Tuesday, December 4, 2012

"Second Waves Road To Gaza" WE WALK THE TALK


Syukur Alhamdulilah Saya Terpilih Kali Ini Untuk Menyertai Misi ‘Second Waves Road To Gaza’ Ini Mewakili NGO Saya Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia Anjuran Kelab Putera 1 Malaysia & Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia Akan Berlepas Ke Gaza Dijangkakan 7-17 Disember 2012 . 

Jutaan Tahniah Pada Dato Azeez Rahim Yang Begitu Konsisten Dalam Prinsip Perjuangannya Terutama Dalam Isu-isu Kebajikan Dan Bantuan Kemanusiaan.


Ramai Diluar Sana Bercakap Dan Berkritik Sebagainya Tapi Tidak Berbuat Apa-apa, Tapi Beliau Bersama Kelab Putra 1Malaysia Walk The Talk, Malah Beliau Memberikan Kepercayaan Pada Generasi Muda Dimana Misi Kali Ini Beliau Memberikan Kepercayaan Kepada NGO Muda Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia Yg di Ketuai Oleh Sahabat Saya Sdr Shahrul. Tahniah Pada Kedua-dua Mereka, Juga Jutaan Terima Kasih Memberikan Saya Berpeluang Utk Bersama2 Dalam ‘Second Waves Road To Gaza’


Misi Bantuan Kemanusiaan Kali Ini Di Maklumkan Agak Bahaya Kerana Kali Ini Ada Pergolakan Di Negara Mesir Dimana Tempat Rombongan Kami Akan Sampai Daripada Malaysia. Kami Para Sukarelawan Memohon Sahabat2 Seluruh Negara Mendoakan Keselamatan Misi Kemanusiaan kami Juga Rakan2 Lain Seluruh Dunia Yang Hadir Bersama Untuk Membantu Rakyat Di Bumi Palestin.


Saya Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Atas Segala Ucapan Dan Kata2 Pemberi Semangat Serta Doa Sahabat Kepada Saya Dan Team Misi Bantuan Kemanusian Yang Akan Ke Gaza Palestine Insyallah Pada Malam 07hb Disember Hari Jumaat Dimana Mantan Perdana Menteri Malaysia YBhg Tun Dr Mahathir Mohamed Akan Bersama Memberikan Semangat Dan Sokongan Pada Pasukan Misi Bantuan Kemanusian ‘Second Waves Road To Gaza’ Ini Kami Pada Jam 7mlm Di KLIA, Terima Kasih Pada Negarawan Negara Yang Sudi Melapangkan Masa Bersama Kami.


Semangat Dan Doa Anda Adalah Bekalan Kepada Kami, Amanah Kami Utk Angkat Martabat Negara Di Persada Dunia. Rakyat Malaysia Berjiwa Dan Berhati Besar Serta Penuh Rasa Kasih Sayang... Saya Sayangkan Anda Dan Negara. Mengenang Gaza & negara2 islam lain..marilah kita bersyukur dgn keamanan, kestabilan, kedamaian, pembangunan, peluang & ruang yg kita kecapi.


Baru Sedar, Baru Di Maklumkan Oleh Isteri Tercinta Saya Dimana Hari Jadi Saya 12/12/12 , Saya Akan Berada Di Bumi Gaza Palestin..Saya Akan Berusia 37tahun Di Salah Satu Tanah Penting Dlm Sejarah Islam.. Semoga Allah Swt Permudahkan Segala Urusan Kami, Sihatkan Kesihatan Serta Selamat Pergi Dan Kembali Ke Negara Malaysia Insyallah..Amin.
 
Kelab Putera 1 Malaysia Adalah Merupakan Satu Pertubuhan Ngo Yang Berorentasikan Kebajikan Seperti Misi Kemanusian Ke Gaza, Pakistan, Jepun, New Zealand Dan Lain-Lain. Deretan Kejayaan Misi Yang Terdahulu Yang Terdahulu, Sekali Lagi Pihak Kelab Telah Diberikan Kepercayaan Untuk Melaksanakan Misi Yang Seumpamanya.

 





 Iaitu Bagi Membantu Rakyat Palestine Di Gaza Yang Tertindas Angkara Kekejaman Israel. Kali Ini Kelab Akan Menjayakannya Bersama Satu Lagi Pertubuhan Ngo Negara Iaitu Gerakan Belia Gagasan 1malaysia. Misi Yang Di Namakan ‘Second Waves Road To Gaza’ Ini Adalah Merupakan Cetusan Dan Saranan Dari YAB Dato’ Sri Najib Razak Perdana Menteri, Malahan Beliau Sendiri Telah Sudi Menjadi Penaung Misi Ini. Dianggota Seramai 56 Orang Rombongan Misi Akan Berlepas Menuju Mesir Dijangkakan Pada 5 Disember 2012. Dari Mesir Kami Akan Memasuki Gaza Melalui Rafah.



 
Apa Pun, Saya Dengan Rendah Diri Ingin Memohon Ampun Dan Maaf Jika Ada Tersalah Kata, Tersalah laku, Tersalah Buatan Dan Segalanya. Saya Mohon Rakan2 dan Sahabat2  Mendoakan Keselamatan Misi ‘Second Waves Road To Gaza’ Seluruh Jentera Sukarelawan Kami. Kami Kesana Demi Memartabatkan Nama Negara Di Persada Dunia Dengan Menyatakan Walaupun Negara Kami Malaysia Kecil, Tapi Seluruh 28juta Rakyat Malaysia Mempunyai HATI YANG BESAR. Sekian.

                                                 
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Pengasas
Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia



No comments:

Post a Comment