Tuesday, March 20, 2012

PR SELANGOR KONO NGAN YB SHUKUR



Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuang, Tuan Abdul Shukur bin Idrus mencabar kerajaan negeri untuk menyatakan apakah pembangunan yang telah dilakukan sepanjang empat (4) tahun mentadbir di Selangor.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang melemparkan tuduhan bahawa kerajaan Selangor terdahulu dibawah Barisan Nasional menjual banyak tanah namun tidak mahu dan enggan mengemukakan sebarang bukti.



Shukur turut membidas retorik penjimatan air RM11.00 yang dinikmati oleh rakyat di Selangor, sedangkan bukan semua golongan yang telah menerima faedah tersebut.

"Tidak semua rakyat yang menikmati RM11.00 air percuma ini," tambah beliau.

"Rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin tinggal di rumah pangsa yang menggunakan meter pukal tidak pernah menikmati faedah ini, bagaimana pula kerajaan negeri boleh mengatakan rakyat Selangor telah menikmati air percuma.

ADUN Kuang ini turut berkata golongan yang tinggal di rumah mewah, banglo, kilang serta industri turut menerima air percuma walhal golongan ini tidak menerima apa-apa kesan dari penjimatan ini.

"Sepatutnya rakyat yang menggunakan meter berpukal inilah golongan sasaran utama yang wajib menerima penjimatan RM11.00 ini," kata Shukur. Beliau turut mencabar Shuhaimie untuk menunjukkan bukti pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri dalam tempoh 4 tahun ini.

"Sebatang jalan pun tidak dibuat atas nama nama jalan baru walaupun menerima peruntukan RM350 juta setahun dari kerajaan pusat," tegas Shukur.

Beliau turut menyindir jika Shuhaimi boleh menamakan mana-mana masjid, surau, tokong dan kuil baru yang telah dibina sepanjang pemerintahan PKR.

No comments:

Post a Comment