Sunday, March 31, 2013

Gadai Prinsip Kerana Kuasa, Apa Pendirian PAS

Info@SAM1M

Kenyataan Rasmi SAM1M:

Statement Menghalalkan Cara Sdr Khairul Fahmi  Pimpinan Muda Pas Pusat yang menyebut "kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks baginda pun UMNO akan keluarkan". Ini membuktikan pembangkang sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup menghina Nabi Muhammad.

Suara Anak Muda 1Malaysia, Mendesak Pihak Beliau Memohon Ampun Pada Seluruh Umat Islam Dalam Negara Serta Kepimpinan PAS Pusat Mengambil Tindakan Tatatertib Pada Beliau, Kerana Kenyataan Beliau Jelas Menunjukkan Virus2 Anwarinas Telah Memular Dlm PAS Sehingga Kenyataan2 Yg Secara Terang Menghina Baginda Rasullah SAW.

Inilah Politik Menghalalkan Cara Oleh Pakatan Pembangkang Yang Nyata Gadaikan Prinsip Dan Martabat Perjuangan Agama Islam Demi Kerakusan Kuasa Semata2 Kerana PRU13..

Jika Kepimpinan PAS Tidak Mengambil Tindakan Terhadap Beliau, Ini Akan Membuktikan Kini PAS Sudah Gadaikan Prinsip Perjuangan Mereka Kerana Politik Dan Saya Nak Tau Pendirian Kepimpinan PAS ttg perbuatan oleh pemimpin PKR yang mangatakan tak salah melancap dlm pejabat PKR, bukannya Merogol, Berzina Dan Meliwat Seperti Pimpinan Atasan PKR..

Suara Anak Muda 1Malaysia Serta Rakyat Malaysia Mahu Tahu Pendirian PAS Dalam Isu2 Ini., Betulkah Melancap Dlm Pejabat Tak Salah?

Saya Yakin Jika Perkara Ini dilakukan Oleh Pihak BN, Sudah Pasti Mereka Akan Desak Dan Buat Roadshow 1Malaysia Tentang Perbuatan Yang Tak Bermoral Ini..Kenapa Pihak Pakatan Ada Double Standard Dalam Isu2 Begini.

SAM1M MAHUKAN PENDIRIAN RASMI PAS DAN PAKATAN DLM ISU INI..

Armand Azha
Presiden
Suara Anak Muda 1Malaysia

Saturday, March 30, 2013

PRU13 BN MENANG BESAR : TUN DAIM

Tun Daim ramal BN menang majoriti lebih besar

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam temuramah bersama akhbar China Press yang disiarkan hari ini.

Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.

“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Perak pulak jelas beliau, wujud peluang sama rata atau 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat bagi menguasainya.

Menurut Daim, permasalahan terbesar dengan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008.

Katanya, disebabkan itu pembangkang dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Beliau juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP.

Katanya, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

Dalam temuramah berkenaan, beliau juga menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.

“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.

Beliau juga yakin pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan.

Mengulas mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang menyebelahi BN walaupun ia tidak dirancang oleh pihak itu.

Pandangan Daim mengenai keputusan pilihan raya umum adalah sesuatu yang ditunggu terutama apabila meramal dengan tepat keputusan PRU ke 12 (2008) yang menyaksikan BN kehilangan beberapa negeri yang dilihat kubu kuat kerajaan ketika itu.

TERBAEK. .SAYA PILIH MENGUNDI. SAYA PILIH BARISAN NASIONAL. .

# Terima Kasih Minda Hijrah

Sunday, March 17, 2013

Wanita Ejen Transformasi Negara - Najib



PURPLE WALK DI PJ UTARA
Ratusan ribu wanita di seluruh negara telah mengambil peluang cuti hujung minggu untuk menyertai 1Million Women Purple Walk yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada Ahad.
Di Putrajaya sahaja, lebih 400,000 wanita menyertai berbagai acara yang dianjurkan sempena dengan sambutan tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan majlis tersebut di Putrajaya manakala Menteri besar dan ketua menteri melakukan perkara yang sama di peringkat negeri masing-masing.

DATO KETUA BAHAGIAN UMNO DAN DATO DONALD LIM DI PURPLR WALK PJU


       


Turut serta menyertai sambutan tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri-menteri Kabinet; Timbalan-timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Tujuan utama acara tersebut adalah untuk menunjukkan perpaduan selain komitmen Kerajaan untuk memperkasakan wanita di Malaysia dan untuk meraikan kejayaan wanita  dalam pelbagai sektor.
Najib berkata Malaysia tidak akan berjaya jika sekiranya wanita tidak menjadi sebahagian daripada arus pembangunan dan transformasi.


SAYA DAN ABG ZUL KETUA CAWANGAN UMNO DAMANSARA BARU DI PURPLE WALK

TEAM PEMUDA PJU

purple-walk-latest-1703
TERBAEK PURPLE WALK PUTRAJAYA
"Kami mahu terus memperkasa wanita dan mahu mereka menjadi sebahagian daripada arus perdana pembangunan dan transformasi," kata Najib.
Beliau turut menyarankan syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor swasta melantik sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai ahli lembaga pengarah.
Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu diambil kerana transformasi negara tidak dapat dijayakan sekiranya wanita yang merupakan separuh daripada jumlah penduduk Malaysia tidak diarusperdanakan.

KETUA WANITA PJ UTARA

THANK YOU PM

"Saya hendak memberi panduan kepada pemimpin GLC dan GLIC supaya mereka mengangkat sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah masing-masing.
"Ini dilakukan supaya wanita yang telah dilatih untuk menjadi ahli lembaga pengarah dapat dilantik mengisi jawatan yang ada. Saya juga menyarankan pihak swasta lain supaya memberi wanita peluang yang sama," katanya.
Pada majlis yang sama, Najib juga melancarkan program “Purplelicious Mobile Café" yang merupakan projek terbaharu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan ibu tunggal menjana pendapatan.
Projek perintis itu melibatkan seramai sembilan orang ibu tunggal daripada pelbagai bangsa. Hidangan yang disediakan merupakan resipi istimewa Chef Jo, juri rancangan Master Chef Malaysia yang bertindak selaku mentor kepada para peserta.
Program “Purplelicious Mobile Café” memperkenalkan konsep jualan makanan dan minuman secara bergerak dan antara hidangan istimewa adalah 'submarine sandwich, pasta dan minuman ice blended'.
Pada peringkat awal, ibu tunggal terbabit akan mengendalikan jualan menerusi dua buah trak makanan khas di lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.
THE PLACING