Wednesday, October 17, 2012

Akhirnya Pertubuhan Haram Suaram Sendiri Yang Akui Tiada Perbicaraan Di Perancis


Setelah pendedahan-pendedahan demi pendedahan yang dilakukan dan kenyataan 
dari seorang pendakwaraya Perancis yang menafikan berlaku perbicaraan kes 
pembelian kapal selam di Mahkamah Perancis, akhirnya kini pertubuhan 
haram suaram mengangkat bendera putih.

Menyedari mereka tidak lagi mampu untuk membohongi rakyat Malaysia, 
akhirnya semalam pertubuhan haram suaram membuat kenyataan mengakui 
tiada sebarang perbicaraan di Perancis.

Antara Pos melaporkan seperti berikut,

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini 
mengesahkan tidak ada perbicaraan bersabit skandal pembelian kapal selam Scorpene 
oleh kerajaan Malaysia yang berlangsung di mahkamah Perancis. 
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perbicaraan berkenaan namun menyifatkan ianya disalah erti oleh media tempatan.

"Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan 'siasatan kehakiman' dan 'penyiasatan'.

"Tidak pernah Suaram menggunakan perkataan "perbicaraan' dalam kenyataan kepada umum sebelum ini," katanya kepada pemberita. 

Cynthia yang dilihat cuba mempertahankan Suaram berkata, hanya aduan tentang pembelian kapal selam Scorpene telah dibuat kepada mahkamah Perancis agar siasatan lanjut dapat dilakukan.
Dah takut.....

Dah takut beb.....

Sebelum ini bukan main lagi nak sapina Najib ke Mahkamah Perancis, 
nak sapina Zahid Hamidi, dan yang paling tak boleh tahan tahan sekali 
apabila dia buat kenyataan bahawa seorang saksi telah disapina 
untuk memberi keterangan. 
Dulu bukan main galak lagi....

Duit orang ramai dah kutip beratus ribu kononnya untuk perbicaraan di Perancis, 
tapi kini buat kona baring pula kata tiada perbicaraan....

Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan Ops Scorpene 


Terima Kasih RBFOnline



No comments:

Post a Comment