Monday, June 3, 2013

SIAPA KETUA PEMUDA ICAPP ( International Conference Of Asian Political Party)

SYUKUR MEWAKILI UMNO KE ICAPP

Syukur alhamdulilah selesai mewakili negara ke ICAPP ( International Conference Of Asian Political Party) yand dihadiri oleh 53 Negara yang mewakili pelbagai Parti2 politik baik sebagai kerajaan mahupun sebagai pembangkang bermula 28hb-01hb Jun 2013 bertempat di Xi'an China.

Ianya satu pengalaman yang menarik dan membuka ruang yang baru dalam buku politik kecil saya untuk terus maju kehadapan dalam arena politik negara dan luar negara.

Sebagai wakil negara yang mewakili UMNO, saya memberikan penerangan tentang isu-isu semasa kepada para perwakilan pelbagai negara dan menjawap pelbagai persoalan tentang isu negara terutama mengenai isu hangat iaitu Pilihanraya Malaysia ke 13 baru-baru ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada YB Dato Seri Shahidan Kassim Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memberikan kepercayaan dan amanah pada saya sebagai delegasi negara ke ICAPP.

YB DATO SERI SHAHIDAN KASSIM KETUA PEMUDA ICAPP

Mungkin tidak ramai yang tahu dimana beliau YB Dato Seri Shahidan Kassim merupakan "KETUA PEMUDA ICAAP" yang mewakili negara2 di Asia. Semua perwakilan ICAPP menghormati beliau di pentas antarabangsa khususnya ICAPP.


Persidangan Pemuda ICAPP akan diadakan dinegara kita pada awal tahun hadapan 2014 dimana akan dihadiri oleh Ketua2 Pemuda pelbagai negara yang mengangotai ICAPP.

SIDANG ICAPP DI XI'AN CHINA
Boleh dikatakan majoriti negara2 Asia baru habis piliharaya mereka seperti Jepun,Filipina, India, Pakistan, Kurdistan...Semua yang menang bersyukur manakala yang tewas mereka kata akan cuba lagi di pilihanraya yang akan datang.

LAWATAN KE MUZIUM TERRACOTTA WARRIOR
Berbeza senario politik negara kita dimana Pakatan tidak boleh menerima suara rakyat dalam Pilihanraya ke 13 malah berterusan berpolitik tak habis2 , tanpa memikirkan kepentingan untuk memerus membawa agenda kemajuan negara.

BERSAMA SAHABAT SAYA SDR NAZARI DI MUZIUM TERRACOTTA WARRIOR

Alhamdulilah sepanjang masa berada disana, saya dapat mengenali beberapa pimpinan muda pelbagai negara, semuanya mempunyai semangat yang tinggi utk memajukan negara mereka. 

Majoriti negara yang hadir di Forum ICAPP memandang tinggi kepimpinan negara terutama Mantan Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamed.

SAHABAT BARU SAYA DRPD NEGARA JEPUN

Delegasi2 ICAPP mempunyai idea2 baru yang menjurus kearah teknologi hijau bagi menjaga Alam sekitar kita bagi generasi yang akan datang.

Forum ICAPP kali ini sebulat suara untuk terus menbawa agenda kepentingan menjaga Alam sekitar dengan pembangunan serta kajian terhadap Teknologi Hijau.

Pertukaran idea daripada rakan negara2 dalam ICAPP dalam memastikan masa hadapan generasi akan datang terbela dalam arus pembangunan moden yang mementingkan pengunaan Teknologi hijau bagi memastikan negara asia kekal indah dan cantik dipersada dunia khususnya dalam pembangunan Teknologi Hijau.

Semoga negara kita juga akan terus memperjuangkan pengunaan Teknologi Hijau didalam arus permodenan negara kita menuju kearah negara Maju 2020.


Sepanjang tempoh saya berada di Xi'an China, saya lihat arus permodenan mereka pesat tanpa meninggalkan ciri2 tradisional mereka dalam aspek bangun2 baru dan menjaga peninggalan bangunan2 lama untuk di jadikan sebagai tarikan pelancong ke Negara mereka. 

Saya rasakan konsep ini boleh diguna-pakai dalam pelan pembangunan negara kita bagi mencapai negara maju tanpa meninggalkan asal usul sejarah negara kita sebagai Tanah Melayu yang mempunyai berbilang bangsa dan agama.

Saya doakan semoga Negara Malaysia kita akan terus maju dan disegani oleh semua Negara Asia malah seluruh dunia.



DUA PERWAKILAN DRPD BENUA AFRIKA

DISALAH SEBUAH PUSAT TARIKAN PELANCONG DI XI'AN CHINA

SIDANG ICAPP

MUZIUM TERRACOTTA WARRIOR

BERSAMA CHAIRMAN ICAPP DRPD NEGARA CHINA

BERSAMA BODYGUARD PARA PERWAKILAN MALAYSIA

DI XI'AN CITY CENTRE

BERSAMA SENATOR DATO RAJA ROOPIAH

WAKIL AUSTRALIA DAN WAKIL PAKISTAN

RAKAN2 DELEGASI DRPD PAKISTAN DAN JEPUN DI XI'AN CITY CENTRE

DIDEWAN PERSIDANGAN ICAPP

SEMPAT MELAWAT PROGRAM KEMENTERIAN PERTANIAN DI XI'AN CHINA

MUSLIM STREET XI'AN CHINA

CHAN DA WET LAND

XI'AN CITY CENTRE
BERSAMA SENATOR DATO RAJA ROOPIAH

PUSAT TARIKAN PELANCONG DI XI'AN CITY CENTRE

XI'AN CITY CENTRE

XI'AN CITY CENTRE

XI'AN CITY CENTRE


KAWASAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU DI XI'AN 

FORUM ICAPP

MELAWAT PELAN PEMBANGUNAN XI'AN

DEWAN SIDANG ICAPP

MELAWAT WET LAND 

LAWATAN KE FARMLAND CITY

ADA NAMA BANDAR TAIPING DI XI'AN CHINA

DI BERIKAN PELUANG UNTUK MENGETUK GENDANG PERASMIAN

HARI PERTAMA DI XI'AN CHINA

ALA2 HOMESTAY DI XI'AN CHINA

MELAWAT KONSEP ALA2 HOMESTAY DI XI'AN CHINA

BANGUNAN LAMA YANG DI PELIHARA SEBAGAI PUSAT PERLANCONGAN

SESSI PERTEMUAN NGAN TIMBALAN PRESIDEN CHINA

BERSAMA WAKIL DRPD MEXICO MR JOSE
ICAPP

PRESIDEN SRI LANKA MEMBERIKAN UCAPAN DI ICAPP

MAKAN MALAM DELEGASI ICAPP

JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM

ICAPP 2013

BERSAMA STANDING COMITTEE ICAPP

FORUM ICAPP 

RAKAN2 PAKISTAN DAN KUSDISTAN

WAKIL KURDISTAN

TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA YB DATO SERI SHAHIDAN KASSIM KERANA MEMBERIKAN PELUANG KEPADA SAYA MEWAKILI NEGARA KE SIDANG ICAPP2013

1 comment: