Sunday, January 17, 2016

Selamat Hari Lahir Ds Ismail Sabri



Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Suara Anak Muda 1Malaysia ingin mengucapkan selamat hari lahir pada individu yang saya cukup hormati serta mentor perjalanan politik saya Ds @IsmailSabri60


Ciri2 yang saya lihat secara peribadi ada pada beliau:

- Mempunyai karisma
Pemimpin yang mempunyai karisma akan memudahkan mengarahkan staf atau pengikutnya.Pemimpin yang tidak berkarisma akan kesulitan mengarahkan staf atau pengikutnya.


-Mempunyai integriti dan keikhlasan
Pemimpin harus mempunyai integriti dan keikhlasan dalam memimpin. Pemimpin harus setia terhadap nilai-nilai yang ditanamkan kepada pengikutnya.


-Mempunyai dedikasi dan visi
Pemimpin yang berdedikasi dan visi akan mengerjakan visinya dengan kerja keras dan penuh semangat. Dedikasi yang dia kerjakan akan ditularkan kepada stafnya

-Tegas mengambil keputusan
Pemimpin harus tegas dan berani mengambil keputusan secara cermat. Untuk dapat mengambil keputusan secara cermat pemimpin harus memperhatikan banyak aspek dalam memutuskan.

-Senantiasa membantu
Pemimpin yang baik harus sedia membantu memecahkan masalah yang dihadapinya. 
Bekerja tidak hanya memerintah
Pemimpin yang baik mau mengerjakan hal-hal yang dihadapi stafnya. 

-Sedia mendengar
Pemimpin yang baik harus sedia mendengarkan nadi, suara hati dan keluhan dari pengikutnya. Pemimpin tidak harus setuju terhadap pendapat dari pengikutnya, tetapi harus menghargai setiap pendapat.


Ini yang ada pada individu yang cukup saya hormati Ds Ismail Sabri. Semoga Allah SWT berkati dan permudahkan segalanya dalam perjalanan hidup dan politik utk terus berjaya.

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
DSIS

Monday, January 11, 2016

Selamat Ulangtahun GIATMARA ke 30👍


Kenyataan rasmi
------------------

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa,

Saya ingin mengucapkan selamat ulangtahun GIATMARA ke 30 terutama buat keluarga besar GIATMARA para pelatih2 baru mahupun lama, para pelajar baru atau pun yang lama yang telah berjaya sebagai usahawan, para wargakerja yang menjadi tulang belakang kekuatan GIATMARA dan pengurusan GIATMARA.

Bermula daripada sebuah harapan serta impian pada 1986 di Kedah , tubuhnya pusat latihan kemahiran yang pertama, kini selepas 30tahun kita telah berjaya melakar sejarah negara dengan 231 buah pusat latihan seluruh negara.

Ribuan telah berjaya diberikan peluang dalam sektor kemahiran, ribuan yang telah berjaya dan kini bergelar usahawan. 

GIATMARA berjaya mencipta pengerak negara khususnya dalam bidang kemahiran.

Saya doakan yang terbaik buat GIATMARA, semoga tahun 2016 merupakan tahun yang baik bagi kita kearah transformasi peremajaan GIATMARA kearah negara maju yang kian hampir tidak lama lagi.

Sama2 kita bangkit bersama untuk mencipta usahawan bagi membanteras kemiskinan khususnya buat bumiputra. Kalau bukan kita bantu siapa lagi. 

Akhir sekali saya selaku Timbalan Pengerusi GIATMARA Malaysia ingin mengucapkan terima kasih pada DS Ismail Sabri Menteri yang dipertanggungjawab menjaga MARA serta seluruh keluarga besar GIATMARA sama2 kita melakar sejarah negara, segalanya bermula disini.

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Timbalan Pengerusi 
GIATMARA MALAYSIA
#KitaLakarSejarah
#SegalanyaBermulaDisini 

Wednesday, January 6, 2016

Siapa Anina nak tentukan jatuh bangun Ds Najib


Salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Tertarik saya baca kenyataan yg dikeluarkan disalah satu portal berita Malaysia insider oleh Bekas Wanita UMNO Bahagian Langkawi Anina Saadudin yang mengatakan Ds Najib akan "rentung dibakar" api kemarahan rakyat dan akan tersungkur di PRU14 di Pekan, Pahang.

Ucapan daripada Anina seorang calon yang kalah bertanding semasa pemilihan lepas dan mencari perhatian "Attention Seeker" saya lihat beliau lebih kepada emosi drpd fakta. Bila isu 1MDB sebelumini memberikan kenyataan tentang penyelesaian beliau tidak boleh terima. Yang paling best bila 1MDB berjaya kurangkan jumlah hutang pun tidak boleh terima kenyataan.

Adakah beliau hanya nak keputusan yang dicipta oleh beliau sendiri tanpa mengunakan fakta?  Anina mungkin lebih suka berhujah tentang Auta daripada AUTA..Siapa beliau nak tentukan jatuh bangun Ds Najib.

Bagi saya, cukup2lah jadi alat dan meraih populariti murahan dimedia2 portal2 pembangkang. Jangan terlalu emosi dalam isu yang diri sendiri pun kurang paham kerana nampak kelemahan diri beliau sendiri.

Selaku bekas guru sepatutnya tahu bila berbicara harus mengunakan fakta bukan auta. Saya nasihatkan lebih baik beliaudapatkan maklumat terus daripada ada pihak pengurusan 1MDB , kerana maklumat berpandukan portal2 ini banyak permainan persepsi dan auta drpd fakta.

Saya doakan yang terbaek dalam isu penyelesaian 1MDB

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Saturday, January 2, 2016

Briged Prihatin Sumbang Peralatan Sekolah


Salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,


Alhamdulilah selesai merasmikan Penubuhan Komuniti Pangsapuri Vista Subang , penyerahan sumbangan beg sekolah, peralatan sekolah dan sumbangan penghargaan terhadap tabika perpaduan Vista Subang sumbangan Briged Kesatria Muda Malaysia 😃


Jutaan tahniah pada team penganjur sdr Fauwaaz dan Team Briged Kesatria Muda Vista Subang.


Sama2 kita galas amanah dan tanggungjawab untuk bersama rakyat.

#Kita1Hati #PemimpinAkarUmbi #PemudaUMNOMalaysia #PemudaUMNOSelangor #BrigedPrihatin #BrigedVolunteer 

Friday, January 1, 2016

Zuraidah "KURANG CERDIK" Isu MARA DIGITAL


Selamat tahun baru dan salam sehati sejiwa.

Berlabuh sudah tahun 2015 yg mempunyai pelbagai cabaran dan harapan. Kini kita memasuki tahun 2016 utk kita sama2 maju kehadapan dan jadikan negara kita salah satu yg terbaik dlm dunia.

Tapi diawal 2016 salah seorang wakil rakyat PKR , lain dan tidak lain YB Zuraidah Ahli Parlimen Ampang telah mempertikaikan kewujudan MARA DIGITAL.


YB Zuraidah menunjukkan secara jelas beliau "KURANG CERDIK" dalam bahasa yang kasar "BODOH" bila mempertikaikan kewujudan MARA DIGITAL yg menberikan peluang kepada usahawan bumiputra yg berkecimpung dalam perniagaan IT. 

Mungkin YB Zuraidah tertidur atau poteng di parlimen bila YB Ds Ismail Sabri memberikan penerangan jelas mengenai kewujudan MARA untuk membantu bumiputra dan yang terbaru inisiatif mewujudkan MARA DIGITAL.

Pada YB Zuriadah yang mencari isu populist , saya secara peribadi nak berikan rakaman penerangan DS Ismail Sabri didalam Parlimen tempohari agar beliau paham dan tidak dilihat "KURANG CERDIK" bila berbicara tentang isu MARA DIGITAL.

Sama2 kita teruskan sokongan terhadap MARA DIGITAL, jika ada kekurangan saya yakin pihak MARA akan menambah baik lagi MARA DIGITAL untuk rakyat tanpa mengira kaum atau agama mahupun fahaman politik. 

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia  #photogrid @photogridorg