Saturday, March 26, 2011

Politik Mengambing Hitam

Assalamualaikum WBT Para Sahabat Yg Saya Hormati.

Tajuk Hari Ni "POLITIK MENGAMBING HITAMKAN PEJUANG"

Apa Pendapat Sahabat2 Terhadap Tajuk Di Atas, Betulkah Atau Mainan Persepsi. Banyak Kita Lihat Rintihan Rakyat Dan Juga Akar Umbi Kini Dimana Kita Sudah Kekurangan "PEMIMPIN", Yang Ada Kini Hanya Yg Nak Jadi "KETUA".

Apabezanya "PEMIMPIN" Dan "KETUA" Adakah Sama Atau Berbeza Maksud Perkataan Diatas. Saya Diberitahu Masalah Kekurangan Pemimpin Adalah Kerana Mainan Politik "Cah Keting" Yg Di Mainkan Oleh Golongan2 Yang Lebih Mementingkan Kepentingan Individu Daripada Parti Yang Dibawa.

Betulkah? Ramai Drpd Sahabat Menyampaikan Dimana Bila Seseorg Mempunyai Idealisme Perjuangan Baru Yang Tinggi Ianya Bukan Dilihat Sebagai Satu Perubahan Yang Baik Tetapi Dilihat Sebagai 1Ancaman Dan Akhirnya Akan Mulalah Budaya Negatif Iaitu Budaya Mengambing Hitamkan Org Yg Ikhlas Nak Berkhidmat.

Sayang Seharusnya Kita Menyokong Dan Memberikan Tunjuk Ajar Kepada Pemangkin Perubahan Utk Menjadi PEMIMPIN Di Masa Hadapan, Tapi Akibat Perbudayaan Cah Keting Ni Akhirnya Golongan Muda Akan Terikut2 Budaya Negatif Ini Maka Wujud Lah Golongan2 Kroni2 Ketua Utk Memastikan Kekal Kuasa. Ni Yang Akan Mengakibatkan Ramai Orang2 Muda Yang Bersemangat Dan Beridelisme Tinggi Hilang Di Persada Perjuangan.

Ketika Saya Masih Di Bangku Sekolah Dahulu Ada Satu Ungkapan Yg Saya Teringat Sehingga Kini Kerana Ianya Merupakan Ungkapan Yg Di Mainkan Di Semua Peringkat Dan Media2 Utama Iaitu "KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN" 3 Ayat Yg Begitu Besar Maknanya.

Iaitu Seseorang Pemimpin Haruslah Menunjukkan Tauladan Yang Baik Pada Semua Peringkat Rakyat, Maka Akan Wujudlah Sifat Rakyat Menghormati Kepimpinan Kerana Tauladan Yang Baik. Maka Penerapan Nilai2 Murni Akan Menjadi Contoh Pada Golongan Muda Utk Menjadi Pemimpin Yang Baik.

"KETUA" Hmmmm Perkataan Yang Besar, Ianya Penting Jika Ianya "KETUA PEMIMPIN", Yang Jadi Masalahnya Ialah "KETUA" Yang Hanya Pandai Mengarah Dan Tidak Memahami Kehendak Rakyat Degupan Nadi Rakyat. Ianya Terpulang Kepada Penilaian Sahabat2 Sendiri.

Bagi Saya Secara Peribadi, Budaya Mengambing Hitamkan Harus Diubah, Kita Harus Mula Bertanggungjawab Dan Amanah Terhadap Apa Jua Tindakan Kita.

Kerana Apa Yang Kita Buat Kini Akan Menjadi Titik Perubahan Generasi Akan Datang.

Jom Kita Selami Dan Hayati Kembali Maksud "KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN"

Buat Kata Nabil " Lu Pikir Lar Sendiri"

Wahalluahalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. KMT, Kepimpinan Melalui Teladan diperkenalkan zaman era Tun Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri ketika itu. Teladan biasanya slanga orang Kedah (Mahathir) manakala kebanyakan persuratan menggunakan slanga Tauladan (termasuk DBP) sebelum itu, sampai sekarang saya pun tidak pasti yg mana betul DBP ikut Tun atau memang slanga itu yg sebetulnya atau adakah A. Halim dengan lagunya Kisah Dan Tauladan adalah slanga yang betul?...

    ReplyDelete
  2. Kambing hitam sudah banyak dilahirkan oleh UMNO. Waktu kita berguna akan disayangi, apabila sudah tidak diperlukan akan dibuang sama ada secara mulia atau hina. Orang yang sedar saja dapat selamatkan diri.

    ReplyDelete
  3. Orang muda kini dikatakan jadi pesaing kepada pemimpin. Sebabnya mereka masih nak berkuasa. Akhirnya bila tiba masa kepimpinan mereka tidak lagi diterima maka sukar nak cari pemimpin. Ketua ini senang dicari sebab agenda peribadi diutamakan. Namun bukanlah semuanya. Kini orang berebut-rebut nak jadi ketua sebab masyuuuuuk. Sama ada projek mahu pun jawatan. Jadi pemmpin ni tak masyuuuk kena keluar duit sendiri adalah.

    ReplyDelete