Sunday, September 30, 2012

TAHNIAH ANAK2 MUDA BELIA KEMAHIRAN, ANDA JUGA PEMANGKIN PERUBAHAN NEGARA


Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Perjuangan Suara Anak Muda 1Malaysia Bersama2 Rakan2 Belia Khususnya Majlis Belia Malaysia Terhadap kepentingan Pendidikan Kemahiran Bagi Belia,ALHAMDULILAH Didengar Dan Dibentangkan Dalam Bajet2013.

Segala Usaha Naik Turun Jumpa Orang, Jumpa Menteri, Buat Forum Penerangan, Buat Majlis Diskusi, Berikan Cadangan Dan Padangan Pada Pihak Yang Terlibat Dalam Dasar Negara Akhirnya Rasa Bangga Dan Berbesar Hati Kerana Semua Titik Peluh Selama Ini Berhasil Demi Masa Hadapan Generasi Belia Dalam Bidang Pendidikan Kemahiran.

Saya Mewakili Suara Anak Muda 1Malaysia Dan Rakan2 , Ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada YAB Ds Najib Atas pembentangan Belanjawan 2013 Tempohari Dan Mendengar Serta Memberikan Keperihatinan Terhadap Anak-Anak Muda Belia Yang Wajar Di berikan Perhatian Dan Peluang Kedua Untuk Menjadi Sebahagian Pemangkin Perubahan Negara.



BAJET 2013 : LATIHAN KEMAHIRAN: SUATU STRATEGI PINTAR DALAM USAHA SELESAIKAN ISU NASIONAL


All The Best Anak-Anak Muda Belia Kemahiran
Anda Pemangkin Perubahan Negara

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran

Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia menyelar mana-mana pihak yang menyatakan pembentangan Bajet 2013 akan menyebabkan Malaysia dibebani dengan hutang serta menyukarkan lagi kehidupan rakyat di masa akan datang.

Kalau dilhat bajet tentang LATIHAN KEMAHIRAN, ianya bukan hanya satu pemberian peruntukan yang besar sebaliknya satu strategi kerajaan menggalakkan penglibatan industri samada syarikat asing di Malaysia, GLC dan IKS dalam semua sektor melibatkan diri dalam pembangunan latihan kemahiran dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Pendekatan latihan kemahiran bukan hanya tertumpu kepada latihan di institusi latihan kemahiran awam dan swasta (ILKA/ILKS), tetapi juga menerusi pendekatan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) iaitu sebuah sistem latihan yang berorientasikan pekerjaan di mana para pelajar di latih 70-80 peratus lebih kerap di industri berbanding di institusi latihan.

Menerusi SLDN, pihak industri akan memberi latihan yang sebenar kepada para pelajar dengan penggunaan mesin dan prosedur ditempat kerja yang sebenar bermula di peringkat perjawatan paling bawah sekali sebelum meningkat naik ke tahap yang lebih tinggi. Para pelajar tidak perlu membuat pinjaman latihan sebaliknya latihan yang diterima adalah percuma bahkan pihak industri akan memberi elaun berdasarkan tahap yang sedang dilatih. Paling menarik, para pelajar akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia atau Diploma Kemahiran Malaysia apabila menamatkan latihan dan selalunya di serapkan masuk ke syarikat untuk menjadi pekerja tetap. Syarikat akan melihat para pelajar sebagai satu aset penting kerana para pelajar telah menerima latihan secara terus dari tenaga pakar di industri berkenaan.

Kaedah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia semakin mendapat perhatian dan penglibatan pihak industri tempatan mahupun antarabangsa yang berada di Malaysia.

Kaedah ini juga akan berupaya mengurangkan kebergantungan industri kepada pekerja asing. Peluang pekerjaan akan kembali kepada rakyat tempatan. Dan paling utama, aliran keluar mata wang secara besar-besaran oleh pekerja asing yang menghantar wang kepada keluarga mereka dapat diminimumkan. Umum mengetahui hal ini menjejaskan imbangan pembayaran negara dan membantutkan perkembangan ekonomi negara. Kebanjiran pekerja asing memberi masalah besar dari segi putaran modal kerana negara mengalami kerugian kerana kebanyakan wang yang dikeluarkan dalam bentuk gaji tidak digunakan untuk dibelanjakan di negara ini.

Kerajaan juga akan dapat menjimatkan banyak perbelanjaan dari segi pengurusan pelajar, penggunaan bahan gunahabis serta penyelenggaraan peralatan latihan kerana 70-80% latihan adalah di dalam premis industri yang menyertai SLDN.

Maka dengan ini, Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia berharap pihak industri samada bersaiz kecil atau besar akan mempunyai jiwa nasionalisme yang tinggi dalam membantu usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Untuk mengetahui apakah SLDN boleh hubungi:

Jabatan Pembangunan Kemahiran
Blok 4803, Suite 0-10
Bangunan CDB Perdana
Persiaran Flora
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-8321 4700Fax: 03-8321 4888

Terima kasih.


MOHAMMAD RIZAN HASSAN
Ketua Sekretariat
1Belia 1Kemahiran (1B1K)
Majlis Belia Malaysia

#TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK KITA SAMA-SAMA MAJUKAN GENERASI MUDA KITA AKAN DATANG, APA YANG KITA PERJUANGKAN  BUKAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI TETAPI ADALAH UNTUK MASA HADAPAN GENERASI MUDA AKAN DATANG..

TERUSKAN TANAM SEMANGAT PERJUANGAN YANG KUAT, SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA SUARA ANDA..

1SUARA, 1HATI, 1HARAPAN, 1TUJUAN ...EVOLUSI ANAK MUDA

ARMAND AZHA HJ ABU HANIFAH
PENGASAS
SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA

No comments:

Post a Comment