Tuesday, April 23, 2013

Let's Vote4BN "KJ"




LET'S VOTE 4 REMBAU THE MOST WANTED


CALON PEMUDA BN 

Pemuda Barisan Nasional (BN) sangat menyambut baik dan berterima kasih kepada YAB Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di atas penyenaraian ramai orang muda dan muka baru bagi menggalas harapan dan tanggung jawab sebagai ahli pasukan transformasi BN pada pilihan raya umum ke 13. 



Ini terzahir dengan komposisi 44 peratus generasi pelapis daripada keseluruhan jumlah calon BN, meliputi 73 orang sebagai calon kerusi parlimen dan 247 bagi Dewan Undangan Negeri. Manakala dalam konteks Pemuda pula, 36 peratus atau 116 calon daripada segmen orang muda dan muka baru adalah dari Pemuda BN.


Pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan. Jelas terbukti, BN bukan sahaja tampak menyahut aspirasi anak muda bahkan berani menterjemahkan peralihan generasi di dalam barisan hadapannya.


BN Pilihan Orang Muda, Calon Pemuda BN bersama Najib dahulukan rakyat!

No comments:

Post a Comment