Monday, September 28, 2015

Duta China Jgn Campur Urusan Malaysia



Kenyataan Rasmi
Sdr Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia.
-----------------------------------

Assalamualaikum sahabat2 yg dihormati,

Tertarik saya lihat bila Duta China melawat Petaling Street dan mengeluarkan kenyataan, yang saya lihat kurang bijak sabagai wakil negara China ke Malaysia. Beliau menyatakan tidak akan duduk berbincang ngan pihak kerajaan jika bangsa cina diganggu gugat.

Saya nak kasitau pada Duta China ini, yang menganggu gugat keamanan sejak kebelakangan ini adalah bangsa cina dengan membuat provokasi2 dan hinaan bukan hanya pada bangsa Melayu Bumiputra tetapi juga terhadap kepimpinan Melayu Islam. Kerana sikat biadap mereka inilah telah menaikkan kemarahan majoriti orang2 Melayu Bumiputra.

Orang2 Melayu senantiasa menghormati hak semua bangsa, kaum dan agama sejak dahulu hingga kini. Tetapi pihak yg diberikan hak itu juga harus tahu menghormati HAK orang2 Melayu Bumiputra.

Pada Duta China, pihak kerajaan Malaysia tidak pernah masuk campur urusan domestik kerajaan China kerana menghormati hubungan antara negara. Jadi saya nak ingatkan pada Duta China agar tidak mencampuri urusan pentadbiran Negara Malaysia.

Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin Pihak Kerajaan China berikan penjelasan atas kenyataan yang dibuat oleh Duta China, jika benar kenyataan itu dibuat saya desak beliau Memohon Maaf pada Kerajaan Malaysia serta rakyat Malaysia.

Selesaikan dahulu isu dalaman China kes penindasan ummat Islam Uighur baru masuk campur hal negara orang.

Tanah Malaysia tanah berdaulat, biar urasan negara diselesaikan oleh Malaysia, kita tidak perlu campurtangan pihak luar dalam urusan pentadbiran negara.

Armand Azha Haji Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda
26hb Sept 11.00pagi

Friday, September 25, 2015

Pemuda MCA Pasir Gudang, Sila Letak JAWATAN!!!


Salam sahabat2 yg dihormati,

Saya secara tegas nak nyatakan pada Chia Chow Hui Pemuda MCA Pasir Gudang MCA yang buat kenyataan terbuka pada portal Malaysiakini untuk putuskan hubungan dengan Pengerusi BN kerana YAB Ds Najib nyatakan sokongan terhadap Himpunan Rakyat Bersatu boleh terus letakkan jawatan beliau dalam pemuda BN.


Pada budak kecik bernama Cia Chow Hui nyatakan himpuan tersebut rosakkan keharmonian kaum dalam negara, saya nak tanya balik pada beliau bagaimana pulak himpuan BERSIH sejak mula hingga kini. 


Beliau buta matakah apa yg membuat kebangkitan rakyat bagi himpunan 16 Sept tersebut jika bukan kerana BERSIH menghina, mencerca, fitnah dan aibkan pemimpin islam negara.

Kenapa beliau tidak berani keluarkan kenyataan terbuka menentang BERSIH. Kalau sudah nyatakan tidak mahu ada hubungan terhadap pengerusi BN, saya secara tegas desak beliau terus letak jawatan dalam pemuda BN.

Saya nak tahu jugak apa yang Pemuda MCA sudah laksana untuk menambah sokongan cina pada BN selain hanya kadi hero diportal sosial media. Bagi saya secara terang rasakan ini hasil didikan Ketua Pemuda MCA yang giler publisiti , yang hanya tahu mencari kesalahan orang  tanpa melihat kelemahan pemuda MCA dibawah beliau , Ketua Pemuda MCA ibarat tong 
Kosong.

Saya bersiri teguh bersama kepimpinan Barisan Nasional.

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Sunday, September 20, 2015

Siapa yg bangga sangat ngan Singapore boleh baca!!!!


Selama ini Singapore tidak galakkan sesiapa cakap bahasa lain kacuali bahasa IBUNDA SINGAPORE iaitu bahasa INGGERIS. Tahun ini orang Melayu Singapore pun terperanjat dan 'confused'. 

Untuk pengetahuan semua, Singapore mahu cuba tarik pengundi Melayu dalam pilihanraya akan datang ini. Ramai Melayu dan anak2 muda di sana telah mengundi pembangkang. 

Yang PM Lee kata pasal 2 orang PILOT, itulah saja pilot Melayu yang mereka ada di RSAF. Selama ini RSAF tidak boleh ambil pilot Melayu. Melayu hanya boleh jadi tukang masak, maintenance atau pencuci kapal terbang sahaja. Army dalam 'Special Force' pun Melayu tidak boleh masuk. 

Kenapa saya boleh kata begitu? Saya berkerja di NATIONAL SAFETY COUNCIL OF SINGAPORE selama 6 tahun. Kami yang menjaga semua urusan Singapore Security Forces termasuklah, Army, RSAF, Polis, JPJ dan Traffic Police. 

Pasal masjid, Mendaki etc, yang disebut oleh PM Lee, ingin saya beritahu semua bahawa SEMUA warga Melayu/Islam Singapura di WAJIBkan menyumbang dengan potongan gaji setiap bulan ke tabung Mendaki, Masjid etc. Jadi, semua pembinaan atau jagaan masjid di tanggung oleh orang Melayu / Islam sendiri. 

Orang sering cakap Singapore negara terkaya di dunia. Jawapannya Singapore di'control' oleh PAP. Bahasa mudah bagi kami rakyat Singapore, PAP bermaksud, "PAY AND PAY". 

Mana ada government clinic atau hospital lagi. Semua telah di‘privatise’kan. Warga Singapore WAJIB ada Insuran Medisave dan Medishield sebelum masuk hospital. Dah pergi check doktor, dapat prescription ubat, kena pergi beli sendiri ubat2 itu di farmasi. 

Semua pekerja kena potong gaji setiap bulan untuk biaya rawatan. Bagi orang tua-tua yang tidak mampu, anak-anak kena tanggung bayar. Kalau tidak, sakit sampai mati pun mereka tidak perduli. 

Berbeza di Malaysia. Pergi klinik kerajaan hanya bayar RM1 dan SEMUA TANGGUNG BERES. 

'Carpark' di HDB (rumah mampu milik), rumah kerajaan, bayaran bulanannya sekarang ialah S$120 untuk open space atau $180 untuk ‘multi story carpark’. Duit tong sampah wajib bayar ikut saiz rumah setiap bulan. Belum lagi bil api, air, cable vision, cukai pintu dan cukai tahunan. Rumah flat lama yang mahu di perbaharui harus ditanggung sendiri oleh rakyat. 

CPF hanya boleh dikeluarkan 10% sahaja bila genap usia 65. Setiap orang mesti ada duit simpanan dalam CPF kerana kerajaan tidak mahu tanggung orang Singapore. Setiap bulan pula hanya boleh keluarkan $280-$450 sahaja bergantung berapa banyak kita ada simpanan dalam akaun CPF itu. 

Untuk beli kereta kena beli COE (Certificate of Entitlement). Selepas 1 tahun, WAJIB pergi inspection untuk baharui roadtax. Singapore tidak boleh ada kereta buruk atas jalanraya. Sebelum 10 tahun kereta mesti dijual. Kalau tidak, selepas 10 tahun ia hanya laku $2,000 sebagai besi buruk saja kerana sudah dianggap tidak harga jualan lagi. Kalau mahu maintain pula kena bayar tambahan road tax 50% lebih tinggi. 

Ketika saya tinggal di Singapore (sebelum 1997), road tax 1000cc ialah $1300 setahun dan insurance premium $1300. Jumlahnya $2600 setahun untuk 1000cc. Road tax tinggi kerana rakyat dipaksa membiayai ‘maintenance’ jalanraya sendiri. 

Pernah ke orang Malaysia terfikir, apabila membeli rumah HDB di Singapore, semua yuran guaman harus dibayar kepada “Lee & Lee Associate”, iaitu Syarikat PM Lee dan family. Dari zaman bapanya Lee Kuan Yew hingga ke hari ini. Kalau S&P dan legal dibayar atas syarikat Perdana Menteri Malaysia, tentu teruk PM Malaysia kena belasah dengan pembangkang. 

Sekarang PAP nak pengaruhi rakyat Malaysia pula. Mereka mahu beritahu jika DAP menjadi Kerajaan baru di Malaysia, DAP juga mampu ubah Malaysia menjadi seperti Singapura. Di Gelang Patah, Johor, PAP lah yang membantu DAP Lim Kit Siang untuk menang. 

Kenapa saya cakap begitu? Kerana sebagai pekerja kerajaan di Singapore, saya diwajibkan masuk PAP, dan saya juga terlibat dalam politik PAP. Atas sebab keahlian PAP jugalah saya boleh bekerja di National Safety Council of Singapore.

KITA ALU-ALUKAN PERKONGSIAN IKHLAS DARI MASYARAKAT SINGAPURA DALAM MENGESAHKAN ATAU MENAFIKAN KEBENARAN ISI CORETAN HAM

Saturday, September 19, 2015

WSJ Penyebar Fitnah Terancang



Kenyataan Akhbar
Armand Azha
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Briged Kesatria

Sekali lagi WSJ portal mengejar rating yang berkentingan yang konsisten menyebar fitnah yang terancang.
 
Saya selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia ingin mengingatkan rakyat Malaysia ini merupakan kali kedua WSJ secara angkuh mengakui bahawa ia pernah melihat dokumen siasatan dan transkrip Laporan Interim Ketua Audit Negara.

Minggu lepas, seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Dr Hj Puad Zarkashi telah menyatakan rasa kesal kerana tindakan masih belum diambil ke atas pihak yang secara jelas telah melanggar undang-undang negara. Beliau juga telah menyelar sikap tidak apa dan ambil mudah anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) seperti Tony Pua dan Tan Seng Giaw, sedangkan perkara ini amat serius.

Penjualan maklumat siasatan yang sulit sedangkan siasatan masih belum dimuktamadkan adalah satu jenayah yang amat serius dan boleh menzalimi pihak yang sedang disiasat. 

Pada waktu yang sama, ia adalah satu permainan persepsi yang jahat yang bukan sahaja boleh mendatangkan kesan buruk kepada 1MDB, tetapi juga kepada ekonomi negara.

Saya dengan ini mendesak agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat setiap anggota PAC. 

Saya juga mendesak agar PAC sekarang dibubarkan dan anggota baru yang lebih berintegriti dilantik bagi menggantikan anggota sedia ada yang dilihat lebih suka bermain politik dan diragui intergriti mereka.

Adakah mereka dibelakang maklumat-maklumat yang bocor pada WSJ mahupun Sarawak Report? Ini persoalan yang harus diamik kira oleh pihak berkuasa.

Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berdiri teguh atas kenyataan saya diatas.

Sekian, terima kasih


Sunday, September 13, 2015

ASEAN "JEREBU" JGN DIAM


Salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Sekali lagi negara kita dilanda bencana Jerebu. Sampai bila kita nak biarkan bencana ini, ianya dah ibarat acara tahuan negara2 teribat.


Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin mencadangkan pada kepimpinan negara dalam perbincangan negara2 ASEAN letakkan ketetapan buat negara Indonesia untuk mengambil tindakan tegas pada syarikat2 perladangan yg buat pembakaran hutan secara terbuka.


ASEAN harus tegas dalam isu ini kerana membabitkan pencemaran udara dan seterusnya mengakibatkan negera2 jiran juga terbabit dalam pencemaran dan mengakibatkan jutaan rakyat baik negara Indonesia mahupun negara jiran menghadapi masalah kesihatan.


Cukup2 lah kita bersabar dengan pihak yg rakus mengambil keuntungan tanpa memikirkan apa yang berlaku kini.

Pencemaran ini harus dihentikan bukan jadikan sebagai acara tahunan!!!!!

ASEAN please take action!!

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
#StopTheHaze
#ASEAN
#HentikanPencemaran
#SaveTheEnviroment

Tuesday, September 8, 2015

Kronologi Claire Brown Cubaan Jatuhkan Ds Najib


Sila luangkan sedikit masa untuk baca kronologi penglibatan Claire Brown Sarawak Report di dalam cubaan menjatuhkan DS Najib.

Sumber: MalaysiaOpinion.com

Sebuah portal membuat pendedahan mendakwa terdapat penglibatan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pengasas Sarawak Report, Claire Brown dalam usaha menjatuhkan kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

Portal itu turut memperincikan dakwaan kronologi pertemuan bekas kakitangan PetroSaudi, Xavier Justo yang mencuri data daripada majikannya sebelum memeras syarikat itu sebanyak 3.5 juta matawang Swiss.

“Data itu bukan dicuri atas dasar moral tetapi untuk memperoleh wang dengan menjual maklumat sulit kepada pihak berminat,” tulis portal itu.


Berikut adalah kronologi dipapar di portal itu:

July 2013:

Xavier Justo menghubungi Patrick Mahony daripada PetroSaudi dan memeras 3.5 juta Swiss France (kira-kira RM14 juta) sebagai bayaran untuk pemulangan data yang dicuri. Pemerasan itu berlanjutan selama lima bulan seterusnya sementara Justo mengugut akan menjual data itu kepada pihak yang berminat jika Mahony enggan membayar.

Oktober 2013

Justo bertemu Mahony di Shangri La Hotel di Bangkok, Thailand di mana Justo telah mengugut Mahony secara lisan, jika PetroSaudi tidak membuat pembayaran untuk data dicuri, ia akan dijual kepada pihak berminat dan ia akan menjejaskan syarikat itu. Bagaimanapun, PetroSaudi enggan membayar dan Mahony turut memberitahu Justo, syarikat tidak melakukan apa-apa kesalahan dan data dicuri tidak menunjukkan sebarang salahlaku.


Mei atau Jun 2014

Justo menghubungi Claire Brown melalui telefon dan pada masa ini, Brown tidak mahu dikenali hanya menyebut dia berminat terhadap data yang dicuri Justo dan mencadangkan satu pertemuan di Bangkok. Mereka bertemu kira-kira jam 10 pagi di Plaza Athene dan selepas itu, Brown dirujuk sebagai ‘Athene Ban’ dalam perbualan aplikasi telefon pintar Whatsapp.

Pada pertemuan itu, Justo tidak memperkenalkan namanya sebaliknya hanya mengaku sebagai bekas kakitangan PetroSaudi dan mempunyai maklumat mengenai perniagaan PetroSaudi termasuk transaksi dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justo turut menunjukkan kepada Brown satu contoh mukasurat emel PetroSaudi dengan lampiran serupa ditunjukkan kepada Mahony. Brown mengambil lima gambar emel itu menggunakan komputer peribadi Apple Macbooknya.

Justo turut menjelaskan kepada Brown, data itu dicuri dan keduanya bersetuju untuk merahsiakan pakatan subahat mereka dan mereka tahu perbuatan itu adalah satu jenayah.


Brown turut menyakinkan Justo yang dia mempunyai hubungan akrab dengan bekas perdana menteri United Kingdom, Gordon Brown dan beberapa ahli politik berpengaruh di Malaysia dan mampu mendapatkan pulangan yang baik bagi data dicuri itu.

Ogos 2014

Pertemuan kedua diadakan sekali lagi di Plaza Athene, Bangkok, Thailand. Justo menunjukkan 20 hingga 30 mukasurat namun tidak menyerahkannya kepada Brown. Brown hanya berminat terhadap satu dokumen, perjanjian antara PetroSaudi dan 1MDB. Brown kemudian mencari pembeli dan mendapatkan Nurul Izzah Anwar, anak perempuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menawarkan penjualan dokumen itu kepada Anwar melalui Nurul Izzah.

September 2014

Brown menghubungi Justo untuk bertemu sekali lagi di Bangkok bersama Nurul Izzah berikutan Naib Presiden PKR itu didakwa berminat untuk membeli data dicuri namun terdapat kekangan kewangan dan hanya boleh menawarkan kontrak kerajaan pada masa akan datang. Justo bagaimanapun tidak berminat dengan tawaran itu kerana mahukan wang segera.

Februari 2015

Selepas Anwar dipenjarakan, Brown menghubungi Justo dan memberitahu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua akan membantu dalam penjualan data dan mendapatkan wang untuknya. Pua turut membawa Tong Koi Ong, hartawan media yang menguasai akhbar The Edge dan memiliki beberapa firma pelaburan yang menjalankan urusniaga kewangan dan saham.

Koi Ong turut didakwa sebagai orang perantaraan bagi pihak Anwar di Malaysia, dan sebagai penjaga kepada kemewahan yang diperolehi Anwar. Koi Ong juga mampu memperoleh keuntungan sehingga jutaan ringgit, dengan menyiarkan laporan mengenai kontroversi 1MDB, dan menyebabkan pergolakan ekonomi.

Selepas itu, Pua, Koi Ong dan Brown mengatur satu pertemuan dengan Justo dan kali ini, Ho Kay Tat turut bersama di Hotel Fullerton, Singapura di mana Justo bersetuju untuk menjual data dicuri kepada Koi Ong pada harga USD2 juta.

Brown dan Koi Ong menyatakan data dicuri itu akan digunakan bagi menyerang kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia. Mereka bersetuju Koi Ong dan orang-orangnya akan menyalin dokumen asal daripada Justo sebelum membuat pemindahan wang hari berikutnya kepada Justo. Justo bersetuju dengan syarat itu. Cakera mudahalih kedua diserahkan Justo kepada Brown namun beberapa hari selepas itu, Brown menyatakan data di dalamnya rosak dan Justo membuat penghantaran melalui khidmat kurier DHL satu lagi cakera mudahalih ke London.

“Selepas penyerahan itu, Justo mula mengejar pembayarnya namun diberitahu terdapat masalah membuat pemindahan wang dalam jumlah yang besar kepadanya. Berikutan pelbagai alasan itu menyebabkan Justo semakin resah, apatah lagi mendapati data disiarkan di internet sudah diubahsuai,” kata portal itu dalam pendedahannya.

Justo kini merengkok tiga tahun di penjara di Bangkok selepas mengaku bersalah memeras bekas majikannya.

Justo sebelum ditahan turut menghubungi Brown ketika berdepan hukuman penjara itu namun diberi jaminan oleh wanita itu, segalanya akan selesai dan tiada apa apa akan berlaku terhadapnya kerana Brown mendakwa dilindungi seseorang yang ‘besar’ dan kerajaan Malaysia akan bertukar tidak lama lagi.

Ditanya selanjutnya, Brown mengakui menandatangani beberapa dokumen dengan Mahathir dan memberi jaminan kepada Justo, mereka dilidungi bekas perdana menteri itu. Malah, Brown turut menceritakan bagaimana dia diberi penghormatan tinggi ketika berada di Malaysia dan turut mempelawa Justo untuk bertemu Mahathir di Malaysia.

“Brown turut menyatakan akan berbincang dengan Mahathir dan pembantunya, Sayed Yusof, mengenai data dicuri dan memberi jaminan kepada Justo, ia adalah selamat untuk lelaki itu datang ke Malaysia kerana sokongan Mahathir,” tulis portal itu.

Kita punya akal dan fikiran untuk nilaikan kebenaran. Tangan2 Ajaib ini lah yg mempunyai cita2 nak jatuhkan kerajaan Malaysia cara PECAH DAN PERINTAH.

Menciptakan kebencian rakyat terhadap kerajaan melalui konspirasi2 jahat dengan memburukkan kepimpinan negara baik dimata rakyat Malaysia mahupun masyarakat dunia.

Hentikan gerakan terkutuk ini wahai CICAK MENGKARUNG..

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Sunday, September 6, 2015

16hb "BANGKIT" Anak Melayu


Salam seperjuangan sahabat2 yg dihormati,

Tersenyum saya lihat ada pulak cicak mengkarung drpd pimpinan pakatoon yg marah siap buat laporan polis terhadap Himpunan Melayu pada 16hb Sept ini..


Aik tau pulak mereka marah. Kenapa marah? Adakah mereka marah kerana himpunan ini dibuat di bukif bintang mereka melompat? Sebelum ini puak2 ini menghina pasukan polis dan pihak berkuasa kini mereka pulak pi buat laporan polis. Kelakar sungguh puak2 cetek akal ini. 

Sudah lama orang2 melayu berdiam diri dalam pelbagai isu yang bergitu dekat dengan hati orang2 melayu. Boleh kita lihat kebelakangan ini pelbagai hak yg termaktub dalam penubuhan negara tercinta kita dlm perlembagaan negara kita mula diusik oleh puak2 cicak mengkarung ini.
 

Bermula dengan mengusik institusi pendidikan tinggi seperti UITM mempertikaikan hak bumiputra dlm pendidikan, menpertikaikan program2 kerajaan utk meningkatkan ekonomi bumiputra .Mempertikaikan program3 kebajikan khususnya buat bumiputra. Mempertikaikan kuasa kementerian2 berkaitan agama islam. Mencemuh institusi raja2 melayu, menghina pemimpin2 melayu bumiputra. Menpertikaikan hak2 orang2 melayu bumiputra.. Boleh dikatakan pelbagai lagi cicak mengkarung ini mencabar serta makin kurang ajar. Ini kita boleh lihat sendiri drpd media2 sosial atau pun mungkin kita sendiri pernah alaminya.


Tapi sabar anak melayu ada hadnya. Jangan menghina tangan yang baik sehingga mengigit. Orang2 Melayu berjiwa besar senantiasa tidak mencemburui apa jua yang dibuat oleh cicak mengkarung sejak merdeka hingga kini kerana oramg melayu tahu menghormati hak masing2.

Tapi kini cicak mengkarung sudah berani mencabar hak orang2 melayu bumiputra pulak. Bila kesabaran orang2 melayu bumiputra makin ditekan makin diusik oleh puak2 ini, perkataan yang digambarkan dlm tiap kamus dalam dan luar negara iaitu "AMUK" akan bertiup dalam setiap hati kecil orang2 melayu bumiputra.

Kebangkitan Himpunan Melayu wujud kerana cicak mengkarung yang kian kurang ajar. 

Anak2 melayu bumiputra "BANGKIT" bila maruah dicabar dan diusik. 

Pepatah lama berbunyi :

"Usah digerak harimau yang sedang tidur, harimau sudah lama simpan kukunya"

"Tanah melayu tanah pusaka,
Megah berdiri disinggahsana,
Adat melayu tegap didunia,
Tiada gentar menempuh badai"

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
-Anak Melayu-
7hb Sept 2015

Friday, September 4, 2015

Siapa Katak ini? Siapa Zaid Ibrahim?

Apabila katak bersuara!!!

Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia  nak tanya pada manusia bernama Zaid Ibrahim yang membuat kenyataan di media utk masuk campur urusan UMNO?

Siapa sikatak bernama Zaid Ibrahim nak menyeru ahli UMNO dan Rakyat memilih antara YAB Ds Najib dan YBhg Tun M.

Jangan ingat UMNO dan Rakyat lupa sejarah siapa sikatak ini, yg keluar masuk parti  politik beberapa kali. Drpd UMNO lompat ke PKR, drpd PKR lompat ke KITA,  Drpd KITA macam nak lompat ke GHB. Ini adalah manusia yang tiada ketetapan dan ketaatan dalam perjuangan tetapi hanya pentingkan survival kepentingan diri drpd keutamaan rakyat.

Pada sikatak Zaid Ibrahim perbetulkan pendirian diri sendiri dahulu sebelum nak keluarkan kenyataan bodoh dimedia2.

Urusan UMNO biar kami ahli parti cari penyelesian kearah perpaduan dan pengukuhan parti UMNO. Jgn nak jadi batu api utk tiup api perpecahan dlm UMNO dan Rakyat.

Utk maklumat manusia sikatak bernama Zaid Ibrahim, YAB Ds Najib merupakan Presiden UMNO yang dipilih melalui proses demokrasi parti bukan macam awak Zaid Ibrahim yg hati kecik bila kalah dalam mana2 pemilihan parti akan lompat macam katak kepanasan.

Kami ahli UMNO akan selesaikan urusan keluarga kami, UMNO tidak perlukan seekor katak bernama Zaid Ibrahim nak mengajar kami utk uruskan parti kami

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
05hb September 2015


Thursday, September 3, 2015

Kalau Bukan Kita Bantu Bumiputra, Siapa Lagi


Salam sahabat2 yang dihormati,

Seharian hari ini, saya dapat melapangkan masa bersama pelbagai golongan generasi muda dan pertengahan.

Sessi perbincangan tentang arahtuju masa hadapan bumiputra dalam perjalanan ke arah negara maju. Rata2 menyatakan mengapa kini kepentingan bumiputra khususnya dalam mencapai ekonomi dilihat semakin muram dan samar. 

Adakah kini GLC2 dan Kementerian dipenuhi pengarah2 , ketua2 dan eksekutif yang fikiran hanya mengejar keuntungan sahaja tanpa memikirkan kepentingan mendidik dan memberikan peluang pada bumiputra utk melangkah kaki utk bersaing.

Dimana jati diri dan amanah yg diberikan utk menperkasakan bumiputra? Atau kini hanya tinggal laungan sahaja tetapi tiada perlaksanaan dalam membantu generasi2 muda bumiputra baik luar bandar mahupun bandar.

Kini generasi muda bumiputra ramai yang agressif dalam perniagaan2 yang sealiran dengan masa. Perniagaan2 online kini merupakan salah satu cabang perniagaan bumiputra yang kian mengembang, tapi sayang bank2 dan kementerian sukar utk memberikan bantuan pinjaman mahupun latihan perniagaan bagi perniagaan alaf baru ini kerana rata2 yang memegang jawatan diatas masih lagi dalam kepompong minda lama yabg takut akan pembaharuan.

Masih ada lagikan harapan utk memperkasakan bumiputra khususnya bagi orang muda dalam pelan menuju kearah negara maju?

Semoga lebih ramai yg diberikan amanah dlm GLC2 dan Kementerian mempunyai jatidiri perjuangan bumiputra dan islam..

Perjuangan tanpa nokhtar ini adalah peninggalan pejuang2 kemerdekaan yang lalu adakah kita mewarisi amanah mereka atau kita lupakan titik peluh perjuangan mereka.

Jadi pada pemimpin2 yang diamanahkan oleh rakyat memegang jawatan dan kuasa. Jangan kita lupa kenapa kita diberikan amanah.

Kalau bukan kita bantu bumiputra, siapa lagi nak bantu.

Ikhlas

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
-Saya sayangkan perjuangan demi kepentingan anak muda bumiputra-

Hidup Mesti Positif dan Senantiasa Bersyukur


Satu fikiran yg agak menarik.
Jika:

A  B  C  D  E  F  G  H  I  J K  L M  N  O   P  Q  R  S  T U  V  W  X  Y  Z
bersamaan dengan:

1  2  3  4  5  6  7  8  9  10 11  12  13  14  15  16  17 18  19  20  21  22  23  24 25  26

Maka nya..

H+A+R+D+W+O+R+K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E
12+15+22+5 = 54%

L+U+C+K 
12+21+3+11 = 47%

Tiada Satu pun 100%. Apa yang 100%?!

Wang?! NO!

M+O+N+E+Y
13+15+14+5+25 = 72%

Leadership?! NO!

L+E+A+D+E+R+S+H+I+P
12+5+1+4+5+18+19+8+9+16 = 97%

Setiap masalah boleh diselesaikan dengan mengubah 'ATTITUDE'.. [sikap] kita.

A+T+T+I+T+U+D+E 
1+20+20+9+20+21+4+5 = 💯%

Oleh itu with ATTITUDE kita terhadap kehidupan dan pekerjaan lah yang membuat kita  ðŸ’¯% successful.

Menakjubkan.. Mathematics.. 🔣🔢

.. akan tetapi.. 

MENGASIHI TUHAN
19+1+25+1+14+7+1+12+12+1+8 = 101% 
Mengatasi semuanya..

Jadi kepada Allah SWT kita memohon dan bersyukur.

Hidup Mesti Positif dan Senantiasa Bersyukur


Satu fikiran yg agak menarik.
Jika:

A  B  C  D  E  F  G  H  I  J K  L M  N  O   P  Q  R  S  T U  V  W  X  Y  Z
bersamaan dengan:

1  2  3  4  5  6  7  8  9  10 11  12  13  14  15  16  17 18  19  20  21  22  23  24 25  26

Maka nya..

H+A+R+D+W+O+R+K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E
12+15+22+5 = 54%

L+U+C+K 
12+21+3+11 = 47%

Tiada Satu pun 100%. Apa yang 100%?!

Wang?! NO!

M+O+N+E+Y
13+15+14+5+25 = 72%

Leadership?! NO!

L+E+A+D+E+R+S+H+I+P
12+5+1+4+5+18+19+8+9+16 = 97%

Setiap masalah boleh diselesaikan dengan mengubah 'ATTITUDE'.. [sikap] kita.

A+T+T+I+T+U+D+E 
1+20+20+9+20+21+4+5 = 💯%

Oleh itu with ATTITUDE kita terhadap kehidupan dan pekerjaan lah yang membuat kita  ðŸ’¯% successful.

Menakjubkan.. Mathematics.. 🔣🔢

.. akan tetapi.. 

MENGASIHI TUHAN
19+1+25+1+14+7+1+12+12+1+8 = 101% 
Mengatasi semuanya..

Jadi kepada Allah SWT kita memohon dan bersyukur.

Tuesday, September 1, 2015

Laporan Polis Alvin Tan Nak Rogol Anak TPM


Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO untuk membuat 1 laporan polis berkenaan 1 kenyataan di dalam Facebook. 


Pada 2hb 9 2015 semasa saya berada di Pejabat Pemuda UMNO PWTC jam lebih kurang 8.15 pagi apabila saya terbaca laman sosial Facebook milik saya, saya dapati pemilik akaun facebook atas nama Alvin Tan telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut - HOLY MOTHER FUCKING SHIT - MY NEXT GOAL IN LIFE IS TO FAR ZAHID HAMIDI' DAUGHTER, NURULHIDAYAH AHMAD ZAHID, SHE'S SO FUCKING HOT, WHO GIVES A SHIT WHAT SHE SAID ABOUT #BERSIH4? SHE'S PROBABLY RIGHT ANYWAY. ANYONE WANTS TO JOIN ME FOR A DOUBLE - PENETRATION OF THIS SLUT? (I'LL TAKE THE ANUS OK, DON'T FIGHT WITH ME)


Tujuan laporan dibuat adalah untuk pihak polis menjalankan siasatan lanjut keatas pemilik akaun Alvin Tan dimana kenyataan ini berunsurkan hasutan kepada orang ramai.

Sekian laporan saya
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Laporan Polis Penghinaan Terhadap Ds Najib Dan Ds Hj Hadi



Saya Arman Azha Bin Abu Hanifah membuat laporan polis setelah melihat gambar2 yang disebarkan dimedia-media sosial ketika dipejabat Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato Onn PWTC , mohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas pada penganjur Bersih 4.0  kerana gagal mengawal sikap peserta yang hadir pada perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa.


Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mohon tindakan tegas pada 12 Orang penganjur kerana gagal mengawal peserta2 bersih telah memijak gambar YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO dan YB Datuk Tuan Guru Hj Hadi Awang Presiden PAS yang boleh mendatangkan kemarahan rakyat serta penyokong kedua-dua parti politik baik UMNO dan PAS seterusnya boleh merosakkan perpaduan dalam negara yang akan mendatangkan kegusaran dan boleh menyebabkan ketegangan kaum pada rakyat seluruh negara.


Saya mohon pihak Polis menyiasat 12individu untuk Himpunan BERSIH 4.

1)   Datuk Ambiga Sreenevasan

2)   YB Nurul Izzah

3)   Mohammad Sabu

4)   YAB Dato Azmin Ali

5)   Maria Chin Abdullah 

6)   Sarajun Hoda 

7)   Masjaliza Hamzah 

8)   Farhana Halim 

9)   Fadiah Nadwa 

10) Mandeep Singh 

11) Adam Adli

12) YB Datin Dr Wan Azizah

13) YB Lim Guan Eng

14) YB Lim Kit Siang

15) Hishamuddin Rais

Saya mohon mereka disiasat di bawah

1) Section 124C
2) Section 141 baca bersama 120 Penal Code


Pihak polis harus ambik kira ini bukan kesalahan pertama mereka tetapi kesalahan yang berulang kali yang menyalah gunakan hak kebebasan untuk menanam kebencian terhadap pihak berkuasa. Tujuan saya buat laporan ini adalah kerana kerisauan terhadap situasi yang boleh mendatangkan kemarahan rakyat.


Sekian laporan saya

Armand Azha Hj Abu Hanifah