Friday, October 25, 2013

Jom Tolak Gerakan COMANGO

Laungan hak kebebasan dan sebagainya akhir diterjemahkan dalam hanya untuk menjatuhkan Martabat Agama Islam. Lihat sahaja laungan dan desakan mereka dalam siri gerakan COMANGO yang secara jelas melanggar tataetika dan budaya negara kita yang berpegang pada Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya selaku Pimpinan Pemuda UMNO secara konsisten menolak pembudayaan gerakan COMANGO yang akan merosakkan minda generasi kini dan bakal generasi pewaris perjuangan yang akan datang.

Apakah kita sanggup mengadaikan martabat agama Islam hanya kerana dahagakan kuasa dan cita2 politik individu yang meroyan mahu jadi PM. Saya nak tanya apa pendirian pimpinan islam dalam PAS, PKR dan DAP ?

Menentang atau akan diam seribu bahasa kerana dahagakan kuasa politik.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).” (Riwayat Tirmidzi).

Kita diberikan akal dan fikiran untuk menilai mana baik dan mana tidak.

Semuanya terletak pada diri anda sendiri samaada nak sokong gerakan ini atau bersama saya menentang gerakan ini. Tepuk dada dan tanya diri..

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia