Wednesday, May 9, 2012
KHALID MENANGIS TAK DIJEMPUT KE Ulangtahun UMNO Ke 66 Peringkat Negeri Selangor
Majlis sambutan ulangtahun umno yang ke 66 peringkat negeri selangor di adakan di perkarangan bangunan umno malam semalam. tetamu kehormat yang di jemput ialah Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib presiden umno.
GAMBAR2 YANG BUAT KHALID MENANGIS BILA TAK DIJEMPUT KE MAJLIS ULANGTAHUN UMNO KE66 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Usia 66 tahun ini adalah usia yang matang bagi UMNO. Saya mewakil pergerakan PEMUDA UMNO PJU yakin dan percaya, bahawa pergerakan PEMUDA akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap PRU ke-13 yang akan datang ini.
Bagi sambutan ulang tahun, kami akan keluar beramai-ramai untuk sambutan ulang tahun yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei nanti untuk membuktikan UMNO terus unggul dan kukuh dalam membela agama, bangsa dan negara.
saya berharap semangat ulang tahun UMNO yang ke 66, UMNO akan mencatat kejayaan besar pada PRU ke-13 yang akan datang nanti.
Sempena sambutan ulang tahun ini, harapan saya di kalangan anak-anak muda agar ahli-ahli UMNO terus bersatu dan sebagai tonggak kepada perjuangan bangsa Melayu, saya menaruh harapan agar UMNO terus kukuh dan memperolehi kejayaan yang besar di dalam PRU ke 13 yang akan datang nanti.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada UMNO Malaysia kerana sudah berusia 66 tahun pada 11 Mei ini.Saya mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 66 dan saya doakan agar UMNO terus dapat memimpin bangsa Melayu menuju ke arah Malaysia yang lebih gemilang dan terkenal di mata dunia.
UMNO PILIHAN SEBENAR RAKYAT MALAYSIA
No comments:
Post a Comment