Thursday, May 5, 2011

Contohi Perjuangan Rasulullah SAW & Para Sahabat


Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Perjuangan Rasulullah SAW & Para Sahabat
Di dalam Al-Qur’an dinyatakan bahwa Rasulullah Saw itu adalah teladan yang baik bagi kita. Salah satu dari sekian banyak hal yang harus kita teladani dari beliau dan para sahabatnya adalah dari sisi perjuangan menyebarkan dan menegakkan nilai-nilai Islam. Ini menjadi amat penting dalam upaya mencapai sukses dalam mencapai kejayaan umat sebagaimana sukses yang telah diraih oleh Rasul dan para sahabatnya. Untuk berjaya maka perlulah kita contohi orang-orang yang telah terbukti kejayaannya. Dan tidak ada kejayaan yang lebih besar yang diraih melainkan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW.
Dalam menuruti jejak-jejak manhaj perjuangan Rasulullah SAW, sekurang-kurangnya ada enam faktor yang harus kita kenang dan kita teladani dari perjuangan yang dilaksanakan oleh Rasulullah Saw dengan para sahabatnya demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.



1. Perancangan Yang Matang.
Perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah Saw menghadapi banyak kesulitan. Meskipun perjuangan Rasulullah SAW kalau mendapatkan kesulitan akan memperoleh pertolongan dari Allah Swt, tetapi Rasulullah Saw dalam perjuangannya tidak berserah bulat kepada pertolongan Allah itu lalu beliau santai-santai saja. Sama sekali tidak. Tapi beliau justeru membuat perancangan yang matang tentang strategi perjalanan hijrah agar halangan dan rintangan mampu dihapuskan dan diungkai menjadi seminima yang mungkin. Perancangan yang matang itu misalnya dengan ditugaskannya Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidur Nabi untuk mengelirukan orang-orang kafir yang hendak membunuh Nabi. Perancangan yang matang juga nampak apabila Rasulullah tidak terus berangkat menuju ke Madinah, tapi beliau singgah dulu di gua Tsur selama 3 hari untuk menyulitkan percarian terhadap Nabi yang dilakukan oleh orang-orang kafir. Begitu juga sebelumnya, Rasul telah mengutus Mush’ab bin Umair untuk berda’wah ke Madinah guna mendapatkan peluang berhijrah bila tingkat permusuhan orang-orang kafir Quraisy semakin menjadi-jadi dan banyak lagi siri-siri perancangan yang matang dalam kaitan hijrah.



Itu semua merupakan suatu isyarat dari Rasulullah Saw bahawa perjuangan harus dilakukan dengan perancangan yang matang, agar matlamat perjuangan dapat dihidangkan kepada anak usrah dan masyarakat dengan mudah dan jelas, serta rintangan dapat dikurangkan seminima mungkin, untuk perjuangan berjalan lancar.Perancangan yang matang hanya akan terhasil dari manusia yang bijaksana dan mempunyai pemikiran yang bukan saja mengaku global tetapi juga menzahirkan keglobalan dalam tingkah laku, amal perbuatan. Seandainya mulut saja mengaku global, tetapi keglobalannya sehingga tidak mengendahkan dosa-dosa kecil, globalnya hanya di dunia dan tidak di akhirat. Orang yang berpemikiran global, tindak tanduk perancangan di dunia, akan dimulai dengan matlamat di akhirat. Kalau matlamat di akhirat tidak diendahkan dalam melakukan perancangan, cananglah keglobalan itu ke seluruh pelusuk dunia, tiada nilai di sisi Allah dan Rasul-Nya.



2. Kerjasama Yang Baik.

Dalam hijrah amat nampak bagi kita bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabatnya bahu membahu dan Saidina Ali karamallahu wajhahng berkerjasama yang baik. Rasulullah SAW telah meangagih-agihkan tugas yang sesuai dengan bakat dan kepakaran masing-masing dan para sahabat menjalankan amanah yang diberikan oleh Rasulullah SAW dengan sebaik-baiknya.
Tak ada dikalangan para sahabat yang iri hati dengan sahabat yang lain. Mana ada di kalangan para sahabat Rasulullah SAW apabila seorang sahabatnya berjaya dalam melaksanakan titah perintah Allah dan Rasulullah SAW-Nya, maka sahabat yang seorang lagi iri hati, menuduh sahabat yang berjaya melaksanakan tanggungjawabnya adalah salah. Lebih dahsyat sahabat itu memfitnah sahabat yang berjaya tersebut ?

Setiap arahan Rasulullah SAW, kesemuanya diterima dan dilaksanakan dengan baik meskipun risikonya sangat besar. Misalnya, Saidina Ali karamallahu wajhah ditugaskan oleh Rasulullah SAW untuk tidur di tempat tidur baginda, ini merupakan tugas yang risikonya sangat tinggi bila dilaksanakan kerana Rasulullah SAW adalah orang yang sedang dalam anacaman pembunuhan dari orang kafir dan ketika orang-orang kafir menggeledah kamar tidur Nabi SAW dan yang mereka dapati hanya Saidina Ali karamallahu wajhah lalu Saidina Ali karamallahu wajhah ditanya tentang dimana Nabi SAW berada; dengan keberanian yang hebat Saidina Ali karamallahu wajhah menjawab tidak tahu –meskipun sebenarnya dia tahu– dan Saidina Ali karamallahu wajhah akhirnya harus mengalami siksaan dari orang-orang kafir. Inilah nilai sebuah persahabatan. Mereka menjadikan diri mereka sebagai sahabat kepada Rasulullah SAW, bukannya kenalan.

Saidina Umar bin Khattab Al Farouq juga mendapat tugas dengan risiko yang berat, yakni membentuk peperangan psychology dengan mengatakan: “Siapa yang ingin anaknya menjadi yatim dan isterinya menjadi janda, cegahlah aku, kerana aku akan segera menyusul Nabi SAW berangkat ke Madinah”.

Ungkapan Umar Al Farouq ini membuat orang-orang kafir menjadi hairan; bilakah Muhammad pergi ke Madinah, padahal beliau masih di kota Mekah.
Begitu juga Saidina Abu Bakar As Siddiq As Siddiq juga bertugas menjadi pendamping Rasulullah SAW yang setia meskipun risikonya juga sangat besar, apalagi Nabi SAW mau dibunuh yang seandainya mereka tahu dimana Nabi SAW bersembunyi, tentu Saidina Abu Bakar As Siddiq juga akan dibunuh oleh mereka. Tapi Saidina Abu Bakar As Siddiq tetap menjadi pendamping Rasulullah SAW dalam persembunyiannya di gua Tsur selama tiga hari, bahkan anak-anak Saidina Abu Bakar As Siddiq juga memberikan sokongan penuh dalam kerjasama yang baik, mereka membawakan makanan dan memberikan informasi-informasi penting untuk Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As Siddiq.

Itulah diantara contoh-contoh bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabatnya telah bekerjasama dengan baik dalam perjalanan hijrah itu. Ini juga menjadi isyarat bagi kita bahwa perjuangan menegakkan nilai-nilai Islam di muka bumi ini tidak mungkin dilakukan oleh seorang diri. Sehebat manapun kualiti orang itu, makanya diperlukan lebih ramai orang-orang yang berkualiti dalam perjuangan agar perjalanan perjuangan menjadi lebih lancer. Dan orang yang banyak itu harus bekerjasama sebagaimana bangunan yang saling kuat menguatkan dan lengkap melengkapi, inilah memang model perjuangan yang disenangi oleh Allah Swt sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Qur’an yang artinya: Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (QS 61:4).



Kita Sebagai Pejuang Harus Mencontohi Cara Perjuangan Rasuluallah Dan Para Sahabat Iaitu Kesetiaan Antara Satu Sama lain, Semangat Setiakawan Di Implentasi Dalam Corak Perjuangan Di Zaman Kini. Kita Harus Menilai Dan Yakin Akan Tindakan Dan Gerak Kerja Sebagai Satu Jemaah Yang Mempunyai Imam Di Hadapan Utk Menjadi Perancang Dan Menyusun Strategi Perjuangan.Kita Harus Menilai Siapa Yg Layak Dijadikan Iman dan Siapa Yang Tidak, Penilaian Matang Harus Ada Pada Diri Kita. Sahabat2 Rasuluallah Bersama Baginda Baik Di Kala Susah Sehingga Senang, Itu Contoh Yang Harus Kita Tanam Dalam Diri Kita..Wallahualam.

1 comment:

  1. Memang betul. Perhatian juga perlu diberi kepada ibadah wajib dan sunat. jaih haram dan makruh, maka mengumpat dan fitnah jangan dibuat sama sekali.

    ReplyDelete