Thursday, January 24, 2013

BERSIHKAN BAR COUNCIL



KUALA LUMPUR  OPS sapu Bar Council oleh Kelab Warisan Malaysia (KERIS)bersama   13 Pertubuhan Bukan Kerajaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari  ini menghanggatkan suasana perhimpunan secara aman ,kehanggatan ini berlaku apabila  pintu masuk Kompleks Mahkamah di gegar oleh pendemo setelah pintu  pagar masuk ke kompleks Mahkamah  dirantai oleh PDRM. 




Laungan "kami tidak boleh masuk tapi  PKR boleh pula" mula kedengaran ,setelah berulang kali berunding dengan anggota  PDRM yang berkawal tetapi kebenaran untuk masuk kepekarangan Kompleks Mahkamah tidak juga memihak kepada peserta OPS Sapu Bar Council.


Suasana menjadi tenang seketika  bagi menunggu  keputusan rundingan dengan pihak berkuasa,setelah keputusan  tidak menyebelahi peserta OPS Sapu ,suasana dipintu masuk Kopleks Mahkamah sekali lagi dikerumuni,kali ini suasana mula tegang apabila pintu pagar mula digegar  dengan kuat .






Kelihatan Pihak polis cemas seketika apabila  peserta  OPS Sapu Bar Council  mula menyuarakan ketidakpuasan terhadap pihak berkuasa dengan Suara Yang lebih keras.



Setelah berunding selama sejam  kelihatan saudara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz keluar dari bangunanan Mahkamah  dan bertemu dengan  peserta OPS Sapu Bar Council,disini kelihatan Saudara Mohd Khairul Azam sebak  dan tidak  berkata apa-apa melainkan berpelukan dengan sebahagian peserta.



Sementara itu  kedengaran suara melaungkan "Azam Kamu tidak keseorang melawan Bar Council,kami semua datang menyokong kamu" ada juga suara melaungkan Azam hero kami"
Jeritan-jeritan seperti bersihkan Bar Council jelas kedengaran  semasa himpunan OPS Sapu Bar Council.


Kali ini yang pastinya Bar Council tidak akan dapat tidur malam  biarpun tindakkan menyamannya dianggap seperti Nyamok  gigit  gajah.Namun begitu virus dibawa oleh nyamok mampu melumpuhkan manusia,percayalah ia akan berlaku pada Bar Council


Himpunan aman bagi menyokong tindakan Saudara Mohd Khairul Azam yang menyaman Bar Council  akan diadakan setiapkali  kes  tersebut dibicarakan biarpun 10 atau 20 tahun.

Setelah 15 minit Saudara Mohd Khairul Azam berada bersama peserta himpunan OPS Sapu Bar Coucil yang juga penyokongnya, pihak PDRM kelihatan mula membenarkan 10 wakil dari peserta OPS Sapu Bar Council masuk ke Kompleks Mahkamah bagi menyerahkan Memorandum Bantahan terhadap tindak tanduk Bar Council selama ini.


Untuk pengetahuan ,himpunan OPS Sapu Bar Council  di sertai oleh semua kaum ,dan untuk pengetahaun juga Kaum cina turut kelihat berada di tapak parking kereta pada seawal Jam 7:30 pagi,hal  ini disaksikan sendiri oleh penulis.

Kepada sahabat-sahabat yang turut bertungkus lumus dalam menjayakan Himpunan OPS Sapu Bar Council  yang telah berjaya diadakan pada hari ini.diharap dapat melipat ganda lagi hebahan terutama melalui Media Baru ,seperti FB,Blog dan lain-lain laman sosial.




Post a Comment