Perubahan Dalam UMNO perlu : Year 2008
Pak Armand dok renung, mana la hala tuju UMNO lepas nie. Apa yang Pak Armand tengok, UMNO la nie dah tak dak hala tuju. Hala tuju pun kalau ada sekadar dibibir, tiada tindakan diambil bagi memastikan ahli-ahli UMNO dapat sampai ke destinasi yang dituju. Bila dah jadi macam nie, ahli-ahli akan bawak diri masing-masing ikut suka hati depa, maka berlakulah perpecahan. Bila dah berpecah, perjuangan hanya tinggal perjuangan. Kepentingan diri mengatasi segala-galanya.
Atas kesedaran nie lah Pak armand cuba cari kaedah terbaik bagi memulihkan UMNO. Benda bukan senang, sebab perjuangan dah jauh terpesong. Jadi mai kita pakat sama-sama renung apa yang Pak Armand nak huraikan.
a) Kepimpinan
Nie benda yang paling utama yang perlu diperbetulkan sebelum kita pi lebih jauh. Pada pandangan Pak Armand, UMNO sekarang berdepan dengan krisis kepimpinan yang amat kritikal. Tindakan segera perlu diambil bagi memulihkan perkara ini. Boleh jadi ada jugak orang yang tidak sependapat dengan Pak Armand, tapi bagilah peluang Pak Armand menerangkan hal ini terlebih dahulu.Bagi Pak Armand, Pak Lah tidak mampu memikul tanggungjawap sebagai pemimpin nombor satu. Ini jelas terbukti sepanjang 5 tahun beliau memimpin kita semua. Cuba hampa khabaq mai sini, apa yang Pak Lah buat yang kita semua boleh pakat tumpang rasa. Orang India kata “Yeelek”. Apa yang ada hanyalah berbagai slogan yang tah apa-apa. Tindakan tak dak. Kadang-kadang kesian jugak tengok Pak Lah. Dia dah bagi yang terbaik yang dia boleh bagi, tapi kemampuan dia tak melayakkan dia memikul tanggungjawap sebegitu besaq. Kalau dilantik sebagai juru runding, boleh jadi beliau layak.Tapi yang menjadi masalah, beliau tak tau nak tengok kemampuan diri sendiri. Sepatutnya, beliau tidak bersikap angkuh dan sombong terhadap Tun, kerana kewibawaan Tun memang diakui seluruh dunia. Nie yang orang panggil Bodoh Sombong. Dah diri kita nie bodoh, jangan la nak sombong macam kita nie hebat sangat.Para pengampu Pak Lah kebelakangan ini sering melaungkan kepada kita semua, agar kita memberi sokongan 100% kepada Pak Lah bagi menjayakan apa yang telah Pak Lah rancang. Untuk makluman depa semua, rakyat dah bagi peluang kat Pak Lah masa Pilihanraya ke-11 (2004). Masa tu rakyat dah memberi sokongan tak berbelah bagi kepada Pak Lah. Tapi apa yang Pak Lah bagi balik kat rakyat? Harga minyak naik melambung, harga barang pun naik melambung. Senang kata tak dak apa yang tak naik.Sepatutnya sekarang, Pak Lah pulak yang patut memberi sokongan serta mengajak penyokong-penyokong beliau melakukan perkara yang sama kepada penganti beliau jika beliau benar-benar pejuang sejati.Bebalik kepada cerita krisis kepimpinan dalam UMNO, jika ditakdirkan Pak Lah terbuka hati untuk berundur, calon penganti beliau jugak perlu diberi perhatian serius. Tak boleh main rembat saja. Jadi kepada pemimpin-pemimpin UMNO atau sedara mara depa yang terbaca tulisan Pak Armand nie, kalau depa bercita-cita nak ganti Pak Lah, tolong pastikan diri kamu bersih. Kalau banyak sangat kurap, jangan la tamak kuasa. Jangan la kerana tuan-tuan, UMNO terkubur terus.
b) Sokongan
Setelah berlaku pertukaran pemimpin, barulah usaha memulihkan sokongan rakyat terhadap UMNO dapat dijalankan dengan berkesan. Dari maklumat yang Pak Armand terima dari peringkat akar umbi, UMNO menghadapi masalah untuk memperolehi sokongan dari golongan muda. Disini Pak Armand tengok satu lagi kelemahan UMNO. Sepatutnya kita kena paham citarasa anak muda. Nie bukan benda baru, sejak dulu lagi jiwa anak muda ibarat api. Oleh itu UMNO memerlukan pemimpin Pemuda yang bersuara lantang. Ini penting kerana jiwa orang muda adalah jiwa memberontak. Kalau pemimpin Pemuda yang jenih lembek, minta maap la, jangan harap boleh dapat sokongan golongan muda.Di sini Pak Armand nak komen sikit pasai Datuk Mukriz. Pak Armand tengok beliau layak untuk memimpin Pemuda. Tapi Datuk, Datuk kena lah besikap macam ayah Datuk. Kalau nak lawan, lawan la habis-habisan. Jangan sekerat jalan. Biaq kena buang dari UMNO, golongan muda akan lebih memandang dan menyokong Datuk sebagai pejuang sebenar.Apa yang kita lihat kini, Pemuda UMNO lebih bersikap Pak Turut. Takut untuk memberi pendapat yang menongkah arus. Tengok apa jadi bila Datuk Mukriz komen suruh Pak Lah letak jawatan. Semua pemimpin UMNO bekokok suruh tindakan tegas diambil terhadap beliau. Bagi Pak Armand, bukan ini tindakbalas yang golongan muda harapkan. Kerana kelemahan inilah orang muda lebih cenderong kepada pembangkang kerana kesungguhan pihak pembangkang mengkritik kerajaan
Apa2 pun Pak Armand Menyokong Penuh Datuk Mukhriz sebagai KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA….
No comments:
Post a Comment