Sunday, August 25, 2013

Sejarah Pemuda UMNO

HARI INI DALAM SEJARAH

Pada 26 Ogos 1949, Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah menganjurkan satu persidangan wakil-wakil UMNO dari bahagian-bahagian dengan wakil-wakil pemuda bagi membincangkan hala tuju dan masa depan Jabatan Pemuda. Persidangan itu berlangsung di Butterworth, Seberang Prai dan dihadiri Yang Dipertua UMNO, Dato’ Onn Sebagai Penasihat dan Kapten Hussein sebagai Setiausaha Hal Ehwal Pemuda UMNO serta 25 orang wakil dari 14 bahagian UMNO.

Perbincangan utama adalah untuk memperluaskan fungsi Jabatan Pemuda dengan menubuhkan perikatan antara pemuda-pemuda UMNO dan bahagian-bahagian UMNO di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Nama Jabatan Pemuda ditukar kepada Perikatan Pemuda UMNO. Perikatan ini bukan sahaja menjadi sebuah badan yang tersendiri tetapi turut memiliki undang-undang dan peraturan mesyuaratnya sendiri.

Buat pertama kalinya Pemuda UMNO mempunyai barisan jawatankuasa yang lengkap bagi tempoh 1949-1950, di mana Kapten Hussein dilantik sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO yang pertama. Selain itu, wakil ke persidangan Majlis Mesyuarat Agung Pemuda UMNO turut dilantik iaitu Tuan Haji Ahmad bin Abdullah Fahmi dan Encik Shafie Ibrahim.

Setelah ditubuhkan secara rasmi pada 26 Ogos 1949, Perikatan Pemuda UMNO memainkan peranan menjaga kebajikan pemuda berpandukan undang-undang Perikatan Pemuda dan undang-undang Tubuh UMNO. Peranan Perikatan Pemuda UMNO ketika itu adalah sebagai pelaksana terhadap dasar-dasar yang diputuskan oleh badan induk UMNO berlandaskan slogan “Hidup Melayu"

Teruskan bawa obor perjuangan Pemuda UMNO...Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara , , NaibPengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional Malaysia Dengan Rendah Diri Ingin Menawarkan Khidmat Saya Sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia Bagi meneruskan membawa obor perjuangan Pemuda UMNO Malaysia sebagai Generasi Pewaris Perjuangan.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara
Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional Malaysia.

No comments:

Post a Comment