Thursday, December 24, 2015

Solidariti pada aktivis PPIM ( Persatuan Penguna Islam Malaysia)


Aduyaiii, saya kurang setuju dan bantah sekali lagi pihak berkuasa menahan Aktivis PPIM (Persatuan Penguna Islam Malaysia) dalam pembelaaan terhadap penguna yang telah diamik kesempatan dan penipuan pihak peniaga di Kotaraya yang tersebar dimedia sosial baru2 ini. 


Sepatutnya pihak polis mengambil video tersebut sebagai bukti utk buat pertuduhan pada peniaga yang melakukan penipuan tersebut bukan menahan pihak yg cuba membantu. Walaupun utk disoal siasat tidak perlu sehingga perlu ditahan.

Saya yakin pihak PPIM sedia bekerjasama dengan pihak POLIS dalam siasatan untuk membenteras penipuan peniaga terhadap rakyat.

Saya mohon pihak POLIS, KPDNKK dan   Pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap :

1) Peniaga dan Syarikat yang mengunakan cara samseng yang terlibat

2) Pihak Pusat Kotaraya yang membenarkan kejadian penipuan berlaku depan mata.

3) Syarikat SAMSUNG Malaysia harus batalkan semua hubungan niaga dengan syarikat tersebut serta merta kerana ianya menrosakkan imej jenama SAMSUNG. Jika diteruskan boleh dikatakan pihak SAMSUNG setuju cara peniaga memeras dan menipu penguna.

Saya mohon jasabaik pihak POLIS untuk melepaskan Aktivis PPIM kerana beliau memperjuangkan hak penguna yang ditindas dan ditipu. 

Pada penguna2 sepertimana saya nyatakan berkali2 pergi sahaja ke MARA DIGITAL bagi pembelian barangan DIGITAL.

Pada pihak yang saya lihat berterusan menyerang MARA DIGITAL cukup2lah membuat provokasi dan persepsi buruk terhadap MARA DIGITAL. Fikirkan dan nilaikan daripada sudut penguna yg sering kali ditindas dan ditipu seperti di Low Yatt dan Kotaraya.

#SelamatkanAktivisPPIM
#DemiPengunaUtkPenguna
#SolidaritiPPIM


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Sunday, December 20, 2015

Siapa Soo Wincci nak pertikai Ds Najib


Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa,

Tertarik hati saya nak komen mengenai isu satu artis bernama Soo Wincci pemenang miss world Malaysia 2008 yang mendesak Dato' Seri Najib letak jawatan dalam salah satu portal berita pagi ini.

Sebagai salah seorang artis yg berpendidikan undang2 seharusnya beliau tahu negara ini adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Setiap 5tahun akan diadakan pilihanraya bagi menentukan kerajaan dan kepimpinan. 

Sebagai seorang yang sepatutnya memahami sistem undang2 "Innocent Till Proven Guilty" tetapi beliau lebih suka menghukum dengan mengikuti emosi dan persepsi yang dimainkan oleh pihak2 yang berkepentingan.

Jangan salahkan Dato' Seri Najib bila album pertama gagal mendapat sambutan, jangan terus salahkan Dato' Seri Najib bila penaja menarik diri drpd menaja konsert beliau.

Tindakan beliau mengeluarkan video menuntut Dato' Seri Najib letak jawatan ketika Bersih 4 yang menbuat penaja tidak mahu menaja kerana penaja tidak mahu terlibat dengan pengerak himpunan2 haram yang merosakan imej negara dimata dunia, seharusnya beliau harus tahu implikasi sebelum beliau mengikut gerakan Bersih 4. Majoriti rakyat negara Malaysia tahu siapa dibelakang Bersih 4 dan majoriti rakyat menolak individu yang terlibat dalam gerakan haram ini.

Jadi pada Soo Wincci saya nasihat supaya fokus pada karier anda sebagai artis dan gunakan saluran yang betul pada pilihanraya akan datang. Jangan biarkan diri anda menjadi alat politik golongan2 kecewa kerana mereka ada agenda peribadi. Duduk kaji dan nilai segala perubahan serta bantuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dibawah kepimpinan YAB Ds Najib, tak susah semua maklumat dan fakta ada, tekan sahaja GOOGLE.

Tanamkan sifat Patriotik yg berfakta bukan auta.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
#Kita1Hati

Wednesday, December 16, 2015

Malaysia Cybergames 2015 bermula daripada impian jadi kenyataan.


   

Salam sahabat2 yang dihormati,

Syukur kehadrat Allah SWT Malaysia Cybergames 2015 berakhir dengan kejayaan pada 13hb Disember lalu yang dihadiri oleh YAB Ds Najib Perdana Menteri Malaysia.




Bermula daripada idea, menjadi cadangan, kepada kepercayaan , terus kepada keyakinan, akhirnya menjadi kenyataaan. 



Idea tercetus pada tahun 2013 dirumah saya, ketika perbincangan Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia saya nyatakan impian saya nak buat program Malaysia Cybergames (MCG)







Bukan mudah nak jadikan ianya sebuah realiti. Tidak ramai tahu, perancangan untuk MCG lebih drpd 2tahun. 






Pelbagai kutukkan, kritikan, cabaran, dugaan, tikaman, halangan, ramai yang nak lihat kegagalan daripada kejayaan tetapi kerana istiqamah dan semangat setiakawan akhirnya "IMPIAN JADI KENYATAAN" itulah pengalaman saya utk laksanakan Malaysia Cybergames 2015.








Terima kasih pada yg mempercayai impian saya terutama YB KJ , Ds Salleh Said Keruak serta seorang insan dibelakang takbir yang menjadi tulang belakang MCG sehingga berjaya lain, insan itu bernama Sdr Ammir Haron dan sahabat saya yg memberikan komitment sejak awal sdr Hafiz Rozlan.












Bagi kejayaan MCG ini banyak yang membantu terutama keluarga besar Suara Anak Muda 1Malaysia, Briged Kesatria Muda, Tune Advertising, Kenchi, Firdaus, Tiffany dan korang semua tau siapa anda. 





Tanpa anda semua "Impian tidak akan jadi kenyataan" dan ianya tidak akan berjaya, ini kejayaan kita semua sebagai sebuah keluarga besar. Saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada anda semua #Kita1Hati 

Armand Azha Hj Abu Hanifah
IMPIAN JADI KENYATAAN

Monday, December 14, 2015

Siapa Outsyed nak pertikai Ds Ismail Sabri!!


Salam sahabat2 yang dihormati,

Tertarik hati saya bila baca sebuah blog  bernama OutSyed The Box yang mempertikaikan MARA DIGITAL.

Bukan sahaja pertikai bila ada pemimpin melayu/bumiputra seperti Ds @Ismailsabri60 perjuangkan kepentingan ekonomi bumiputra. Golongan yg lebih suka lihat kegagalan daripada kejayaan inilah sebenarnya wajib kita namakan "DiKitul Moden" .

Cara beliau melihat penubuhan MARA DIGITAL lebih kearah negatif daripada positif. Ini sebenarnya bukan pemikiran diluar kotak tetapi lebih kepada pemikiran yg "TERKOTAK".


Bagi saya sebagai seorang bloggers lama sepatutnya beliau memberikan cadangan penambah-baikkan atau utk melangkah 2 tapak kehadapan utk majukan MARA DIGITAL, tetapi beliau mengambil pendekatan utk terus menghentam dan memberikan persepsi negatif terhadap langkah pertama MARA nak majukan ekonomi bumiputra khususnya dlm bidang digital.

Pada Ds Ismail Sabri teruskan perjuangan bagi ekonomi bumiputra baik dlm bandar mahupun luar bandar, anggap sahaja penulisan blogger ini picisan penulisan yg masih dalam kepompong kecil yang tidak lihat masa hadapan.

Saya doakan MARA DIGITAL akan kembangkan sayapnya ke negeri2 lain utk kepentingan ekonomi bumiputra.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
15hb Disember 2015 11.02pagi