Friday, November 28, 2008

Pakatan Rakyat Hilang Fokus


Pakatan Rakyat Sudah Hilang Fokus.

Memang seperti yang kita ramalkan, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bukannya sehebat manapun. Ianya hanya sekadar pemesongan persepsi politik.Pengalaman mereka hampir tiada tetapi mereka terpaksa menjadi bidan terjun memerintah beberapa negeri termasuk Pulau Pinang kerana yang tidak menyangkakan PRU-12 banyak berpihak kepada mereka.

Dan pandangan ini bukannya daripada penulis tetapi daripada kepimpinan PR sendiri. Makanya, kenyataan di atas bukan daripada penulis kerana ianya akan dianggap berat sebelah.Contohnya, kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP sedang mengalami krisis untuk mentadbir kerajaan dek kekuatan kewangan yang tidak dijanakan selain daripada melalui sumber-sumber pendapatan yang telah digariskan oleh kerajaan negeri sebelum mereka.Mereka gagal menerokai sumber-sumber pendapatan baru yang signifikan dan ini dilihat sebagai satu kelemahan yang ketara di pihak DAP dan PR.

Tahun 2009 pula diramalkan sebagai satu tahun di mana krisis ekonomi akan bertambah teruk dan negeri Pulau Pinang pasti akan menerima tamparan hebat dek krisis tersebut.Negeri ini yang mempunyai beratus-ratus kilang berkemungkinan besar akan menyaksikan retreachment ramai pekerja-pekerja kilang terutamanya di peringkat operator yang majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu.Soalannya,- Apakah langkah-langkah kerajaan negeri di bawah Lim Guan Eng mahu lakukan?-

Apakah dengan memperbesar-besarkan isu-isu remeh seperti tanda nama pelbagai bahasa akan dapat menutup kelemahan DAP dan PR yang semakin hari semakin jelas dan akan memalukan mereka?- Apakah mereka akan terus menggunakan alasan 'salah kerajaan pusat' sebagai scapegoat supaya rakyat negeri tidak marah kepada mereka?Memang benar bahawa undi bukan Melayu telah menyokong DAP dan PR pada PRU-12 sehingga mereka berjaya menjadi pemerintah di Pulau Pinang tetapi sampai bila?- Apakah rakyat Pulau Pinang terutamanya kaum Cina sanggup bersusah payah dan rela mata pencarian dan ekonomi mereka jatuh dek ketidak efesien kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini?-

Apakah yang dimahukan oleh kaum Cina di Pulau Pinang? Mempertahankan kekuatan ekonomi yang telah dibina sejak beberapa keturunan dahulu atau kesetiaan kepada DAP/PR dan sanggup menanggung rugi ?Penulis pasti bahawa anda sekalian sudah tahu jawapannya.Di sini penulis sertakan beberapa keratan berita daripada MalaysiaKini :-Wakil rakyat PKR, k'jaan Pakatan sasaran kritikan(MalaysiaKini)Pentas Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR hari ini menjadi medan melepaskan geram pembahas yang tidak berpuas hati terhadap prestasi wakil rakyat muda mereka dan pentadbiran lima negeri Pakatan Rakyat.....

1. Perwakilan Pahang, Asrizal Tahir memberi "amaran tegas" kepada wakil rakyat muda Pakatan yang dipilih dalam pilihanraya lalu tetapi gagal menunjukkan prestasi seperti diharapkan."Sekiranya mereka gagal (menunjukkan prestasi), ayuh bangun tolak," katanya, dengan sokongan hampir 600 perwakilan.Bercakap kepada media selepas itu, Asrizal berkata, wakil rakyat muda termasuk di Pulau Pinang “jarang menjenguk kawasan kecuali pada hari minggu untuk menghadiri kenduri”.Katanya, penyokong akar umbi PKR memandang serius kelemahan prestasi wakil-wakil rakyat itu."Bukan perlu buat kerja. Turun tunjuk muka sahaja," katanya....

2. Perwakilan Sarawak mengkritik AMK nasional yang didakwanya memandang sepi angkatan muda di negeri itu yang memerlukan bantuan daripada pelbagai aspek, termasuk kewangan.Pembahas dari Johor, Zabidie Abas mengkritik sikap pimimpinan PKR di peringkat bahagian yang didakwanya "tidak seragam dan tidak bersungguh".Pejabat-pejabat parti di peringkat negeri juga tidak berfungsi dan "sekadar letak papan tanda", tambahnya -

MalaysiaKiniYang paling 'menarik' mengenai Pentas Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR ialah finale nya :-....Kongres berakhir hampir jam 8 malam dengan dihadiri kira-kira 50 penyokong sahaja yang masih setia menunggu hingga ke saat-saat akhir - MalaysiaKini50 orang sahaja?Sedihnya. Memang tidak gah pun.Mungkin sekarang Pakatan Rakyat baru sedar betapa susahnya untuk memerintah sesebuah negeri dan negara supaya makmur serta aman damai seperti hari ini.

Apakah Pakatan Rakyat baru tahu bahawa kerja mereka lebih sesuai sebagai pengkritik dan pembangkang sahaja tanpa perlu menguruskan satu negeri pun?Itu pun kerja namanya.

Baru Pakatan Rakyat Tau..susah senang nak memerintah Negeri....

No comments: