Friday, January 20, 2012
"SELAMAT TAHUN BARU CINA"
Bagi Suara Anak Muda 1malaysia , Saya Ingin Mengambil Kesempatan Ini Untuk Menyampaikan Ucapan Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina Kepada Seluruh Peringkat Masyarakat Tionghua Di Malaysia.
SAM1M Percaya Bahawa Masyarakat Tionghua Di Malaysia Akan Terus Menerus Mempunyai Keazaman Dan Semangat Baru Ke Arah Melaksanakan Perubahan Bersama Dalam Negara Kita Ini. Perubahan Ini Tidak Boleh Berlaku Tanpa Persefahaman Dan Hubungan Baik Antara Kaum-Kaum Yang Ada Dalam Masyarakat Majmuk Di Malaysia.
SAM1M Percaya Bahawa Masyarakat Tionghua Dalam Negara Kita Mampu Untuk Memainkan Peranan Yang Lebih Aktif, Terutamanya Dalam Aspek Pembangunan Ekonomi Yang Menjadi Asas Penting Dalam Struktur Ekonomi Negara. Sam1m Juga Berkeyakinan Bahawa Asas Untuk Mewujudkan Keharmonian Yang Lebih Kukuh Di Malaysia Sama-Sama Menyumbang Kepada Pembentukan Negara Malaysia Yang Lebih Sejahtera. Semoga Sifat Bersefahaman Dan Saling Menghormati Ini Akan Terus Diperkasakan Di Bawah Gagasan 1malaysia.
Akhir Kata, Semoga Tahun Baru Ini Akan Membawa Kesejahteraan Dan Keamanan Kepada Semua, Dan Mudah-Mudahan Ia Menjadi Tahun Yang Baik, Malah Lebih Baik Dari Yang Terdahulu Khasnya Dari Segi Ekonomi Dan Politik Buat Negara Kita Yang Tercinta Dan Seluruh Dunia Amnya. SAYANGI NEGARA KITA DAN PERKUKUHKAN PERPADUAN SESAMA KITA DIBAWAH GAGASAN 1 MALAYSIA
ARMAN AZHA HJ ABU HANIFAH
SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA
No comments:
Post a Comment