Thursday, August 23, 2012
Seksyen 114A, Tak Perlu Tarik : Ds Nazri Aziz
Kuala Kangsar: Tiada keperluan menarik balik pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 bagi menjamin keselamatan negara serta rakyat daripada keganasan dan perbuatan tidak bertanggungjawab.
Pindaan itu yang diluluskan di Parlimen April lalu juga bertujuan menjadikan orang ramai lebih bertanggungjawab terhadap tingkah laku termasuk tulisan dan perbuatan di alam siber.
Mangsa undang-undang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata tuduhan kononnya pindaan itu akan mengakibatkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa undang-undang adalah tidak berasas kerana tanggungjawab beban pembuktian masih terletak di bahu pihak pendakwaan, bukannya tertuduh yang perlu membuktikan mereka tidak bersalah seperti digembar-gemburkan.
Malah, katanya, akta itu sebenarnya tidak boleh digunakan untuk membuka sesuatu kertas siasatan atau melakukan pertuduhan terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan, sebaliknya hanya satu prosedur untuk mensabitkan kesalahan mengikut undang-undang di negara ini.
"Jika kita percaya dengan pemahaman pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menentang pindaan ini, sudah tentu ramai blogger sudah didakwa sekarang sedangkan akta ini tidak boleh digunakan untuk pendakwaan, lagipun bukan semudah itu untuk mendakwa seseorang di mahkamah," katanya pada sidang media di kediamannya di sini semalam.
Dapat bantahan
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi entri Twitter meminta Kabinet membincangkan mengenai seksyen berkenaan yang mendapat bantahan warga internet dan pemimpin parti pembangkang.
Nazri berkata, pindaan Akta Keterangan itu dibuat untuk melengkapkan pindaan terhadap Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) yang sudah dibentang dan dibahaskan sebelum itu.
Tahniah YB Dato Seri Nazri Aziz Atas Ketegasan Dalam Menangani Dan Menjawab Apa Jua Isu... All The Best
No comments:
Post a Comment