Friday, March 9, 2012
RAFIZI PKR 'KING OF FITNAH" Serang YAB DS NAJIB Kerana Kebangkitan BN
Adeiiii, Rafizi Ramli PKR Ni Tak Abis Fitnah PM Ds Najib.
Dulu Kata Anak PM Shoping Kat Australia Rm300K, Last2 Kantoi DiMana Anak PM Tak Pi Pun Australia,Tiada Pun Permohonan Minta Maaf Drpd RAFIZI PKR 'KING OF FITNAH" .
Kini RAFIZI PKR 'KING OF FITNAH" Kata Perbelanjaan Pertunangan Anak PM Di Biayai Oleh Pejabat PM Hanya Kerana Invoise tersebut Di Alamatkan Ke Pejabat Perdana Menteri. RAFIZI PKR 'KING OF FITNAH" Ni Bebal Betul Lar, Memang lar Di Alamatkan Ke Pejabat Perdana Menteri Dan Ds Najib Berkhidmat Kat Situ , Saya Yakin Jika Alamat Di Tuju Ke Seri Perdana Pun Si "RAFIZI PKR 'KING OF FITNAH" Akan Pertikai.
Dan Sekali Lagi Kantoi Tipu Bila PM Jawab Tidak...Betul Lar PKR Ni Fitnah Dah Jadi Darah Daging Perjuangan Mereka Utk Terus Relevan, Modus Operandi PKR Hanya Nak Fitnah.
Pakatan Tahu Sokongan Rakyat Telah Kembali Kepada Barisan Nasional Atas Usaha Plan Transformasi YAB DS Najib. Jadi Dengan Hanya Fitnah2 Sebegini Terhadap YAB DS Najib Dan Keluarga Mereka Rasa Sokongan Rakyat Akan Kembali Pada Pakatan Di Mana Secara Hakikatnya Rakyat Malaysia Telah Matang dan Bijak Utk Menilai Mana Baik dan Mana Tidak.
Dibawah Ini Adalah Laporan Dan Artikel Oleh Merdeka Centre.
Merdeka Centre: Serangan Peribadi terhadap @NajibRazak kerana populariti beliau meningkat?
Merdeka Center: Populariti Najib 'kembali pulih'
OLEH G MANIMARAN
9 Mac 2012
SHAH ALAM - Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu, kata kajian kendalian Merdeka Center hari ini.
Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.
Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.
Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.
Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.
Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus.
"Angka ini hasil usaha (kerajaan) memperbaiki 'mood' rakyat berhubung keadaan ekonomi secara umum dan pengagihan dana Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk mengatasi beban ekonomi keluarga miskin," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam satu kenyataan.
Menurut Ibrahim, sokongan ke atas kepimpinan Najib sangat tinggi di kalangan isi rumah berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan iaitu sekitar 78 peratus.
Seramai 80 peratus masyarakat India dan 74 peratus kaum Melayu dalam kumpulan pendapatan itu memberi sokongan positif ke atas kepimpinan Najib, yang juga Menteri Kewangan dan Presiden Umno. Najib juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Kajian terbaru Merdeka Center kali ini juga menunjukkan bahawa rasa puas hati sangat tinggi di kalangan responden yang berusia 50 tahun dan ke atas.
Seramai 73 peratus responden berusia 50 tahun dan ke atas berpuas hati dengan pendekatan Najib berbanding hanya 64 peratus di kalangan mereka berusia 21 hingga 30 tahun.
"Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sehingga satu pertiga responden yang condong ke arah Pakatan Rakyat dilihat berpuas hati dengan Perdana Menteri - yang menunjukkan bahawa sokongan sedemikian tidak semestinya akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada parti pemerintah (Barisan Nasional)," kata beliau lagi.
Dalam ulasannya juga, Ibrahim berkata, pihaknya berpendapat bahawa peningkatan kembali populariti adalah ekoran inisiatif-inisiatif mesra rakyat dan langkah mahu memperbaiki amalan demokrasi, antara memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti dan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Pilihan Raya.
Meskipun kadar puas hati ke atas Perdana Menteri tinggi, kata Ibrahim, kajian yang sama menunjukkan bahawa pengundi masa was-was dengan kerajaan persekutuan.
"Hanya 48 peratus responden berkata mereka gembira dengan kerajaan," kata beliau.
"Kajian juga menunjukkan bahawa pandangan positif terhadap kerajaan sangat tinggi di kalangan pengundi berusia tetapi rendah di kalangan pengundi muda, dengan hanya 39 peratus pengundi di bawah 30 tahun gembira dengan kerajaan berbanding 54 peratus di kalangan mereka berusia 60 tahun dan ke atas," katanya.
Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman
ReplyDelete(Saya ada bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155
Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa