Kumpulan perniagaan Melayu, Majlis
Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mendakwa YTL Corp Bhd (YTL) yang mendapat
kekayaan daripada projek kerajaan tidak menyalurkannya secara seimbang kepada
rakyat.
Ketua pegawai eksekutifnya Mohd
Nizam Mahshar berkata, sumbangan YTL sangat kecil kepada negara berbanding
keuntungan berbilion ringgit yang mereka perolehi.
"Dalam laporan 2013, YTL Corp
mencatatkan pendapatan berjumlah hampir RM20 bilion dengan keuntungan selepas
cukai sebanyak RM1.8 bilion. Ekuiti yang diagihkan kepada pemilik syarikat
induk pula RM13.3 bilion.
"Jadi apa yang rakyat dan
Bumiputera peroleh daripada YTL daripada segi ekuiti bernilai lebih RM13 bilion
ini," kata Nizam pada sidang media di ibu pejabat mereka di Bangsar, Kuala
Lumpur, hari ini.
Nizam berkata, kenyataan Pengarah
Urusan YTL Tan Sri Dr Francis Yeoh mengenai "kapitalisma kroni" tidak
masuk akal ketika mereka juga mendapat projek secara rundingan terus.
"Bagi MTEM, kami meminta Yeoh
untuk membuktikan dia dan syarikatnya tidak bersalah.
"Kemukakan juga bukti mereka
bukan kroni," katanya.
Nizam berkata, Yeoh juga perlu sedar
diri kerana kekayaan yang mereka perolehi datang daripada pembayar cukai yang
diberikan oleh kerajaan.
"YTL harus sedar segala
keuntungan dan kekayaan yang dikaut lebih daripada 13 projek kerajaan datang
daripada dompet pembayar cukai dengan niat untuk berkongsi kekayaan itu bersama
rakyat," katanya.
Nizam berkata, jurang pendapatan
antara tiga kaum utama juga berpunca daripada sikap membolot YTL sendiri.
"Yeoh dan YTL perlu cermin diri
sendiri, apa yang mereka lakukan untuk menangani jurang pendapatan di kalangan
rakyat Malaysia," katanya.\
Nizam juga mempertikaikan
keistimewaan yang diperoleh oleh YTL berbanding Bumiputera yang masih bergelut
dalam perniagaan serta terpaksa meminjam untuk berniaga.
"Bagaimana sebuah syarikat
seperti YTL boleh menerima kontrak berbilion ringgit sementara bersepah
syarikat Bumiputera kecil dan sederhana perit untuk mendapat kelulusan pinjaman,"
katanya.
Yeoh dalam majlis Bual Bicara Global
Siri Malaysia kali ke-7 baru-baru ini dilaporkan berkata, tidak wujud isu kroni
dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu) sehingga
membolehkannya hidup mewah dengan memperoleh projek TNB, sedangkan hakikatnya
peranan itu dimainkan syarikatnya yang ternyata lebih inovatif dalam
melaksanakan projek diberi kerajaan.
Yeoh dalam majlis itu berkata,
Malaysia perlu bebas daripada halangan seperti kapitalisme kroni dan isu
perkauman atau retorik agama jika mahu terus bersaing dan masyhur di peringkat
global.
Susulan kenyataan itu, banyak pihak,
khususnya Pemuda Umno, mengecamnya.
Malah, semalam, YTL Power
International Bhd memutuskan untuk menarik diri daripada projek kontroversi
janakuasa Track 4A di Johor.
Keputusan tersebut dikatakan berkait
dengan kenyataan awal Yeoh sebelum ini.
Bagaimanapun, YTL berkata, langkah
itu bertujuan mengelak kesangsian terhadap komitmen ketelusan dan urus tadbir
Putrajaya.
Ini masih belum cukup, YTL harus dipertanggungjawapkan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh diri beliau sendiri.
Hello Tan Sri Francis, Jangan Ingat U Diam Kita Lupa Statement Awak
hakikatnya Cina dan India mendapat tongkat "gergasi" daripada kerajaan dengan kemudahan runding terus. YTL , ANANDA , Robert Kuok , Kumpulan Genting dan segala bagai tidak akan sampai ke tahap Billionaire kalau bukan di sebabkan Projek dan dasar kerajaan.
ReplyDeleteYTL Tak Payahlah nak sombong sangat .Sambil melayu mendapat sisa sisa dan tongkat kerdil kamu di beri kemudahan dgn sokongan Politik untuk laluan mudah.
Sapa sapa pun boleh kaya kalau diberi peluang sama...
Yang aku lihat Pencuri Besar cam UMNO menolong Pencuri2 Kecil supaya dapat pulangan yg lumayan ke dalam kocek Bangsawan2 Melayu yg Malas dan Bodoh.
ReplyDelete