Tuesday, June 28, 2011
PATRIOT
Kami hanya beri amaran supaya batalkan Bersih’
Muda Mohd. Noor | June 28, 2011
Tujuan 'serbuan' Pemuda Umno itu bukan untuk membakar ibu pejabat PKR atau menakut-nakutkan pemimpin parti itu.
PETALING JAYA: Sekumpulan besar Pemuda Umno berhimpun di depan ibu pejabat PKR, Tropicana, di sini malam tadi bertujuan supaya Bersih membatalkan hasratnya untuk menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai ini.
Bagaimanapun, bekas Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Haniffah menafikan tujuan ‘serbuan’ Pemuda Umno itu untuk membakar ibu pejabat PKR atau menakut-nakutkan pemimpin parti itu.
“Kita beritahu PKR supaya membatalkan perhimpunan Bersih kerana ia membawa kesan buruk kepada negara kita. Kita bimbang kalau Bersih buat perhimpunan nanti ada bangunan yang terbakar. Bukan kita suruh bakar bangunan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Arman yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Unit Pidato BN menegaskan bahawa beliau tidak mengeluarkan suara pun dalam perhimpunan itu malam tadi.
Menurutnya, yang bercakap ialah Lokman Nor Adam, Pengerusi Unit Pidato BN, Ketua Pemuda Selangor dan Wilayah Persekutuan.
“Kalau orang kata saya bercakap itu tidak betul. Tetapi saya datang dan berada dalam perhimpunan tersebut, malahan saya berjabat tangan dengan Rozan Azen Mat Rasip (timbalan ketua penerangan AMK),” tambahnya.
Arman berkata demikian sebagai mengulas perhimpunan ahli Pemuda Umno di depan ibu pejabat PKR di Tropicana di sini malam tadi.
Mengikut laporan seramai 300 Pemuda Umno berhimpun tetapi Arman mendakwa jumlahnya mencecah 800 orang.
Baju Patriot
“Kita kira berdasarkan jumlah 800 helai baju Patriot berwarna merah yang diberikan kepada ahli Pemuda Umno yang datang ke ibu pejabat PKR malam tadi. Itu tidak kira lagi ramai Pemuda yang tidak mendapat baju Patriot kerana kehabisan,” tambahnya.
Arman berkata, tidak ada sebarang kekacauan berlaku dalam perhimpunan tersebut. Tidak ada cermin kereta yang dipecahkan dan tiada semburan cat pada ibu pejabat PKR.
“Bila polis datang dan minta kita bersurai, kita minta lebih lima minit untuk berucap dan kemudiannya bersurai,” katanya.
Arman juga hairan dengan tindakan PKR yang marah dengan perhimpunan Pemuda Umno di depan ibu pejabat parti mereka.
“PKR kata berhimpun dan berucap boleh kerana ada dalam perlembagaan negara tetapi mengapa Pemuda Umno berhimpun mereka marah?
“Mengapa sampai ada laporan polis? Mengapa AMK buat laporan polis,” soal beliau.
Rozan membuat laporan polis jam 11.40 malam tadi selepas kumpulan itu bersurai.
Dipetik Drpd FREEMALAYSIATODAY
armand , kalau ada orang ramai2 datang rumah kau , lepas tu buat kecoh, apa perasaan kau?
ReplyDeleteApa ada hal la semua ni. AMK ni mmg kita tau takda teloq. Depa ni terer dlm alam siber & kumpul ramai2.
ReplyDeleteKita berkumpul pun waktu malam kot. Bukannya waktu siang, waktu kemuncak dan di tgh2 kL.
Apa punya lahabau punye PKR