Tuesday, February 8, 2011

PERKASA Berjaya Martabat Agenda Bumiputra

SALAM SEMUA,
Pelbagai Reaksi Kita Dgr Bila Kita Dengar YAB DS NAJIB Lancarkan " TERAJU: Bagi Mendekatan Jurang Ekonomi Bumiputra Dalam Bidang Ekonomi. Tahniah Perdana Menteri Malaysia.


Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyambut baik penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), tetapi berharap agensi itu mempunyai kuasa seperti Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

"PERKASA berharap TERAJU akan dipimpin oleh Melayu yang bersemangat Melayu tulen, bersih dan telus serta ada kuasa seperti PEMANDU," kata Presiden PERKASA Ibrahim Ali (kanan).

Datuk Seri Najib Razak hari ini dilaporkan melancarkan TERAJU bagi memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan berkenaan.

Perdana menteri berkata agensi yang dipimpin Husni Salleh sebagai ketua pegawai eksekutif itu akan berfungsi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

Dalam kenyataannya petang ini, Ibrahim juga berkata, tindakan kerajaan itu selaras Dengan resolusi meja bulat perbincangan ekonomi bumiputra sebelum ini yang mencadangkan supaya diwujudkan jawatankuasa penyelaras seakan PEMANDU.




"PERKASA menegaskan sekali lagi agenda ekonomi bumiputera hendaklah menjadi agenda ekonomi negara kerana ia kepentingan nasional.

"Yang dituntut oleh umat Melayu dan Bumiputera ialah kesaksamaan stake ekonomi negara yang adil untuk semua kaum," kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir MasBantahan keras Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ke atas fasa pertama Model Baru Ekonomi (MBE) menyaksikan fasa kedua dikurangkan.

Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof ketika mendedahkan perkara itu berkata PERKASA dan kumpulan pelampau kanan yang lain begitu lantang menolak perlupusan 30 peratus pegangan ekuiti bumiputera untuk digantikan dengan peluang sama rata.



"(Cadangan ini) dibelasah dan dicerut oleh kumpulan sayap kanan yang diketuai oleh PERKASA. Mereka mahu membakar fasa satu (MBE).

"...PERKASA berkata kita tidak mempunyai roh Melayu,” katanya.

Bercakap pada forum anjuran badan pemikir, Ideas di Kuala Lumpur, Zainal Aznam berkata mematuhi tuntutan kumpulan kanan itu membuktikan jemaah menteri telah gagal dalam ujian mengenai pembaharuan.

"Ini adalah ujian litmus bagi kerajaan daan pada masa ini, saya terpaksa berkata tiada kemampuan atau keyakinan politik untuk berbuat demikian,” katanya.

Zainal Aznam, yang mendakwa keberatan untuk menyertai majlis itu berkata fasa pertama MBE yang dibantah sebegitu hebat sebenarnya telah disaring.

“Saya ragu-ragu sertai NEAC… Saya mempunyai keraguan serius setakat mana kerajaan BN sanggup melakukannya ( untuk pembaharuan ekonomi).

“Sembilan daripada kami (ahli majlis) duduk berbincang dan memberikan cadangan kami, dan ini dilakukan dengan suntingan yang banyak dengan majlis dan sekretariat,” katanya sambil menambah sesetengah ahli jelas tidak berpuas hati dengan perlupusan ekuiti 30 peratus bumiputera.



TAHNIAH PADA PERKASA KERANA BERJAYA MEMARTABATKAN KEKUATAN AGENDA EKONOMI BUMIPUTRA DALAM MEB (MODEL EKONOMI BARU)

YAB DS NAJIB PEMIMPIN GENERASI BARU, PEMIMPIN GAGASAN 1MALAYSIA..TERIMA KASIH PM.

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia

No comments: