Wednesday, March 28, 2012

PEMUDA PAS PENING LALAT NGAN ANWAR



Beberapa Badan Bukan Kerajaan Pro Parti PAS dilihat tampil menyelar kenyataan terbaru Anwar mengenai penganjuran 'Seminar Ancaman Kristianisasi' anjuran Jabatan Mufti Johor.



Presiden Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir menjelaskan, Program Seminar tersebut memberi fokus kepada masalah keruntuhan akhlak pelajar2 Sekolah yang semakin hilang kawalan terpengaruh dengan budaya2 Kristianisasi yang bakal memberi kesan terhadap pegangan akidah mereka.



Maka beliau menyanggah serangan dari mana2 pihak yang dilihat seolah2 ketakutan akan kehilangan pengaruh politik bukan Islam dengan membuat serangan melampaui batas.



Tokoh Veteran PAS itu juga berkata, program2 sebegini tidak pernah dijadikan satu isu kontroversi satu ketika dahulu malah secara terbuka dibincangkan menerusi forum2 Agama yang turut pernah dianjurkan PAS satu ketika dahulu.

“Kita perlu adakan seminar sedemikian. Saya rasa masyarakat Kristian tidak perlu berasa terganggu terhadap penganjuran seminar tersebut ... masalah berkenaan cubaan Kristianisasi sudah wujud sejak sekian lama dan memang wujud,” kata beliau.



Kenyataan ini juga disusuli dengan serangan beberapa Pemimpin Pemuda PAS yang melihat Anwar terlalu taksub mahu mengukuhkan sokongan pengundi bukan Islam sehingga 'tidak sedar' akan kenyataannya itu senada dengan beberapa tokoh Pemimpin Yahudi di beberapa buah Negara Barat.

Anwar kata mereka lagi sewajarnya beristighfar dan mesti memohon kepada kesemua tokoh2 Ulama' yang terlibat dalam penganjuran Seminar tersebut dan tidak gelojoh melihat kesemua penganjuran berbau akidah sebagai agenda politik semata2.



Ini juga menggambarkan bahawa sekatan lebih besar bakal dilakukan jika Anwar dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Mereka juga meminta Anwar tidak terlalu taksub membuat pertuduhan 'Agenda UMNO' dalam setiap penganjuran berkaitan unsur2 akidah kerana ianya bakal memberi kesan liabiliti kepada PAS. Lebih memalukan tindakan Anwar yang mudah melatah menghina sebegitu rupa terhadap Seminar yang melibatkan Instituti Pendidikan.



"Adakah Anwar tidak lagi menghiraukan masalah anak2 remaja yang sememangnya jelas menerusi fakta telah banyak terpengaruh dengan anasir2 Barat yang sudah pasti berunsurkan Kristianisasi menerusi pelbagai sumber. Bukankah ianya wajar diperbincangkan? Atau Anwar tidak pernah memikirkan hal ini dek kerana asyik mahu mendapat sokongan bukan Islam semata2.?"



"Jangan ingat hanya Murtad sahaja yang menjadi masalah Akidah. Walhal ramai anak2 muda di peringkat sekolah yang leka dengan pengaruh2 yang sudah pasti telah dirancang Pemimpin2 Barat Kristian untuk menjajah minda umat Islam."

Respons mereka ini turut disusuli dengan desakan keras agar Anwar meminta maaf dan menarik semula penghinaan tersebut atau mereka akan mendesak PAS Pusat merujuk Majlis Syura Ulama' PAS menolak kepimpinan beliau selaku Pemimpin Utama Pakatan.

MACAM KATA2 PAKATAN "LAWAN TETAP LAWAN" TAPI SESAMA SENDIRI LAR..HANYA BARISAN NASIONAL PARTI UTK RAKYAT MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment