Monday, March 7, 2016

Sudah Tercalar hati ahli2 dan penyokong UMNO


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa,


Saya menerima secara terbuka pendirian Tun M, TSMY dan DS Mukhriz yang bersama Pembangkang dalam satu sidang media.

Tapi apa yang pasti perasaan hormat saya pada mereka tercalar dan hilang apabila buat keputusan sepertimana mereka lakukan.

Satu persoalan saya nak tau, jika dizaman Tun M sebagai PM, jika ada ahli kepimpinan bersekongkol bersama pembangkang , terutama dalam satu sidang media , rasa tak tindakan tegas atau tidak terhadap yang lakukan? Saya rasa rata2 tahu apa jawapannya. Pasti akan pecat 24jam.


Saya selaku Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin menyatakan secara terbuka utk terus menyokong Presiden UMNO YAB Ds Najib dan barisan kepimpinan UMNO. Sebagai ahli parti UMNO wajib kita pertahankan kepimpinan.

Apa yang mereka lakukan jelas mencalarkan hati penyokong2 parti UMNO. Teringat saya sejarah lama Melaka bila Si Kitol membuka pintu pada pihak lawan akhirnya jatuh empayar Melaka kerana perbuatan Si Kitol.

Sebagai ahli parti yang matang dan boleh menilai yang mana baik dan yang mana tidak, secara jelas boleh dikatakan tindakan pihak mereka ibarat mencabar UMNO untuk mengambil tindakan terdapat mereka. UMNO sebuah parti yang ada saluran utk salurkan maklumat mahupun perubahan trasformasi. 

Adakah ini akan menjadi amalan baru mendesak mana2 pemimpin letak jawatan lepas ni bila tak puas hati tanpa perlukan pemilihan UMNO. Jadi bagi saya, baiklah gunakan saluran yang ada, jika tidak puas hati tunggu pemilihan UMNO.


Akhir sekali saya mewakili kepimpinan Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan secara terbuka sokongan tanpa berbelah bagi pada Presiden UMNO Ds Najib dan Barisan Kepimpinan UMNO.

Sama2 kita rapatkan saf dan kuatkan barisan utk menghadapi cabaran ini.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

No comments: