Wednesday, February 2, 2011
Islam dan Kebangsaan ( Nasionalisme)
Islam dan Kebangsaan ( Nasionalisme)
Pendahuluan
Dlm Kebanyakan Perbahasan, Diskusi Dan Wacana Pemikiran Mengenai Islam Dan Semangat Kebangsaan Nasionalisme), Hamper Kebanyakan Kesimpulan Bahawa Islam Dan Kebangsaan Adalah Dua Pemikiran Yang Tiada Pertalian Antara Sartu Sama Lain. Nasionalisme Bgi Mereka Adalah Produk Pemikiran Manusia Yg Tidak Dpat Bersama Sebagai Ideologi Dan Keyakinan.
Namum Dalam Huraian Saya Nanti, Saya Akan Mengemukakan Pandangan Tokoh Dan Sarjana Islam Tersohor Yg Mengentengahkan Hujah2 Yg Cukup Mantap Tentang Adanya Pertalian Antara Nasionalisme Dan Islam
Apakah Makna Nasionalisme
Nasionalisme Bersasal Drpd Istilah “Nation” Bererti Bangsa. Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Member Erti Sama Seperti Berikut: Kesatuan Orang Yang Bersamaan Asal Keturunan, Adat Dan Bahasa Serta Sejarah Pemerintahnya Sendiri.
Daripada Makna Itudapat Ditakrif Bahawa Bangsa Adalah Kesatuan Yang Timbul Drpd Kesamaan Keturunan, Budaya, Pemerintahan Dan Tempat. Beberapa Suku Atau Ras Pula Boleh Membentuk Sebuah Bangsa Syarat Ada Kehendak Utk Bersatu Mewujudkan Pembentukan Bernegara Yang Dipersetujui Dan Taati Bersama. Jesteru Itu, Nasionalisme Dapat Dimaksudkan Dengan Fahaman Atau Ajaran Utk Mencintai Bangsa Dan Negara, Mencukupi Kesedaran Yang Sedia Dan Sanggup Mempertahankan Tanah Air Disamping Sanggup Mempertahankan Identity, Kemakmuran Dan Kekuatan Bangsa.
Adakah Islam Mempunyai Akar Umbi Semangat Nasionalisme
Dalam Islam Berdasarkan Pandangan Beberapa Sarjana Islam, Maksudnya Yang Ada Kaitan Dengan Semangat Kebangsaan Atau Nasionalisme Itu Ialah Istilah ‘ Watan” (Tanah Air), Dar Al-Islam Dan Diyar Al-Islam. Perkara Ini Akan Dihurai Lanjut Dibawah Pandangan Tokoh Dan Sarjana Islam. Islam Melihat Dalam Kerangka Utama Kecintaan Kepada Wilayah2 Intima (Afiliasi) Iaitu Dalam Batasan Makro Yang Melampaui Batasa Kenegerian, Ras Dan Etnik Yang Diikat Dalam Kalimah Tauhid.
Pandangan Tokoh2 Dan Sarjana Islam Terhadap Nasionalisme
1: Hasan Al-Banna : Pengasas Jemaah Ikhwanul Muslimin Berpendangan Bahawa Apabila Yg Dimaksudkan Dengan Nasionalisme Itu Adalah Sebagai Kerinduan Dan Keperihatian Terhadap Tanah Air, Keharusan Berjuang Membebaskan Tanah Air Daripada Cengkaman Penjajahan Dan Ikatan Kekeluargaan Atara Masyarakat. Maka Nasionalisme Sedemikian Dapat Diterima Malah Dalam Situasi Tertentu Sebagai Kewajipan Yang Harus Dipikul.
2:Ibn Khaldun : Sarjana Sosiologi, Sejarah, Tokoh Agama Dan Politik Terkenal Mengemukan Teori Social Yang Dikenali Sebagai “ Asabiyyah” Berpendapat Bahawa Asabiyyah Sebagai Satu Factor Utama Kepada Kewujudan Sesebuah Negara Dan Kerajaan.
Asabiyyah, Asabiyyun, Ta’asub Daripada Kata Asaba Yang Bermaksud Mengikat, Menambat Dan Memintal Sesuatu. Asabiyyah Diertikan Sebagai Semangat Kekeluargaan, Kesedaran Berkelompok Atau Setiakawan Dan Perpaduan.
Menurutnya Drpd Segi Politik, Asabiyyah Tidak Semestinya Wujud Melalui Hubungan Sedarah Tetapi Melalui Ikatan Erat Dan Lama Sebagau Anggota Satu Kelompok ( Masyarakat). Menurutnya Lagi Keutuhan Sesebuah Negara Atau Kerajaan Amat Bergantung Kepada Kekuatan Asabiyyah.Baginya, Doktrin Keagamaan Semata-Mata Tidak Manpu Mempertahankan Kekuasaan Tanpa Perasaan Asabiyyah. Beliau Turut Menegaskan Keperluannya Peraturan Dan Undang2 Ditegak Dibawah Pemerintahan Yang Kuat Asabiyyahnya.
3.Dr Muhammad Imarah : Menyatakan Nasionalisme Adalah Sentiment Dan Ikatan Fitrah Melalui Kehendakutk Memperkukuhkan Kesetiaan Manusia Pada ‘Watan”. Beliau Menyebut Al-Quran Mengungkap Istilah Watan Dan Diyar Iaitu Bentuk Jamak Daripada Kata Dar. Ianya Bermaksud Negeri Atau Tempat Tinggal.
Beliau Merujuk Ayat 6, Surah Al- Mumtahanah Yang Bermaksud :
“Allah Tidak Melarang Kamu Utk Berbuat Baik Dan Berlaku Adil Terhadap Org Yang Tiada Memerangi Kamu Kerana Agama Dan Tidak Pula Mengusir Kamu Daripada Negerimu”
Berdasarkan Ayat Al-Quran Dan Hadis Tersebut Dapatlah Difahami Bahawa “Watan” Adalah Fitrah Rasa Cintakan Pada Negeri Kelahiran Dan Tempat Tinggal.
Hujah Beliau Lagi, Penegak Islam Sebagai Agama Hanya Akan Menjadi Reality Dengan Adanya Negeri, Tempat Tinggal Dan Geografi.Dengan Adanya Elemen Terbabit Maka Dibuktikan Adanya Peradaban Islam. Dalam Konteks Ini Keharusan “ Intima” Kepada Tanah Air Diperluaskan Kepada Dimensi Wilayah Intima.Gabungan Dan Hubungan Negara Islam.
4. Soekarno : Berpandangan , Islam Menjadi Pemikiran Memperkukuhkan Dan Menebalkan Haluan Nasionalisme Kearah Yg Lebih Baik Iaitu Mewujudkan Persaudaraan Umat Manusia. Konsep Nasionalisme Tidak Bertentangan Dan Boleh Disuaikan Dengan Tasawur Islam. Bahkan Beliau Menolak Nasionalisme Yang Sempit Yang Mengarah Kepada Chauvinism.
Beliau Turut Mencetuskan Pemikiran Tentang Penyatuan Tiga Ideologi Besar Iaitu Nasionalisme, Islam Dan Marxis.Baginya Islam Tidak Brtentangan Dengan Marxisme. Beliau Berhujah Bahawa Marxisme Hanya Satu Kaedah Atau Method Utk Memecahkan Persoalan2 Ekonomi, Sejarah Dan Social.
Bentuk Nasionalisme Yang Ditolak Islam
Islam Menolak Dan Menentang Nasionalisme Yang Bersifat Etosentrik Yang Ekstrim Sehingga Tidak Memberikan Keadilan Dan Berlaku Zalim Kepada Etnik Yang Berdaulat. Kandungan Piagam Madinah Jelas Membuktikan Nabi S.A.W Memberikan Keadilan Dan Perlindungan Kepada Orang2 Bukan Islam Selagi Mereka Memberikan Ketaatan Dan Kesetiaan Serta Tidak Membuat Kedurjaan Dlm Negara.
Islam Menolak Asabiyyah Yang Bersifat Keterlaluan, Terikat Dengan Jamaah Serta Bersikap Ta’saub Kepada Pemimpin Tertentu Sehingga Tidak Boleh Menilai Mana Yang Benar Dan Mana Yang Tidak.
Islam Turut Menolak Asabiyyah Yang Membantu Kaumnya Keatas Kezaliman Dan Huru-Harakan Negara Dan Menganggu Gugat Ketenteraman Negara.
Pernahkan Isu Nasionalisme Menjadi Perbahasan Dinegara Kita
Dinegara Kita Isu Ini Diperbincankan Tentang Nasinalisme Sejak Awak Kemerdekaan Lagi. Antara Tokoh2 Membahaskannya Termasuk Tunku Abdul Rahman,Dr Baharuddin Al-Helmi, Dato Onn Jaafar, Ahmad Boestaman Dan Tuan Haji Muhammad. Tokoh2 Tersebut Adalah Pejuang-Pejuang Politik Dan Nasionalisme Melayu Yang Cukup Terkenal Bukan Sahaja Di Tanah Melayu Malah Seluruh Nusantara.
Perbahasan Tajuk Ini Menajam Apabila Iainyamelibatkan Dua Parti Melayu Terbesar Iaitu Umno Dan Pas. Ianya Bermula Bila Haji Hadi Awing Mula Mengambil Alih Tampuk Kepimpinan Pas.
Tuduhannya Umno Membawa Perjuangan Yang Bercanggah Dengan Islam Kerana Menjadikan Nasionalisme Sebagai Landasan Perjuangan Telah Menghangatkat Polemic Ttg Nasionalisme ( Asabiyyah). Pandangan Nik Aziz Selaku Mursyidul Am Pas Yang Konsisten Ttg Dakwaannya Bahawa Perjuangan Umno Adalah Perjuangan Kebangsaan (Asabiyyah) Turut Menyemarakan Perbahasanya Sehingga Kini Oleh Penyokong2nya Yang Fanatic Dan Tidak Paham Erti Sebenarnya.
Perlu Diingatkan Sejarah, Sebelum Kepimpinan Pas Diterajui Oleh Apa Yang Dipanggil ‘ Kepimpinan Ulamak”, Pas Diera Kepimpinan Allahyarham Datuk Asri Muda Dan Pemimpin Sebelumnya Jelas Memperjuangkan Kebangsaan Melayu Yang Berteraskan Islam.
Semangat Nasionalisme Dr Baharuddin Al-Helmi Dapat Dikesan Dalam Ucapannya Ketika Mesyuarat Agung Pas Yang Ke 12, 1964. Katanya :
“Kalau Tanah Melayu Ini Misalnya, Mengikut Hak Asasi Dan Hak Asal Dipunyai Oleh Bangsa Melayu, Maka Tentu Salah Hendaknya Ada Bangsa Lain Yang Bernafsu Jahat Untik Merebut Dan Menjadikan Negeri Ini Hak Bangsanya Pula. Tiap-Tiap Bangsa Didunia Ini Berhak Pertahankan Hak Bangsanya Sendiri. Soal Mempertahankan Hak Sesuatu Bangsa Itu Bukanlah Soal Perkauman , Itu Soal Bangsa”
Rumusan Dan Kesimpulan
Daripada Pandangan Beberapa Tokoh Dan Sarjana Yang Kita Ketengahkan Itu, Maka Kita Dapat Simpulkan Secara Jelas Bahawa Nasionalisme Bukan Sesuatu Yang Bertentangan Dengan Islam. Ianya Sebahagian Drpd Fitrah Manusia Untuk Hidup Secara Bermasyarakat Dibawah Satu Kesatuan Yang Diikat Dengan Perasan Dan Kesedaran Masyarakat Ini Bermaksud Sebuah Negara Yang Menghormati Nasionalisme .
Inilah Pandangan Yang Diberikan Al-Jahizh (780-869m) Yang Menganggap Nasionalisme Adalah Perasaan Yang Diikat Dengan Ikatan Cinta Antara Manusia Dan Negerinya Sebagai Fitrah Yang Ditetapkan Oleh Allah Swt Pada Diri Insani.
Nyata Hubungan Nasionalisme Dengan Islam Dengan Satu Ungkapan Yang Ringkas “ Sesungguhnya Nasionalisme Tidak Kelaur Daripada Statusnya Juzuk Daripada Ajaran Islam”
Disini Ingin Saya Nyatakan Ianya Menjadi Tanggungjawab Bangsa Melayu Utk Mepertahankan Negara Kita Ini Utk Memastikan Ianya Tidak Terancam Drpd Ancaman Bangsa Lain Yang Ingin Menganggu –Gugat Agama Islam Kekal Sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
Kita Bukan Bangsa Yang Perkauaman , Tetapi Satu Bangsa Yang Sayangkan Negara Dan Agama Islam Disamping Menghormati Kaum2 Lain Yang Harus Menghormati Prinsip Perlembagaan Negara.
Tanamkan Semangat Nasionalisme Didalam Dirikita Demi Menpertahankan Maruah, Martabat Dan Hak Asabiyyah Negara Kita Kekal Dan Hormati.
Yang Sayangkan Negara
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia
Laungkan “ H.O.M”
Ar Rayah News - Tentera Mesir Akan Mencegah Berdirinya Negara Islam
ReplyDeletehttp://ibnuyassir.blogspot.com/