Friday, December 30, 2011
HARAPAN 901 ANWAR
Hebat !!! Khabarnya,sebagai strategi akhir bagi mendapat simpati rakyat, Anwar sedang menyusun agenda untuk bersumpah di dalam masjid, bagi kononnya membuktikan dia tidak bersalah. Anwar sedang mengumpul nama senarai alim ulama’ yang dijangka akan hadir di acara SUMPAH KERAMAT bahawa anu Anwar tidak pernah hadir secara paksa atau rela di dalam dubur Saiful.
Banyak Blog Melaporkan Banyak cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh Saifuddin Nasution dan Biro Politik.Ini termasuklah tempat dan kaedah bagaiman acara sumpah akan dilakukan.Meloyakini,The Melantun Insider,TV Selangor,TV PAS turut bersedia menyiarkan acara sumpah tersebut secara langsung ke dalam media baru.
Hebat susunan Anwar. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Biro Politik PKR,kesediaan Anwar bersumpah dikatakan akan merubah semula RATING KEPERCAYAAN Rakyat mengenai kes liwat.Bio Politik amat yakin bahawa usaha ini perlu bagi menyelamatkan PKR daripada kekalahan teruk dalam PRU akan datang.
Ada beberapa cadangan tempat yang dikemukakan kepada Biro Politik:-
Masjid Shah Alam,Selangor Darul Ehsan
Masjid Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar
Masjid Negara
Masjid Jamek KL
Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
Masjid UIA
Tempat masih belum dipastikan lagi.Tapi menurut sumber,ianya akan diadakan di dalam Lembah Kelang bagi memastikan IMPAK ‘BebasAnwar901′ dapat dimaksima sebaik mungkin.Khabarnya,sumpah ini akan dijalankan di hadapan tiga orang ulama’,seorang daripada Mesir,seorang daripada Indonesia dan seorang lagi daripada Malaysia sendiri. Nama Dr Siddiq Fadhil dikaitkan sebagai Pengacara Majlis kepada sumpah Anwar nanti.
Anwar dikatakan akan bersumpah dengan kaedah yang dikatakan SE-ISLAMIK mungkin.Siap dengan bacaan Al-Quran yang akan dibacakan oleh seorang Qari jemputan daripada UIA.Semua faktor keselamatan sedang dikaji,khususnya dalam memastikan ia tidak menyusahkan kumpulan demonstran yang sudah mula berkumpul di KL pada tarikh yang sama.
Agenda SUMPAH ini akan mengakhiri siri lawatan Anwar ke seluruh Negara.
Program ielajah itu akan bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar,pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan dan di Bukit Katil,Melaka.Manakala pada 5 Januari anwar akan menemui pengundi di Pahang iaitu di Bentong,Balok dan juga Indera Mahkota setelah itu beliau juga turut ke Dungun dan Kuala Terengganu sebelum berada di Pasir Puteh dan Machang, Kelantan pada sebelah malam.Untuk rangka program jelajah itu,Anwar dijadualkan akan berada di Lembah Pantai,Kuala Lumpur dan di Kelana Jaya,Selangor pada 6 Januari.
Beliau akan bertolak ke Pulau Pinang pada 7 Januari dan selepas itu ke Terengganu bagi mengikuti Program Sambutan 100 tahun penubuhan Kerajaan Islam Terengganu di Kuala Berang.Kemuncak program jelajah tersebut berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam,sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di kediamannya.
Menurut perancangan,selepas sembahyang hajat di rumah,Anwar akan bergerak ke salah satu lokasi yang dicadangkan kepada Biro Politik.Kemudian daripada itu,Anwar akan hadir ke Kelab Sultan Sulaiman.
kah kah kah kalau bersumpah tu bagus la tu rating tak naik mana pun kah kah dah tau sangat sangat nmasuk dalam sungai buloh semua orang PAS dan segelintir orang PKR akan teruskan Raja MahaLiwat Malaysia......bagus sangat le tu bersumpah....bila sumpah makan tuan balik lagi cepat mamposnya mahaliwat ni.....
ReplyDelete