Asskum Rakan2 ku yg dihormati sekalian...
Politik, keamanan dan ekonomi ada hubungkait antara satu sama lain di dalam sesebuah negara.Politik ada kaitan dengan pemimpin-pemimpin parti politik dalam sesebuah negara, dengan rakyat dan pengundinya, dengan Kerajaan yang mentadbir dan dengan kakitangan jabatan Kerajaan dan swasta yang berurusan setiap hari.Politik juga ada hubung kait dengan keamanan dan ketenteraman dalam sesebuah negara.Kalau keadaan politik aman maka negara pun aman.
Kalau pemimpin-pemimpin sesebuah (1) parti politik bergaduh antara satu sama lain maka kumpulan dalam parti itu tidak tenteram. Ahli-ahlinya tidak senang hati dan rasa resah, gelisah dan was-was.Kalau pemimpin-pemimpin daripada beberapa parti-parti politik pula bertikam lidah antara satu sama lain maka suasana politik tidak tenteram. Contoh pemimpin-pemimpin UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP menyuarakan pandangan dan pandapat yang berlainan dan berbeza atau pandangan yang bersetentangan.Keadaan dan suasana politik akan lebih keroh apabila pemimpin-pemimpin yang memerintah dalam Kerajaan berbalah dengan pemimpin-pemimpin politik dari pembangkang berterusan, berlarutan dan berpanjangan.
Untuk mengelakkan daripada kekecohan dan tidak kestabilan keadaan politik maka dalam tahun 1971 semasa zaman TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN menjadi PM MALAYSIA maka beberapa parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PAS dll dari Sbah dan Sarawak telah bersatu sebagai BARISAN NASIONAL.Penubuhan BARISAN NASIONAL dapat mengelakan perbalahan diantara satu parti dengan parti lain. Sebaliknya mereka selalu duduk semeja untuk menyelesaikan masaalah bersama demi kepentingan rakyat dan keamanan Negara dan kestabilan ekonomi.Dalam tempuh 3 dekad BARISAN NASIONAL memerintah, MALAYSIA telah berada dalam keadaan aman, damai, maju dan berjaya.
Ekonominya berada dalam keadaan baik dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Kita tidak lupa 2 dekad adalah dibawah pimpinan TDMM.Perlukah kita berada dalam keadaan politik seperti sekarang - BN dengan 140 kerusi di Parlimen dan memerintah 8 buah Negeri menakala PR dengan 82 kerusi Parlimen dan memerintah 5 buah Negeri dengan keadaan dan suasana politik yang tegang? Perlukah kita dalam keadaan dimana kita membaca, mendengar dan menonton cerita yang satu pehak, satu media, satu laman dan satu blog menyokong satu pehak, satu parti menakala yang satu lagi memburukkan lawan. Mengapa tidak mereka semua duduk semeja untuk mencari kedamaian dan persefahaman untuk kebaikan 27 juta rakyat Malaysia?
Jadi adalah lebih afdal jika kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat memikirkan bersama-sama cara untuk memajukan negara kita, bukannya nak jatuh satu sama lain..Piliharaya Dah Pun Abis, Jika PAKATAN RAKYAT nak jadi kerajaan memerintah pun tunggu jer lar PILIHANRAYA AKAN DATANG... SKANG NI BUAT LAR KERJA WAHAI PAKATAN RAKYAT...Demi Negara kita yang kita sayangi..Sekian Wasalam..
No comments:
Post a Comment