Kenyataan Media
UMNO Selangor Menyokong Tindakan JAIS
1. UMNO Selangor merujuk kepada isu penggunaan Kalimah Allah dan rampasan Bible yang dilakukan oleh JAIS baru-baru ini yang menjadi pertikaian beberapa pihak.
2. Semua rakyat yang tinggal di Selangor mesti faham bahawa Selangor mempunyai undang-undang yang wajib dipatuhi dan menghormati Sultan sebagai Ketua Agama Islam. UMNO Selangor ingin tegaskan disini bahawa isu yang berlaku di Selangor sekarang berdasarkan kepada Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam ) yang telah diwartakan pada tahun 1988 yang melarang orang bukan Islam di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”. Undang-undang ini telah dikuatkuasakan sejak 26 tahun yang lalu dan hanya terpakai di negeri Selangor dan tiada kaitan dengan negeri-negeri yang lain.
3. UMNO Selangor bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan percaya mereka telah menjalankan tugas berlandaskan undang-undang yang sedia ada. Pada November lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi bahasa Melayu, perlu dihentikan serta-merta di negeri Selangor.
4. Enakmen 1988 ini telah dikuatkuasakan semenjak 26 tahun yang lalu dan kita sedia maklum tiada masalah yang berlaku dan inilah bukti bagaimana kehormanian antara agama diperlihara dan membolehkan kita hidup dengan aman dan tenteram.
5. Kenyataan Paderi Andrew jelas mencabar undang-undang yang sedia ada dan menderhaka kepada Sultan . Beliau tidak perlu bersikap biadap kerana undang-undang ini telah diguna pakai semenjak sekian lama. Kalimah Allah telah lama dilarang digunakan dalam apa juga bahasa apatah lagi di dalam Bahasa Malaysia. Kenyataan beliau boleh menimbulkan kemarahan orang Islam di Selangor dan tidak mustahil perkara diluar jangkaan boleh berlaku..
6. UMNO Selangor meminta pihak polis supaya meneruskan siasatan kerana mereka telah diberi kuasa dibawah Seksyen 10 Enekman 1988 untuk mengambil sebarang tindakan. Penyiasatan harus disegerakan supaya mereka yang melanggar undang-undang dibawa ke muka pengadilan.
7. UMNO Selangor mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Selangor dan pihak polis yang cekap bertindak dan kerajaan negeri perlu tegas menyokong tindakan yang dilakukan JAIS kerana Enakmen 1988 ini masih lagi merupakan undang-undang yang sah di negeri Selangor.
8. UMNO Selangor tidak bersetuju mana-mana pihak mengadakan sebarang himpunan di gereja kerana boleh menimbulkan salah tafsir di kalangan rakyat dan boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di negeri Selangor.
9. UMNO Selangor akan terus memantau perkembangan isu ini dan mahu kerajaan Selangor bertindak tegas berdasarkan undang-undang dan jika keadaan memerlukan UMNO akan mengadakan himpunan Melayu Selangor supaya Enakmen 1988 ini dipertahankan dan perintah Sultan di hormati.
Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
Kepada setia-usaha Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (UMNO) Ketua Parti gerakan Mah Siew Keong, Ketua MIC Datuk Seri G. Palanivel, Ketua PPP Datuk T. Murugiah dan peminpin-peminpin komponen.
ReplyDeleteKami YIP KUM FOOK Ketua MCA Gombak, YIP JIUN HANN pemuda MCA Gombak dan Jayanthi Devi Balaguru ketua Gerakan Segambut (CHIA OOI SUN & CO.) Advocates & Solicitors 48-1 1st Floor, Jalan Brunei Utara Off Changkat Thambi Dollah, Pudu 55100 Kuala lumpur, dengan hormatnya disini harap semua parti komponen BN menyokong seruan bekas menteri penerangan Zain Nuddin menjemput bekas Perdana menteri DR. Mahathir bin Mohamad ke Putera Jaya menolong Kerajaan mentadbir Negara.
Kerana berbanding dari segi ekonomi, keselamatan, pembangunan dan lain-lain dengan jelasnya bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad lebih berkaliber dan berpengalaman mentadbir Malaysia dengan sepurna.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih
YIP KUM FOOK & ASSOCIATES
NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR
JALAN 53, DESA JAYA KEPONG
52100 KUALA LUMPUR