluruh Peringkat Masyarakat Tionghua Di Malaysia.


SAM1M Percaya Bahawa Masyarakat Tionghua Di Malaysia Akan Terus Menerus Mempunyai Keazaman Dan Semangat Baru Ke Arah Melaksanakan Perubahan Bersama Dalam Negara Kita Ini. Perubahan Ini Tidak Boleh Berlaku Tanpa Persefahaman Dan Hubungan Baik Antara Kaum-Kaum Yang Ada Dalam Masyarakat Majmuk Di Malaysia.



SAM1M Percaya Bahawa Masyarakat Tionghua Dalam Negara Kita Mampu Untuk Memainkan Peranan Yang Lebih Aktif, Terutamanya Dalam Aspek Pembangunan Ekonomi Yang Menjadi Asas Penting Dalam Struktur Ekonomi Negara. Sam1m Juga Berkeyakinan Bahawa Asas Untuk Mewujudkan Keharmonian Yang Lebih Kukuh Di Malaysia Sama-Sama Menyumbang Kepada Pembentukan Negara Malaysia Yang Lebih Sejahtera. Semoga Sifat Bersefahaman Dan Saling Menghormati Ini Akan Terus Diperkasakan Di Bawah Gagasan 1malaysia.



Akhir Kata, Semoga Tahun Baru Ini Akan Membawa Kesejahteraan Dan Keamanan Kepada Semua, Dan Mudah-Mudahan Ia Menjadi Tahun Yang Baik, Malah Lebih Baik Dari Yang Terdahulu Khasnya Dari Segi Ekonomi Dan Politik Buat Negara Kita Yang Tercinta Dan Seluruh Dunia Amnya. SAYANGI NEGARA KITA DAN PERKUKUHKAN PERPADUAN SESAMA KITA DIBAWAH GAGASAN 1 MALAYSIA

ARMAN AZHA HJ ABU HANIFAH
SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA

TUN FAISAL ISMAIL vs HISHAMUDDIN RAIS [BFM 89.9 RADIO]



Rakaman podcast perdebatan berkaitan perjuangan maya & media sosial antara Pengerusi UMB, Tun Faisal Ismail Aziz & NGI, Hishamuddin Rais (TukarTiub) semasa membincangkan topik Cybertroopers, Social Media and The State of Media in Malaysia kelolaan radio BFM 89.9 - The Business Station.

NILAIKAN MANA YANG MATANG DAN MANA YANG SEKADAR RETORIK POLITIK....

KUPASAN NFC SEMPOY





Kupasan Terbaik Blog Rbf Online Akan TALKINKAN Lembu lembu Fidlot PKR...!! Saman jgn tak saman!! haha

Isu NFC ini sebenarnya senang sahaja....

Jika ianya milik suami kepada Jenab Binti Abu atau milik Chin Min Hiu , maka isu tersebut tidak akan menjadi masalah besar.

Akan tetapi oleh kerana ianya milik suami dan anak-anak kepada Yb Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil, seorang pemimpin tertinggi UMNO , maka perkara tersebut perlu ditumis, digoreng dan digulai sampai lunyai....!!



Pembangkang harus mencari jalan dalam keadaan apa sekali pun untuk memastikan Shahrizat berundur. Jika Shahrizat berundur , maka lemahlah Wanita UMNO....

Apabila lemah Wanita UMNO maka lemahlah UMNO untuk menghadapi PRU akan datang...! Ini kerana kekuatan jentera pilihanraya UMNO dikuasai oleh sayap Pergerakan Wanita UMNO.

Jika anda betul-betul memahami isu ini , ianya tidak timbul isu kegagalan atau salah guna kuasa atau kronisme seperti yang dicanangkan oleh pembangkang.

Ada dua NFC yang mempunyai entiti yang berbeza.

NFC - National Feedlot Centre (Pusat Fidlot National) - Di bawah Kerajaan Pusat.

NFC - National Feedlot Corporation ( Perbadanan Fidlot Kebangsaan) - Sebuah syarikat perniagaan swasta milik Datuk Seri Dr Mohd Salleh dan anak-anaknya. Boleh dilihat di sini.

Sudah berpuluh tahun negara kita Malaysia menghadapi masalah kekurangan bekalan daging. Untuk mengatasinya maka diimport daging dari India , New Zealand dan Australia.

Dalam setahun lebih dari RM 1 Bilion wang kita bertukar menjadi Rupee India serta Dollar Australia dan New Zealand hasil dari pengimportan daging dari negara-negara mereka.



Satu masalah besar dengan daging import yang tidak selesai-selesai sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan status halal. Cara penyembelihan mereka yang diragui...!

Sewaktu wakil negara kita pergi melawat mereka sembelih dengan baik. Akan tetapi apabila wakil kita pulang..., apa yang mereka buat kita pun tak tahu!

Beberapa tahun lepas timbul satu isu di India, dimana sebuah NGO antarabangsa membantah tindakan penyembelih lembu disana yang menyembur bahagian mata lembu dengan sejenis spray sebelum disembelih. Tujuan dilakukan begitu adalah untuk memudahkan kerja mereka menyembelih.

Satu lagi masalah adalah, daging-daging yang diimport dari India bukannya daging lembu , sebaliknya itu daging kerbau....! Di sana mereka tak sembelih lembu kerana lembu tuhan mereka.

Untuk mengatasi masalah status halal diragui, masalah pengaliran keluar wang negara serta masalah kekurangan daging lembu tempatan, maka pada tahun 2006 kerajaan telah mengambil insiatif untuk mewujudkan Pusat Fidlot Nasional di Gemas.

Dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan tanah seluas 5,000 ekar telah diperuntukkan untuk menjayakan projek berkenaan.

Kerajaan telah membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengemukakan cadangan dan membentangkan kertas kerja projek mereka. Sebanyak 6 buah syarikat menghantar proposal mereka.

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk melantik dua syarikat bagi menjayakan projek berkenaan berdasarkan tawaran terbaik yang dikemukakan mereka.

Dua syarikat berkenaan adalah Agroscience Industries yang kemudiannya menubuhkan NFCorp Sdn Bhd. Manakala sebuah syarikat lagi adalah Lambert Agriculture (M) Sdn Bhd, tetapi menarik diri kemudian.

Pada tahun 2007 MOF telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 250 juta kepada NFCorp bagi memulakan projek. Disini anda perlu faham , apabila disebut lulus bukannya mereka dapat seketul wang itu RM 250 juta.....

Mereka dapat berperingkat-peringkat berdasarkan kemajuan projek. Sehingga ke hari ini NFCorp menerima wang sebanyak RM 181 juta. Masih ada berbaki RM 69 juta di tangan kerajaan....

Pembangkang dok gebang,

Keluarga Shahrizat dapat 250 juta duit rakyat.....

Keluarga Sharizat dapat tanah 5,000 ekar.....

Lembu hanya ada seekor....

Tak betul.....!

Itu semua tak betul.....!!

RM250 juta itu adalah pinjaman yang perlu dibayar balik dalam masa 17 tahun dengan kadar interest sebanyak 2 % setahun.

Tanah 5,000 ekar itu adalah tanah milik Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI) yang diperuntukkan untuk disewa oleh pengusaha-pengusaha fidlot. NFCorp memajak tanah tersebut dengan keluasan 1,500 ekar dari MBI. Yang baki 3500 ekar itu masih lagi milik MBI.



Tentang dakwaan Rafizi dan Zuraidah kononnya projek tersebut gagal dan lembu hanya seekor sahaja telah lama dijawab oleh rakan-rakan blogger saya.

Yang gagal adalah projek kambing janapari yang diusahakan Kerajaan Kelantan. Jangan kata seekor kambing, difahamkan tahi kambing pun tak nampak. Bab ini mungkin blogger Kickdefella boleh terangkan dengan lanjut.

Selain projek kambing janapari , apa telah jadi kepada projek Kelantan Koridor Depu? Berapa banyak duit rakyat Kelantan yang terbarai hasil kegagalan projek itu...? Kalau boleh kita minta blogger Kickdefella tolong jawab.



Bab pelaburan dalam bidang hartanah oleh ahli perniagaan perkara biasa. Kerajaan beri pinjaman kepada NFCorp sebanyak RM250 juta untuk projek yang memakan masa 30 tahun. Sudah tentu angka itu tak cukup. Itu terpulang kepada mereka bagaimana cara untuk mereka membiakkan duit tersebut bagi menjayakan projek mereka.



Lainlah sekiranya mereka ambil duit pinjaman dari kerajaan dan pergi beli kondo serta tanah, tapi projek tidak laksanakan. Kalau begitu caranya sebelum dapat kepada PKR dan Pas, awal-awal lagi aku dulu yang 'sembelihkan' mereka.

Jika mereka tidak serius untuk menjayakan projek, tidak mungkin mereka sudah habiskan berpuluh-puluh juta untuk membangun segala kemudahan dan membawa masuk lembu-lembu dari luar negara. Melakukan kacukan baka-baka lembu dan pelbagai kerja-kerja lain lagi....

Jika mereka tidak serius.., tidak mungkin anak sulung Datuk Salleh yang juga anak seorang menteri yang hidup selesa di bandaraya KL sanggup pergi tinggal di rumah kakitangan dalam ladang lembu di Gemas untuk memastikan segala urusan perniagaan berjalan lancar.



Berbalik kepada kisah hartanah yang mereka beli. Dimanakah lokasi yang mereka beli..? Kondo di Bangsar dan di Singapura , serta tanah di Putrajaya. Tempat-tempat yang hartanah bernilai tinggi dan mudah untuk dijual.

Tidakkah itu satu pelaburan yang bijak...? Tindakan mereka perlu dipuji kerana berusaha cari jalan untuk menambah wang bagi menjayakan perniagaan, dan bukannya dengan cara meminta kerajaan menambah pinjaman kepada mereka....!!

Apakah ahli perniagaan Ah Seng dan Ah Hock tidak melakukan perniagaan sedemikian cara ? Sudah tentu jawapanay, iya!

Jika Ah Seng dan Ah Hock boleh melakukan begitu, kenapa pula suami Shahrizat, Datuk Dr Salleh tak boleh....?

Wednesday, January 18, 2012

ADAM ADLI DEMO DEPAN PEJABAT PAS, UMNO JUGAK SALAH KER?



Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Si Adam Adli Ni Di Gantung Oleh Pihak UPSI, Pelik Kenapa Nak Demo Di Sogo , Kemudian Terus Ke Ibu Pejabat PAS Di Jalan Raja Laut Sebelum Mereka Batal Hasrat Nak Ke PWTC Buat Kali Ke2 Kerana Kami Rakan2 Pemuda Sedang Tunggu Untuk Beramah Mesra Dengan Pihak Beliau.



Patung Berbentuk Pocong Yang Dibawa Oleh Geng Adam Adli Terpaksa Diikat Di Hadapan Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Satu Soalan Bermain Di Benak Fikiran Saya Dan Saya Rasa Juga Sedara2 Ketika Ini...



Apa Rasionalnya Ikat Pocong Di Depan Pintu Pejabat PAS....?

Mereka Ini Ingin Menyatakan Bantahan Kepada Pentadbiran UPSI Atau Pun Pentadbiran PAS...? TAK PASAL2 NANTI PAS KATA UMNO BAYAR SI BIUL ADAM AND GENG UNTUK DEMO DEPAN PEJABAT PAS.

Kalau Bukan Sewel Apa Lagi Gelaran Yang Layak Buat Mereka Ini...?



Dalam Plan Asal Mereka Difahamkan Patung Ini Hendak Diikat Di Tiang Bendera Di Bangunan PWTC, Tapi Terpaksa Ubah Plan Sebab SAYA DAN RAKAN2 PEMUDA Sedang Menunggu Mereka Di Sana UNTUK SESSI SUA KENAL DAN RAHMAH MESRA....

Bukannya Tunggu Bukan Mahu Ajak Bertumbuk, Kami Hanya mahu berdiskusi BERAMAH MESRA DAN BERTEPUK TAMPAR GURAUAN ANTARA ABANG DAN ADIK Bersama Para 'Mahasewel' OOOpss.. Maaf Mahasiswa, Bila Lagi Boleh Berjumpa Dengan 'Selebriti' Popular Bernama Adam Adli Kalau Bukan Hari Ini....

Esok Jangan Pelik Kalau Mereka Pergi Ikat Patung Pontianak Di Hadapan Pejabat PKR Pulak!

Macam-Macam Gila...!

Tuesday, January 17, 2012

BN KERAJAAN RAKYAT SEBENAR




Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Bila Citer Negara Kebajikan Pihak Sebelah Sana Kata Akan Buat, BN Buat Negara Kebajikan Sejak Merdeka Maka BN Lah Yg Sebenarnya Kerajaan Rakyat Dan Dah Laksanakan Pun Dalam Dasar2 Negara. Kerajaan BN Menjaga Kepentingan Ekonomi, Kebajikan, Pendidikan Dan Sosial Dalam Semua Segi Kebajikan.



Terutama Kini Di Bawah YAB DS Najib, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Ikan 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia, BR1M, Sekolah2 Kerajaan, Rumah2 PPRT, Subsidi2 Keperluan Asas,Elektrik, Beras, Minyak Masak, Tepung, GAS, Petrol,Pendidikan Untuk Anaka2 Ke Sekolah Mahupun Ke Peringkat Univesiti..Nak Tulis Panjang Sangat Kebajikan Kerajaan BN Pada Seluruh Rakyat Malaysia Ni





BN Bukan Sekadar Baru Cakap Tapi Dah Laksana Dah Pun Sejak Merdeka Hingga Kini, BN Bantu Seluruh Rakyat Malaysia Tak Kira Kaum, Bangsa, Agama Dan Apa Jua Fahaman Politik Baik Yang Menyokong BN Atau Pun Tidak Menyokong BN, Semua Rakyat Dapat Merasa Kebajikan Kerajaan BN.







KINI ADA PULA PIHAK BARU SEDAR DAN BARU NAK BUAT KERAJAAN KEBAJIKAN, SOALAN DISINI KINI, SIAPA TIRU CORAK PEMERINTAH SIAPA..SUDAH PASTI PIHAK ITU CUBA TIRU KERAJAAN BN, SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KENAPA NAK PILIH YANG CUBA MENIRU, BILA ADA YANG SUDAH LAKSANAKAN. BN "WALK THE TALK".


BN Adalah Kerajaan Kebajikan Dulu,Kini Dan Selamanya. BN Pilihan Terbaek Malaysia, BN Adalah KERAJAN RAKYAT SEBENAR.

Sunday, January 15, 2012

TAHNIAH, PROTON KINI MILIK DRB-HICOM



KUALA LUMPUR, 16 Jan — Khazanah Nasional Berhad hari ini akan mengumumkan DRB-Hicom telah memenangi bidaan dengan kepentingan sebanyak 42.7 peratus pegangan saham dalam Proton Holding Berhad, dengan harga jualan RM6 seunit untuk keseluruhan jumlah bernilai RM1.4 billion, menurut sumber.

Syarikat berkenaan memilih jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, pemilik DRB-Hicom sebagai pembeli untuk saham-saham tersebut walaupun terdapat tawaran lain. Turut difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan berkenaan pembelian tersebut.



“DRB-Hicom telah berjaya dalam bidaan tersebut, dan akan diumumkan pada Isnin ini,” menurut sumber berkenaan.

Sumber lain pula mengesahkan penjualan berkenaan, Khazanah berpuas hati dengan penawaran sebanyak antar RM6 dan RM8 sesaham. Saham Proton ditutup pada RM5.18 seunit pada Jumaat lepas, dan memberinya modal pasaran besar bernilai RM2.8 billion.

Dengan anggaran harga jualan RM6 sesaham, pembelian kepentingan Khazanah dan saham-saham selebih pembuat kereta nasional itu perlu membayar sejumlah lebih daripada RM3.29 billion.



Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar sebelum ini berkata, dana tersebut akan menjual keseluruhan blok saham Proton, dan sekiranya ia terjadi, maka akan berlakunya penawaran awam.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembelian tersebut ialah Pengerusi Proton Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh , dan DRB Hicom, manakala beberapa pihak lain dikatakan adalah Naza Group, dan rakan kongsi bersama Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez of Genii Capital. UMW Holdings Bhd,



Sime Darby Bhd dan Tan Chong Motor Holdings Bhd menafikan dakwaan mereka mempunyai minat terhadap Proton.

DRB-Hicom telah menyerahkan bidaan tersebut kepada pembuat kereta nasional itu pada 9 Januari lalu.

“DRB-Hicom melihat Proton Holding Berhad sebagai pemain industri automotif yang penting dan DRB-Hicom sentiasa menunggu peluang untuk mengambil peluang yang bermanfaat untuk mengembangkan perniagaan,” menurut DRB-Hicom sebagai respon ketika bursa saham.

Laporan berita terdahulu memetik penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Khazanah Nasional akan menjual kepentingan 42.7 peratusnya dalam Proton kepada DRB Hicom. Dia juga berkata dia menentang tawaran awam untuk semua saham jika DRB Hicom memenangi tawaran tersebut.



Arkitek projek kereta nasional itu telah bekerja keras sejak 1980an sebaik sahaja menjadi perdana menteri dan memastikan identiti Ptoron terpelihara dengan memastikan rakyat tempatan menguasai syarikat tersebut.

Beliau dengan lantang menentang cadangan Khazanah untuk menjual kepentingan syarikat kepada syarikat Jerman pada 2007 wlaaupun perjanjian terbabit akan memanfaatkan Proton untuk memperluaskan rangkaiannya berikutan Volkswagen berhasrat untuk mengeksport keretanya ke Asean.



Aset bersih Proton sesaham adalah RM9.80, tetapi saham-saham tersebut kurang memuaskan ekoran pendapatannya yang berkurang dan perbelanjaan yang tinggi untuk subsidiarinya di UK, Lotus International.

Dalam pasaran domestik, Proton telah kehilangan penguasannya terhadap pasaran terhadap pembuat kereta nasional Perodua, dan pada masa sama, kenderaan asing sedang menguasai pasaran automotif tempatan dengan persekitaran yang lebih liberal.

Aset utama Proton adalah tiga kilang pengeluarannya, tetapi sama ada DRB-Hicom akan membayar untuk premuim tersebut, khazanah hanya berkata akan tunggu dan lihat tindakan seterusnya.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa pembuat kereta daripada Amerika General Motor berminat untuk membeli 50 peratus kepentingan kilang Proton di Tanjung Malim pada harga RM800 juta, dibawah harga keseluruhan membangunkan keseluruhan fasiliti tersebut yang bernilai RM1.8 billion.

Sementara itu, turut timbul keraguan dalam kalangan dunia korporat kerana empayar perniagaan Syed Mokhtar yang terlalu luas, meliputi pelabuhan, perkhidmatan pos, bekalan kuasa, pertahanan, dan perkhidmatan kewangan.

SEMOGA PROTON AKAN TERUS BERKEMBANG MAJU KEHADAPAN...TAHNIAH PADA DRB-HICOM MILIK USAHAWAN BUMIPUTRA. SYUKUR ALHAMDULILAH.

Saturday, January 14, 2012

KJ PRU13..Kebangkitan Pemuda


KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yakin bahawa pilihanraya umum ke 13 tidak akan berlaku pada bulan Mac tahun ini. Beliau dipetik sebagai berkata bahawa Perdana Menteri baru-baru ini telah memaklumkan terdapat beberapa janji yang akan dipenuhi terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada proses demokrasi.

Selepas Malaysia menjalani proses demokrasi melalui pilihanraya umum pada bulan Mac 2008 lalu, spekulasi bertiup kencang mengatakan bahawa pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung antara bulan Mac dan April tahun ini. Tempoh matang yang diperuntukan oleh undang-undang negara adalah sehingga Mac tahun 2013 sebelum dewan terbubar secara otomatis.

Khairy berkata bahawa antara janji yang dilontarkan oleh Perdana Menteri sebelum ini adalah untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang dianggap begitu penting dalam proses transformasi lanskap politik negara melalui konsep PTP. Begitu juga dengan penggubalan Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU yang menjadi bahan jajaan segelintir pihak yang mahukan pembebasan institusi akademik serta mahasiswa.

Justeru itu, Khairy berpendapat bahawa sidang dewan parlimen seterusnya harus berjalan dan ia akan berlangsung sehingga bulan Mac nanti. Jadi, kemungkinan besar pembubaran parlimen tidak berlaku waktu itu. Namun, beliau turut mengakui itu semua (membubarkan parlimen) adalah terpulang kepada Perdana Menteri.

Khairy Jamaluddin berkata sedemikian sewaktu ucaptama program tertutup “Taklimat Khas Pilihanraya ke-13 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia” yang dihadiri oleh ketua-ketua, naib-naib ketua, penolong-penolong setiausaha serta pengerusi-pengerusi jentera gerak gempur Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian seluruh Malaysia di dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Turut hadir menutup majlis tersebut adalah Datuk Seri Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO

Pemuda Umno Di Bawah YB KJ Bertekat Dan Akan Terus Bekerja Keras Bagi Persiapan Menghadapi PRU13, Semangat Dan Kebangkitan Pemuda Umno Konsisten Dalam Perjuangan Pemuda Umno Bagi Menghadapi PRU13.

Gerakan YB KJ Yg Di Lihat Satu Transformasi Baru Dalam Gerak Kerja Pemuda Umno Giat Di Jalankan. Pemuda Umno Berdiri Teguh Atas Kepimpinan YB KJ Selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

PRU13 Generasi Muda Akan Kembali Bersama Barisan Nasional..Insyallah.

Friday, January 13, 2012

Metallica - One



IN THE NAME OF DEMOCRACY

BN SELANGOR "SEMPOY" KEARAH PRU13





SHAH ALAM, 14 JAN : Melalui kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati hanya 18 peratus rakyat di Selangor yakin kerajaan Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kuasa di Selangor manakala 40 peratus mengatakan mereka tidak tahu.

Pengarahnya, Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman dalam kenyataan yang merumuskan hasil kajian itu dilakukan ke atas responden dengan mengandaikan responden tidak menyokong mana-mana parti.

Seramai 795 responden dipilih dan kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, Cina dan India serta lain-lain. Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji berstruktur.

Kajian lapangan tersebut dilakukan pada 3 Disember hingga 11 Disember 2011 merangkumi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.



Kajian melibatkan lapan orang enumerator dan tiga orang penyelia.

Projek penyelidikan ini dibiayai oleh Projek Flagship Universiti Malaya FL004/2010.

Hasil kajian mendapati 36 peratus responden merasakan kerajaan BN akan terus meyakinkan rakyat di negeri ini untuk kembali memerintah Selangor.

Sementara 18 peratus memilih Pakatan Rakyat dan 46 peratus daripada parti memberikan jawapan tidak pasti parti mana yang berjaya memikat hati pengundi pada PRU akan datang.



Hasil kajian mendapati etnik Melayu 42 peratus memilih BN, 18 peratus memilih PR dan 63 peratus memberikan jawapan tidak pasti terhadap kerajaan yang akan mentadbir Selangor pada masa akan datang.

Sementara etnik Cina pula 20 peratus memilih kerajaan BN, 17 peratus PR dan 63 peratus turut memberikan jawapan tidak pasti.

Bagi etnik India pula, kajian merumuskan 38 peratus memilih BN, 17 peratus PR dan 45 peratus memberikan jawapan yang tidak pasti kerajaan manakah yang akan mentadbir Selangor selepas PRU 13 nanti.



Menurut kajian itu lagi, responden yakin sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional meningkat hasil daripada pendekatan kempen yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

43 peratus responden memberikan jawapan "YA", 31 mengatakan "TIDAK" manakala 26 peratus mengatakan "TIDAK PASTI".

Malah kajian turut mengambilkira mampukan Pakatan Rakyat (PR) meneruskan kesinambungan dengan mantap tanpa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpinnya.



Untuk rekod hanya 25 peratus mengatakan PR mampu memerintah negeri Selangor tanpa Ketua Pembangkang itu, 33 peratus mengatakan tidak mampu dan 42 peratus memberikan jawapan tidak pasti.

Peratusan ini dilihat agak mengejutkan biarpun PR dilihat sering mencanang kewibawaan mereka berjaya menguruskan urus tadbir Selangor.

Selain itu kajian yang dibuat turut mempersoalkan mampukah Pas menjadi alternatif kepada UMNO dalam menjaga kepentingan orang Melayu di negeri Selangor?

Untuk rekod, kajian mendapati 68 peratus responden tidak yakin ataupun tidak pasti jika Pas-PR boleh menjaga kebajikan seperti mana yang pernah UMNO-BN lakukan sebelum Selangor ditawan oleh Pakatan.

60 peratus daripada responden itu adalah terdiri daripada bangsa Melayu, manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden dalam kajian tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh UMCEDEL di Selangor ini sekaligus menjelaskan senario sokongan rakyat yang semakin terhakis terhadap pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahin dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sementara dari satu perspektif, sokongan rakyat Selangor yang mula kembali kepada UMNO-BN dilihat sebagai hasil transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak memegang jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara yang diyakini kredibelitinya lebih daripada pemimpin pembangkang yang ada.



Pendekatan menyelami masalah rakyat dan juga mengutamakan keberkesanan pentadbiran negara dikenalpasti sebagai satu faktor yang berjaya mencuri sokongan rakyat daripada Pakatan.

Lebih-lebih lagi dengan sifat rendah diri serta mesra rakyat yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Malah kerajaan BN juga dilihat rajin turun ke padang bukan hanya disebabkan pilihan raya semakin hampir dalam meninjau permasalahan rakyat jika hendak dibandingkan dengan kerajaan PR.

Untuk rekod kajian turut melihat apakah isu yang menjadi pilihan responden dalam membuat keputusan mengundi calon pada PRU-13, majoriti responden masing-masing 20 peratus akan memihak kepada pimpinan yang rajin melawat kawasan dan mengotakan janji sebelum ini.