Wednesday, May 16, 2012

SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA APA ANAK MUDA MAHUKAN?



Himpunan Jutaan Belia (23 Mei 2012) – Beberapa hari lagi, merupakan hari Himpunan Belia Negara yang terbesar sejak program yang berwadahkan belia diperkenalkan.

Usaha secara berterusan dari cetusan idea
YAB Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak
yang meletakkan agenda belia dalam tranformasinya mengilhamkan himpunan terbesar sebegini.


Himpunan Jutaan Belia bukan sahaja satu program,satu acara yang direncana ringkas untuk golongan belia tetapi agenda transformasi dalam pembangunan belia yang disusun khas kerana golongan ini adalah aset yang terpenting bagi melahirkan kepimpinan masa hadapan.

Diberi ruang, peluang bagi golongan belia mengambil bahagian tidak mustahil bagi golongan ini dapat mencetus kreativiti hebat demi pembangunan negara.

Agenda negara meletakan juga transformasi terhadap gologan belia ini adalah umpama meletakkan yang hak kepada tempatnya kerana belia produk pruduktif dalam usaha kerajaan membela golongan belia secara berterusan.


Disini saya mewakili Suara Anak Muda 1Malaysia ( SAM1M)
ingin tahu drpd anda, apa yang anak muda mahukan. Jadi saya berharap rakan2 anak2 muda boleh berikan pandangan, cadangan dan harapan apa yang anda mahukan bagi generasi muda.

Kerana anak muda kini pemangkin perubahan transformasi negara, kini kita menyaksikan EVOLUSI anak muda yang kian berani dan matang dalam menyatakan harapan anak muda pada masa hadapan negara.

PERJUANGAN ANAK MUDA BERANI ADALAH EVOLUSI SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA

Sila email ke armandpju@gmail.com segala komen, kritikan, cadangan, pandangan dan harapan anda..sila hebahkan bagi kami mahu tahu apa degupan nadi anak muda.

No comments:

Post a Comment