Monday, June 1, 2015

Bantah Kenaikan Gaji Amah Indonesia!!!!

I

Salam perjuangan, boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dalam isu kenaikan gaji daripada rm800 ke rm1200 bagi orang gaji drpd Indonesia. 

Pihak mereka perlu paham, makan minum, rumah dan pelbagai lagi kemudahan ditanggung oleh pihak majikan maka gaji mereka rm800 adalah bersih buat mereka. Saya secara tegas rasakan gaji rm800 adalah memadai dan mencukupi bagi mereka.

Rata2 mengatakan ianya hanya akan menambah beban perbelanjaan bagi keluarga yg mempunyai orang gaji. Perkara ini juga akan mendatangkan bebanan pada banyak keluarga terutama pasangan muda yg berumahtangga yg menpunyai anak kecil yg masih belum kekukuh sumber kewangan keluarga. Sekali saya lagi kita mohon ketegasan agar cadangan pihak mereka tidak dipersetujui. 

Kita mohon juga kenaikan gaji baik drpd sektor awam mahupun sektor swasta bagi rakyat Malaysia harus mula di lihat sebagai isu penting khususnya kita ingin melangkah kearah negara maju tidak lama lagi. 

Semoga Allah SWT berkati dan permudahkan segalanya buat rakyat Malaysia insyallah.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
#BrigedPrihatin #Kita1Hati #SayaAnakMalaysia

No comments:

Post a Comment