Wednesday, October 10, 2012

CHANGE FOR LIFE. Jom Jadi Sukarelawan



CHANGE FOR LIFE ~ Sebuah aktiviti kesukarelaan pemeriksaan dan kesedaraan penjagaan kesihatan oleh 100 orang sukarelawan bidang perubatan dari kalangan pelajar mahupun yang sudah bekerja. 


Berkonsepkan penjelajahan dari rumah ke rumah agar l
ebih mesra rakyat dan dekat dengan masyarakat. Dijangka akan di adakan pada awal November 2013 bertempat di perumahan Flat2 sekitar DUN Kg Tunku, Petaling Jaya Utara dimana Penyelaras Pemuda DUN Kg Tunku adalah Sdr Arman Azha turut berbesar hati dan akan bersama2 Pemuda BN PJ UTARA membantu program sukarelawan ini.


Program ini adalah kerjasama antara Rakan Muda KBS, Malaysian Young Humanitarians dan Suara Anak Muda 1Malaysia.


Sukarelawan yang berlatarbelakangkan pendidikan perubatan seperti doktor, paramedik, pembantu perubatan dan jururawat dijemput menyertai pasukan sukarelawan ini. Keterangan lanjut boleh hubungi SAUDARA RIZAN HASSAN (0137733676)

Klik: https://www.facebook.com/MalaysianYoungHumanitarians

Jom sama2 buat kerja sukarelawan, baik buat daripada peluk tubuh dan hanya tau komen serta kritik..

No comments:

Post a Comment