Monday, September 3, 2012
Sang Saka Bangsa Senantiasa Wujud
Salam Sahabat2 Yang Dihormati,
Heboh Kemerdekaan Yg Ke 55Tahun Malaysia Dan Telah Mengejutkan Seluruh Negara Dimana Pihak Pakatoon Cuba Mengenalkan Bendera Yang Akan Digunakan Jika Pakatoon, Menjadi Kerajaan. Kemudian Baru Mereka Sedar Perbuatan Mereka Telah Mengundangkan Kemarahan Rakyat Malaysia. Pengakuan Pihak Yamg Bertanggungjawab Itu Menunjukkan Mereka Tidak Menghormati Sistem Demokrasi Dan Pemahaman Sejarah Negara.
Dan Selepas Sedar Kemarahan Rakyat Baru Lah Pemimpin2 Pakatoon Mengecam Perbuatan Tersebut, Jadi Jika Mereka Benar2 Ikhlas Dalam Isu Ini, Saya Desak Pihak Pakatoon Membuat Laporan Polis Serta Desak Pihak KDN Utk Mengambil Tindakan Terhadap Ketua AMK Malaysia Atas Perbuatan Sdr Najwan Dan Pihak Penganjur "Janji Demokrasi" Kerana Menghina Negara Malaysia Ada BRAN Tak?
Utk Maklumat, Sang Saka Bangsa Tidak Pernah Dilupakan Dan Senantiasa Wujud Dlm Negara Kita. Ianya Adalah Bendera UMNO, Gerakan Mereka Sendiri Telah Membuktikan UMNO Adalah Sebenarnya Parti RAKYAT, Parti Yang Mendapatkan Kemerdekaan Negara Tercinta Kita.
Bendera UMNO : ‘Sang Saka Bangsa’
Bendera UMNO mengandungi empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan hijau.
-Merah bererti Keberanian.
-Putih bermakna Kesucian dan Keikhlasan.
-Kuning bagi bulatan di tengah ialah lambang raja.
-Hijau warna keris di tengah adalah lambang agama Islam dan juga melambangkan tamadun Melayu.
Pengertian ‘Sang Saka Bangsa’
Sang Saka Bangsa merupakan nama baru yang diberi kepada bendera UMNO. Namanya secara rasminya telah diiktiraf pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sang adalah gelaran yang bersopan, dipakai pada orang-orang zaman dahulu kala. Gelaran ini menunjukkan kesopanan dan tingginya budaya orang Melayu.
Saka pula ialah peninggalan sesuatu keturunan Melayu yang berkaitan dengan rohaniah atau semangat sebagai kewibawaan keturunan tersebut.
Bangsa membawa maksud ‘Orang Melayu’ yang menjadi bangsa yang berdaulat dan bangsa yang diperjuangkan hak dan maruahnya oleh UMNO.
UMNO PARTI RAKYAT SEBENAR DULU, KINI DAN SELAMANYA
No comments:
Post a Comment