Thursday, May 19, 2011

Wayang Yang Kantoi Oleh ANuWar !!!!

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,
Isu sabotaj kereta rekaan Anwar Di Dalam Portal Free Malaysia Today Bertarikh 19hb Mei 2011.

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah dikaitkan atas perancangan mendapatkan suaka politik luar negara bagi melarikan diri dari pertuduhan kes liwat seperti didakwa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), kini memberi gambaran seolah-olah kejadian itu benar-benar berlaku.

Armand Azha Abu Hanifah yang dahulunya Ketua Wira Perkasa berkata perancangan itu dapat dikesan apabila Anwar cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya seperti yang dilaporkan pemandu peribadinya, Abdullah Sani Said pada 10 Mei lalu.

Melalui laporan Abdullah Sani, unsur sabotaj itu telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang membabitkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada 19 April lalu.

Menurut Armand, 'drama kemalangan' itu didakwa merupakan sebahagian perancangan Anwar seperti yang dilaporkan beliau dalam laporan polis bertarikh 11 Februari lalu.

Merujuk kepada laporan polis di IPD Dang Wangi itu, Armand yang kini Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya mendakwa terdapat percubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui kemalangan jalan raya yang melibatkan Anwar.

'Drama kemalangan' itu, dakwa Armand, dibincangkan secara tertutup di Ibu Pejabat PKR 2 Februari lalu.

"Kita dikejutkan dengan mainan Anwar yang mengatakan ada orang sabotaj kenderaan Mercedes Benz S350 beliau. Sedangkan kereta baru mesti ada sensor yang akan keluar lampu amaran bila berlaku kemalangan. Ini hanya penipuan bodoh yang dibuat oleh Anwar.

"Jika masih ingat saya pernah membuat laporan polis kerana mendapat maklumat Anwar merancang untuk meraih simpati rakyat dan salah satunya dengan mencipta berlakunya satu kemalangan jalan raya dan pihak yang akan dipersalahkan ialah kerajaan atas kejadian itu.

Alih pandangan rakyat

Sedangkan isu pokoknya ialah beliau (Anwar) mahu mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu mahkamah yang masih goyang," terang beliau.

"Saya rasa masih ramai yang ingat kejadian di mana salah seorang Exco saya hilang dokumen tentang rancangan itu dan membuatkan ramai yang tidak percaya tentang perkara ini.

"Alhamdulillah, Allah telah membuka dan membuktikan apa yang saya kata dan laporkan tentang lakonan Anwar," katanya kepada FMT.

Katanya sama ada perancangan Anwar mahupun ugutan terhadap cucunya (anak Nurul Izzah), namun yang pasti ia satu lagi cubaan ketua pembangkang itu bagi meraih simpati rakyat dan membuat provokasi terhadap perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.

Pada 13 Mei lalu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengancam keselamatan dua anak beliau.

Izzah yang merupakan puteri sulung Anwar dan Azizah kemudian membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut.

Armand turut mengulangi pendiriannya agar Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Anwar.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment: