Sunday, December 4, 2011
'Roh' Islam Bersama UMNO - Alwi Che Mat
YB Datuk Haji Md Alwi Che Ahmad Wakil Negeri Kelantan Bahagian Ketereh membahas Ucapan Dasar Presiden Parti di Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) pada 1 Disember 2011.
'Roh' Islam Bersama UMNO :
Terdahulu, ketika mencadangkan usul itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata anggota parti itu perlu menjadi benteng paling hadapan bagi mempertahankan maruah parti daripada segala tuduhan dan cercaan pihak pembangkang.
"Bila Umno dikutuk, dihentam dan digugat, kita mesti sensitif dan mesti mempertahankan Umno. Kita mesti bersatu tenaga kerana hari ini DAP, PAS dan PKR kata macam-macam mengenai Umno," katanya.
Md Alwi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, meminta anggota parti itu supaya tidak mudah terpengaruh dengan mainan pembangkang yang menggambarkan parti Umno sebagai perkauman.
"Umno bukan parti rasis. Dalam berita baru-baru ini, pemimpin DAP (Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming) telah menggelar Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai orang yang berwarna hitam metalik. (Jadi) siapa yang rasis sebenarnya?," katanya.
Md Alwi turut menggesa semua kepimpinan parti mematuhi peringatan Presiden yang mahu semua anggota parti merapatkan saf bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Semua ahli parti termasuk komponen Barisan Nasional perlu menyokong dan menerima saranan Presiden untuk bersikap terbuka, inklusif dan mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan lain dengan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon-calon yang mampu menang," katanya.
-BERNAMA
No comments:
Post a Comment