Friday, May 6, 2011

GERAKAN UTK MALAYSIA JADI NEGARA KRISTIAN


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Sahabat2 Yang Saya Hormati Tanpa Mengira Kaum Dan Agama,

Terkejut Dan Timbul Satu Perasan Marah Dan Sedih Bila Membaca Satu Artikel Yang Menceritakan Satu Gerakan Untuk Menjadikan Malaysia Sebagai Negara Kristian.

Apa Sudah Jadi Ni, Jika Nak Main Politik Dan Nak Meraih Undi Sekalipun, Jangan Lar Sampai Nak Mengadaikan Martabat Agama Islam Yang Kita Junjung Sejak Sebelum Merdeka Sehingga Merdeka Serta Pemimpin2 Yang Terdahulu Meletakkan Islam Sebagai Agama Persekutuan Negara.



Kita Di Negara Ini Terutama Orang2 Melayu Islam Begitu Tolenransi Dan Menghormati Semua Kaum Dan Agama Untuk Memgamalkan Kepercayaan Mereka Selagi Tidak Menganggu Gugat Islam Sebagai Agama Persekutuan.



Tetapi Apa Yang Di Lakukan Oleh Pihak Yang Menganjur Itu Ibarat Kacang Lupakan Kulit Dan Ianya Seperti Ingin Membangkitkan Kemarahan Umat Islam Dinegara Kita Yg Kita Tahu Umat Yang Penyabar.

Secara Peribadi Saya Lihat Ini Satu Usaha Dan Cubaan Pihak2 Yang Tidak Bertanggungjawab Untuk Menguji Samada Org2 Melayu Khususnya Umat Islam Negara Ini Bersatu Atau Tidak. Perlbagai Cubaan Mereka Lakukan Samada Kita Sedar Atau Tidak Bermula Isu Kalimah Allah, Kepala Babi Yg Di Lontar Dalam Masjid, Baling Arak Ke Masjid, Membakar Surau Dan Isu Bible Bahasa Melayu.

Nyata Cubaan Mereka Telah Berjaya Menunjukkan Org Melayu Khususnya Umat Islam Tidak Mampu Bersatu Kerana
Permainan Politik.

Adakah Kita Terus Akan Berpeluk Tubuh Dimana Martabat Agama Islam, Bangsa Melayu Dan Tanah Air Sudah Di Cabar.

Disini Saya Ingin NyatakanSaya Menghormati Semua Kaum, Bangsa Dan Agama Di Negara Kita, Tetapi Mereka Juga Harus Menghormati Perasaan Org Melayu Dan Islam Di Negara Ini. Kita Mahukan Negara Kita Terus Muhubbah Dan Kekalkan Semangat Perpaduan Antara Kita Semua.



Institusi Raja Harus Masuk Campur Dalam Isu Ini, Agar Tidak Menganggu Gugat Ketenteraman Awam Negara.

Saya Berikrar Akan Terus Mempertahankan Islam Sebagai Agam Persekutuan Walau Pun Berseorangan Dalam Hal Ini, Hanya Allah Swt Yang Akan Menentukan.

Dibawah Adalah Petikan Artikel Tersebuat :

Malaysia negara Kristian?
Oleh ROKIAH ABDULLAH dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.



"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.



Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.

Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.



Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.

Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.

Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

"Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan.

Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments:

  1. kami tetap pertahankan Agama Islam sebagai agama rasmi..

    ReplyDelete
  2. Islam Agamaku, Melayu Bangsaku, Malaysia Tanah Airku.. Jgn ada sesiapa pun pertikaikannya.. Akan kupertahan ketitisan darah yg terakhir..

    ReplyDelete
  3. kita pertahankan Islam blandas Al-QURAN N AS SUNNAH..Amaran demi amaran kita ungkapkan..DAPig jgn bmain API!!!!

    ReplyDelete