Wednesday, August 8, 2012

Parti Politik Dan NGO, Ibarat Isi Dan Kuku Bukan Musuh




Perubahan landskape politik negara bole kita lihat kini.Dahulu rakyat akan meminta bantuan terus pada pemimpin2 politik tetapi kini dapat dilihat rakyat mula bersuara melalui gerakan2 NGO2

Salah satu dimensi yang kurang diberikan perhatian oleh ramai pihak di negara ini ialah aktivisme sosial yg kini banyak digerakkan oleh gerakan2 NGO bersama2 masyarakat. Saya memahami aktivisme sosial sebagai satu pendekatan strategik yang dilakukan untuk membina hubungan secara terus dengan masyarakat.





Hubungan tersebut dilakukan melalui program-program secara berterusan dan tersusun untuk memenuhi keperluan masyarakat. Pada akhirnya, setiap program itu akan meningkatkan kualiti kehidupan, dan memberikan kemaslahatan serta kesejahteraan sosial, khususnya dalam jangka masa panjang.Tapi gerakan2 NGO ini sering kurang mendapat perhatian kepimpinan Politik khususnya diperingkat bahagian berbeza ngan kepimpinan diperingkat pusat yang lihat pentingnya utk kerjasama ngan gerakan2 NGO ini.



Aktivisme sosial adalah satu kelompongan di negara ini jika dilihat penghayatannya dalam konteks politik kepartian. Memang, dari satu sudut, kelompongan tersebut diisi oleh badan-badan yang tidak bermotifkan keuntungan (NGO) yang sepatutnya mendapat kerjasama pihak parti politik dlm mendekati aktivist2 masyarakat.

Beberapa program bermotifkan pendidikan oleh NGO tertentu memang ada, namun, dalam konteks realiti semasa, khususnya kemampuan kewangan NGO yang rendah, program-program tersebut masih kurang dan belum mampu memenuhi keperluan yang ada kerana itulah pemimpin2 harus membantu gerakan2 NGO ini bukannya menolak mereka.





Pada Pemimpin2 Politik Jgn Lah Buat Musuh Ngan NGO2 Tapi Bantulah Mereka, Jgn Anggap Pemimpin2 NGO Sebagai Satu Yg Akan Mengugat Kedudukan Politik Mereka Dan Akhirnya Tidak Akan Bekerjasama Ngan Aktivist2 NGO Malah Akan Menolak Dan Bermusuh Ngan Gerakan2 NGO2



Walau bagaimanapun, tulisan ini lebih memfokuskan aktivisme sosial dalam konteks kepartian. Keterlibatan parti-parti dalam melibatkan diri dengan program-program sosial yang memberikan kebaikan adalah sangat kurang.Saya secara peribadi rasakan pemimpin2 harus berubahan dalam cara mereka berpolitik kerana lanskape politik negara sudah berubah,

Janganlah terus ada budaya cah keting dan tikam belakang pada aktivist2 gerakan NGO di peringakat akar umbi kerana takut dan rasakan tergugat kerana gerak kerja NGO berbeza ngan pendekatan cara lama.




Parti-parti di negara kita, dan dalam tulisan ini saya memberikan tumpuan yang khusus kepada parti yang dianggotai oleh majoriti masyarakat Melayu – kelihatan tidak berminat, atau jika berminat, tidak melakukan usaha yang bermakna untuk merealisasikan minat mereka, bagi menjayakan aktivisme sosial.



Program seperti sumbangan beras, makanan dan lain-lain, yang selalunya bersifat bermusim dan ad hoc bukanlah satu manifestasi aktivisme sosial, tetapi lebih didasarkan kepada kehendak-kehendak politik jangka pendek tapi ianya harus berterusan dan konsisten.





Tanpa menafikan aspek positif daripada program tersebut, program sebegitu sebenarnya tidak menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang sejahtera dan bahagia.






Jika kita lihat beberapa perubahan sosial dan politik yang berlaku di Lubnan, Palestin dan Turki, kita akan dapat melihat, salah satu faktor yang menyumbang kepada perubah lanskap tersebut ialah aktivisme sosia dan akhirnya berlaku kerana pemimpin2 parti politik tidak mahu mengikut perubahan landskape politik dan akhirnya berlaku prubahan.

Kita lihat perubahan transformasi politik yang dibawa oleh YAB Ds Najib yang mengunakan pendekatan2 baru dan cara geakana pemikiran yang diluar kotak kerana menlihat pentingnya harus ada perubahan dlm keadaan politik terkini.

Jadi harapan saya adalah pemimpin2 politik diperingkat akar umbi jganlah gagalkan segala usaha YAB Ds Najib Dalam Transformasi politik negara. Mereka harus mengikut cara gerakan kerja beliau. Hargailah aktivist2 NGO bukan nya menolak serta Cah Keting kerana kerjasama antara satu sama lain adalah langkah yg terbaeek.

Selamat Berbuka puasa semua..

No comments:

Post a Comment