Friday, January 13, 2012

BN SELANGOR "SEMPOY" KEARAH PRU13





SHAH ALAM, 14 JAN : Melalui kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati hanya 18 peratus rakyat di Selangor yakin kerajaan Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kuasa di Selangor manakala 40 peratus mengatakan mereka tidak tahu.

Pengarahnya, Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman dalam kenyataan yang merumuskan hasil kajian itu dilakukan ke atas responden dengan mengandaikan responden tidak menyokong mana-mana parti.

Seramai 795 responden dipilih dan kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, Cina dan India serta lain-lain. Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji berstruktur.

Kajian lapangan tersebut dilakukan pada 3 Disember hingga 11 Disember 2011 merangkumi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.



Kajian melibatkan lapan orang enumerator dan tiga orang penyelia.

Projek penyelidikan ini dibiayai oleh Projek Flagship Universiti Malaya FL004/2010.

Hasil kajian mendapati 36 peratus responden merasakan kerajaan BN akan terus meyakinkan rakyat di negeri ini untuk kembali memerintah Selangor.

Sementara 18 peratus memilih Pakatan Rakyat dan 46 peratus daripada parti memberikan jawapan tidak pasti parti mana yang berjaya memikat hati pengundi pada PRU akan datang.



Hasil kajian mendapati etnik Melayu 42 peratus memilih BN, 18 peratus memilih PR dan 63 peratus memberikan jawapan tidak pasti terhadap kerajaan yang akan mentadbir Selangor pada masa akan datang.

Sementara etnik Cina pula 20 peratus memilih kerajaan BN, 17 peratus PR dan 63 peratus turut memberikan jawapan tidak pasti.

Bagi etnik India pula, kajian merumuskan 38 peratus memilih BN, 17 peratus PR dan 45 peratus memberikan jawapan yang tidak pasti kerajaan manakah yang akan mentadbir Selangor selepas PRU 13 nanti.



Menurut kajian itu lagi, responden yakin sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional meningkat hasil daripada pendekatan kempen yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

43 peratus responden memberikan jawapan "YA", 31 mengatakan "TIDAK" manakala 26 peratus mengatakan "TIDAK PASTI".

Malah kajian turut mengambilkira mampukan Pakatan Rakyat (PR) meneruskan kesinambungan dengan mantap tanpa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpinnya.



Untuk rekod hanya 25 peratus mengatakan PR mampu memerintah negeri Selangor tanpa Ketua Pembangkang itu, 33 peratus mengatakan tidak mampu dan 42 peratus memberikan jawapan tidak pasti.

Peratusan ini dilihat agak mengejutkan biarpun PR dilihat sering mencanang kewibawaan mereka berjaya menguruskan urus tadbir Selangor.

Selain itu kajian yang dibuat turut mempersoalkan mampukah Pas menjadi alternatif kepada UMNO dalam menjaga kepentingan orang Melayu di negeri Selangor?

Untuk rekod, kajian mendapati 68 peratus responden tidak yakin ataupun tidak pasti jika Pas-PR boleh menjaga kebajikan seperti mana yang pernah UMNO-BN lakukan sebelum Selangor ditawan oleh Pakatan.

60 peratus daripada responden itu adalah terdiri daripada bangsa Melayu, manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden dalam kajian tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh UMCEDEL di Selangor ini sekaligus menjelaskan senario sokongan rakyat yang semakin terhakis terhadap pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahin dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sementara dari satu perspektif, sokongan rakyat Selangor yang mula kembali kepada UMNO-BN dilihat sebagai hasil transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak memegang jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara yang diyakini kredibelitinya lebih daripada pemimpin pembangkang yang ada.



Pendekatan menyelami masalah rakyat dan juga mengutamakan keberkesanan pentadbiran negara dikenalpasti sebagai satu faktor yang berjaya mencuri sokongan rakyat daripada Pakatan.

Lebih-lebih lagi dengan sifat rendah diri serta mesra rakyat yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Malah kerajaan BN juga dilihat rajin turun ke padang bukan hanya disebabkan pilihan raya semakin hampir dalam meninjau permasalahan rakyat jika hendak dibandingkan dengan kerajaan PR.

Untuk rekod kajian turut melihat apakah isu yang menjadi pilihan responden dalam membuat keputusan mengundi calon pada PRU-13, majoriti responden masing-masing 20 peratus akan memihak kepada pimpinan yang rajin melawat kawasan dan mengotakan janji sebelum ini.

No comments:

Post a Comment