Monday, May 30, 2011

SYUKUR PERJUANGAN "PARLIMEN BELIA" TERJAWAB




Assalamualaikum sahabat2 yang Dihormati.

Syukur Alhamdulilah Kehadrat Illahi Terbukanya Hati YAB DS Najib Utk Membuka Parlimen Belia, Saya Berjuang Sejak Beberapa Tahun Dahulu Dengan Mencadangkan Isu Parlimen Belia. Saya Masih Ingat Semasa Satu Program Teh Tarik Session Bersama YB Anjuran Teh Tarik Bersama YB Anjuran Sdr Zamiel Zukie Dan Teamnya. Saya Menyuarakan Isu Parlimen Belia Terhadap Pemimpin Tersebut Tapi Cadangan Awal Saya Di Tolak Oleh Beliau. Tetapi Saya Tekat Untuk Teruskan Cita2 Parlimen Belia.



Saya Dgn Inisiatif Sendiri Pergi Ke Parlimen Utk Bertemu Ngan Beberapa Pemimpin Negara Termasuk Menteri2 Mengenai Cadangan Untuk Wujudkan "Parlimen Belia" Ada Yang Setuju Dan Ada Yang Ketawakan Cadangan Saya. Tapi Saya Teruskan Juga Perjuangan Untuk Membawa Isu Parlimen Belia Ini, Dalam Beberapa Forum dan Sidang Akhbar Juga Saya Nyatakan Isu Parlimen Belia Ini. Alhamdulilah Dlm Suatu Mesyuarat Agung Majlis Belia Malaysia Telah Menyuarakan Ttg "Parlimen Belia" Tahniah MBM Atas Inisiatif Utk Wujudkan Parlimen Belia.




Ini Petikan Artikel Mengenai Parlimen Belia Yang Di Persetujui Oleh YAB DS NAJIB

Kerajaan Akan Wujudkan Parlimen Belia May 29, 2011

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini.



Perdana Menteri berkata wakil pemimpin belia dalam Parlimen tersebut terdiri daripada mereka yang dipilih oleh golongan belia itu sendiri.

“Syarat umur (wakil belia dalam Parlimen itu) mungkin bawah 40 tahun,” katanya ketika merasmikan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 di sini.

“Para belia (boleh) memilih wakil mereka, boleh membahas usul-usul, boleh membuat cadangan dan kerajaan akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan-cadangan itu,” kata Najib.




Perdana Menteri berkata penubuhan Parlimen itu merupakan salah satu daripada enam inisiatif oleh kerajaan untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan belia.

Sebagai bakal pemimpin, beliau berkata kerajaan juga akan memperkenalkan konsep mentor-mentee kepada belia dalam beberapa bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, aktiviti sosial, industri, kreatif dan profesional.

____________________________________________

Semoga Parlimen Belia Ini Akan Menjadi Suatu Titik Perubahan Landskape Politik Negara Kita. Terima Kasih Pada Kerajaan Kerana Mengambil Suatu Langkah Untuk Menjadikan Golongan Belia Sebagai Salah Satu Mekanisme untuk Mengubal dan Mencadangkan Dasar2 Kerajaan Khususnya Pada Golongan Belia.



Saya Doakan Semoga Yang Terpilih Untuk Menduduki Kerusi Di Parlimen Belia Lakukan Dengan Amanah Dan Tanggungjawab Yang Baik Bagi Menghormati Kepercayaan YAB DS Najib Kepada Suara Belia.

Ini Salah Satu Artikel Saya Mengenai "Parlimen Belia" Tidak Lama Dahulu.

http://armandpju.blogspot.com/2011/04/parlimen-belia.html


TAHNIAH PADA BELIA YANG MENYOKONG CADANGAN PARLIMEN BELIA.

"SUARA ANAK MUDA, SUARA KERAMAT, SUARA PERUBAHAN" : Arman Azha Hj Abu Hanifah

1 comment:

  1. syabas saudara armand...
    saya menyokong penuh parlimen belia..
    suara anak muda dan akar umbi perlu diberi perhatian..
    saya belia sg.besar akan terus menyokong usaha murni kerajaan dalam memajukan belia di Malaysia.
    Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara...

    http://jawaber6.blogspot.com

    ReplyDelete