Sunday, September 6, 2015

16hb "BANGKIT" Anak Melayu


Salam seperjuangan sahabat2 yg dihormati,

Tersenyum saya lihat ada pulak cicak mengkarung drpd pimpinan pakatoon yg marah siap buat laporan polis terhadap Himpunan Melayu pada 16hb Sept ini..


Aik tau pulak mereka marah. Kenapa marah? Adakah mereka marah kerana himpunan ini dibuat di bukif bintang mereka melompat? Sebelum ini puak2 ini menghina pasukan polis dan pihak berkuasa kini mereka pulak pi buat laporan polis. Kelakar sungguh puak2 cetek akal ini. 

Sudah lama orang2 melayu berdiam diri dalam pelbagai isu yang bergitu dekat dengan hati orang2 melayu. Boleh kita lihat kebelakangan ini pelbagai hak yg termaktub dalam penubuhan negara tercinta kita dlm perlembagaan negara kita mula diusik oleh puak2 cicak mengkarung ini.
 

Bermula dengan mengusik institusi pendidikan tinggi seperti UITM mempertikaikan hak bumiputra dlm pendidikan, menpertikaikan program2 kerajaan utk meningkatkan ekonomi bumiputra .Mempertikaikan program3 kebajikan khususnya buat bumiputra. Mempertikaikan kuasa kementerian2 berkaitan agama islam. Mencemuh institusi raja2 melayu, menghina pemimpin2 melayu bumiputra. Menpertikaikan hak2 orang2 melayu bumiputra.. Boleh dikatakan pelbagai lagi cicak mengkarung ini mencabar serta makin kurang ajar. Ini kita boleh lihat sendiri drpd media2 sosial atau pun mungkin kita sendiri pernah alaminya.


Tapi sabar anak melayu ada hadnya. Jangan menghina tangan yang baik sehingga mengigit. Orang2 Melayu berjiwa besar senantiasa tidak mencemburui apa jua yang dibuat oleh cicak mengkarung sejak merdeka hingga kini kerana oramg melayu tahu menghormati hak masing2.

Tapi kini cicak mengkarung sudah berani mencabar hak orang2 melayu bumiputra pulak. Bila kesabaran orang2 melayu bumiputra makin ditekan makin diusik oleh puak2 ini, perkataan yang digambarkan dlm tiap kamus dalam dan luar negara iaitu "AMUK" akan bertiup dalam setiap hati kecil orang2 melayu bumiputra.

Kebangkitan Himpunan Melayu wujud kerana cicak mengkarung yang kian kurang ajar. 

Anak2 melayu bumiputra "BANGKIT" bila maruah dicabar dan diusik. 

Pepatah lama berbunyi :

"Usah digerak harimau yang sedang tidur, harimau sudah lama simpan kukunya"

"Tanah melayu tanah pusaka,
Megah berdiri disinggahsana,
Adat melayu tegap didunia,
Tiada gentar menempuh badai"

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
-Anak Melayu-
7hb Sept 2015

No comments:

Post a Comment