Wednesday, August 12, 2015

Kenapa Pemimpin Pakatan Marah Ismail Sabri



Salam sahabat2 yang dihormati ,

Kenapa pemimpin PAKATAN meloncat bila YB Ds Ismail Sabri bangkitkan cadangan sebuah pusat telekomuniskasi dan IT khususnya bagi peniaga2 bumiputra. 

Selama ini pun bumiputra tidak pertikai pun bila wujudnya Low Yatt atau Digital Mall PJ yg rata2 dikuasai oleh orang2 cina. Kerana sifat bumiputra menghormati hak mereka. 


Seperti yang kita sedia maklum,bumiputera mewakili 65% dari rakyat negara ini.Justeru,bumiputera merupakan kumpulan pengguna tertinggi dan menjadi tonggak kepada kitaran ekonomi dalam negara.

Bagi memastikan kitaran ini tidak terputus atau terjejas,maka hak-hak bumiputera perlu dipelihara selagi jurang ekonomi antara kaum kekal ketara.

Sekiranya hak-hak bumiputera dihapuskan,adalah dikhuatiri mereka tidak lagi mampu menjadikan "DAYA PEMBELI atau BUYING POWER" tertinggi lalu akhirnya menjejaskan kitaran ekonomi

Pada pandangan saya kadar 30% yang dipinta bukanlah satu perjuangan,malah satu bentuk penindasan.

Dalam keadaan di mana kaum lain menuntut 1000% dari hak bumiputera.

Bagaimana saya dapat menjustifikasi tuntutan ini sedangkan ratio bumiputera adalah pada kadar 65% ??? Bukankah sekurang-kurangnya kita perlu menuntut sehingga 70%  daripada meletakkan kuota 30% untuk bumiputera,maka sama ada kita sedar atau tidak bumiputra sebenarnya telah memberikan 70% kepada bukan bumiputera.


Tiada istilah perkauman atau rasis dalam perkara yg dibangkitkan oleh pihak YBM Ds Ismail Sabri, tetapi memperjuangkan nasib dan martabat bumiputra seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan negara yg dipersetujui oleh bapa2 kemerdekaan ( Our Malaysia Founding Fathers).

Nasihat saya pada yg mempertikaikan cadangan ini, sila beli buku Perlembagaan Negara dan hayati apa yang termaktub, jangan jadi buta perlembagaan dan keluarkan kenyataan2 yg meraih populariti tanpa memahami hak masing2 dalam perlembagaan negara.

Jika pemimpin mereka tak cukup duit, saya sedia belikan buku perlembagaan negara agar rata2 mereka tidak lagi buta perlembagaan.

Semoga lebih kementerian2 lain juga mengambil pendekatan positif seperti mana yang dibuat oleh YBM KKLW Ds Ismail Sabri.

Kalau bukan kita bantu bumiputra siapa lagi.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda


No comments:

Post a Comment