Wednesday, December 17, 2008

MB selangor ni duk cari kesalahan org jer



TIDAK pernah rasanya ada mana-mana Menteri Besar sebelum ini dalam ucapan taat setia dan menjunjung kasih sempena Keputeraan Sultan Selangor, ‘berpolitik’ dalam ucapannya apatah lagi bermegah-megah kononnya, mereka adalah pemimpin terbaik.


Namun, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar kerajaan campuran di Selangor memecah tradisi ini dengan ucapan meninggi diri serta menyindir kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah terbukti berjasa kepada rakyat sejak negara merdeka.


Selain kritikan kononnya kerajaan Selangor terdahulu gagal mengurus tadbir negeri, beliau menjanjikan hasil kutipan pasir berpuluh juta ringgit oleh Kumpulan Semesta di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).


Pada pembentangan Bajet 2009 lalu, Khalid berkata kerajaan menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sebagai syarikat kerajaan negeri yang memberi penumpuan kepada aktiviti perniagaan pasir pada tahun ini dan dijangka mampu membawa pulangan bernilai RM150 juta pada tahun hadapan berbanding dengan kutipan royalti bernilai RM20 juta pada tahun 2007.


Beliau juga memaklumkan kerajaan Selangor tidak mengiktiraf 366 ketua kampong dilantik JKKP kerajaan Pusat, memberi inisiatif RM3,500 kepada warga emas serta memperolehi pelaburan lebih RM5 bilion.
Sebelum inipun sudah berulang kali Khalid menyatakan perkara tersebut dengan bangganya padahal kerajaan BN Selangor sebelum ini sudahpun mengujudkan Tabung Jasamu bagi membantu warga emas.
Konsepnya ditiru kerajaan pimpinan Khalid dan lebih malang lagi, warga emas yang baru menetap setahun di Selangor juga layak menerima bantuan tersebut.


Pelaburan lebih RM5 billion melalui syarikat Q-Cell sebenarnya sudah diperolehi kerajaan Selangor sebelum pilihan raya umum Mac lalu tetapi Khalid dengan bangganya mengaku itu usaha kerajaan sekarang.
Maka sesiapa yang tahu cerita sebenarnya disebalik apa yang Khalid sudah buat selama 10 bulan mentadbir Selangor akan mendapati ‘indah khabar dari rupa’ atau ‘lembu punya susu, sapi dapat nama,’.
Sebab itulah dalam titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Khalid serta anggota Exco supaya menjalankan tugas mereka dengan baik, membuat sesuatu keputusan dengan bijak dan bertanggungjawab, supaya tidak menyusahkan rakyat.


“Ahli-ahli Exco dan wakil rakyat hendaklah sentiasa turun padang, mendampingi rakyat untuk mendengar rintihan-rintihan mereka dan dengan secepat mungkin mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka.


“Beta khuatir jika rakyat tidak berpuas hati dalam apa jua perkara di dalam negeri Selangor ini maka akan timbul tunjuk perasaan dan berlaku kacau-bilau yang akan merosakkan ketenteraman negeri dan juga menyusahkan rakyat jelata,” titahnya.


Sebenarnya Khalid kena ambil pengajaran daripada titah baginda pada majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat bersempena sambutan ulang tahun keputeraan yang ke-63 baginda di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Khamis lalu.


Khalid terlupa banyak lagi janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu belum ditunaikan tetapi peliknya kenapa tidak memaklumkannya dalam ucapan beliau di istana baru-baru ini.
Mencari kesalahan atau menyalahkan orang lain memang satu kerja mudah.


Saya juga gagap dan bodoh tetapi tidak tergamak saya menyalah emak dan ayah kerana kegagapan dan kebodohan saya itu kerana sejak lahir dan hingga mampu berdikari, merekalah yang mencari rezeki membesar dan membiayai sekolah saya.


Dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Hulu Klang, Khalid juga menyalahkan kerajaan dan Menteri Besar terdahulu tanpa beliau sedari bahawa kerajaan Selangor yang ditadbirnya gagal meneneruskan pemantauan program kajian terhadap projek-projek di lereng bukit.


Janganlah kelak rakyat Selangor mengenang Khalid sebagai Menteri Besar yang suka menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan sendri malah dikalangan Exconya pula lebih popular dengan tindakan menyaman daripada mengutamakan khidmat kepada rakyat yang telah memilih mereka.


Pikir-pikir kan lar rakan2


arman azha hj abu hanifah

Apa akan Jadi Pada Bangsa Melayu Ni..Haaiiih


Asskum rakan2 yg dihormati sekalian,


Sayang! Adakah generasi Melayu bakal tinggal sejarah? Kini, anak Melayu sendiri malu hendak menyanjung bangsanya di celah-celah komuniti yang mengamalkan cara hidup bebas, mewah, moden dan "open minded". Identiti Melayu sudah tenggelam di dasar kehidupan ala kebaratan, fahaman agama yang kian bercelaru disogok dengan ideologi-ideologi barat. Cara berfikir? Mereka melabelkan diri sebagai "PEJUANG KEBEBASAN".


Mereka berkehendakkan satu kehidupan yang bebas tanpa kongkongan peraturan yang tegas, serba-serbi bebas. Bebas melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu, malah ada yang menginginkan kebebasan dari hukum Islam, wallahualam.Orang Melayu sekarang "HEBAT". Sesetengahnya angkuh mengecam hak dan kelebihan Bumiputra dan bangsa sendiri yang telah dipertahankan sejak dari zaman kemerdekaan. Mereka memanipulasi isu hak keistimewaan Bumiputra dengan meletakkan kerajaan sebagai pengamal satu jenis penindasan kaum yang tidak dideritai oleh puak lain walau sedikitpun.


Inilah dia "KEJAHILAN" yang mampu membentuk satu generasi yang kufur nikmat apabila dikawal oleh rasa tamak dan haloba.UMNO, PAS dan PKR adalah tiga parti politik negara. Tiga parti beridentitikan Melayu yang sekiranya bersatu, tidak ada satu kuasa dalam dunia ini pun yang mampu menggugat maruah serta hak bangsa dan agama. Malah kaum Bumiputra bukan Melayu juga turut bersinar terang di bawah kilauan keagungan BANGSA Melayu, mengatasi kaum-kaum lain yang hebat di zaman ini.


Cahaya inilah yang orang Melayu sudah tiada. Penghalangnya adalah orang Melayu itu sendiri.Keinginan Melayu PAS dan PKR berpisah dan membentuk landasan masing-masing dengan niat untuk merebut peluang menjadi kumpulan yang berkuasa sekaligus menjadi pemerintah menjadi penyebab kepada terlerainya ikatan perpaduan di kalangan bangsa Melayu sendiri.. Dalam keadaan seperti ini, sudah pastilah fitnah, maki-hamun, memburuk-buruk di kalangan sendiri menjadi satu lumrah yang biasa disajikan kepada masyarakat kita kini.Pakatan Rakyat yang digerakkan melalui dua pertubuhan Melayu (PAS/PKR) ini sedikit sebanyak tunduk kepada tuntutan dan kemahuan DAP. Apakah sebabnya mereka sanggup bersuara senada dengan mereka dalam pelbagai pertikaian terutama dalam perkara yang membabitkan hak bangsa bumiputra dan agama sedangkan selama ini tidak merugikan kaum lain sedikitpun?


DAP mahu sesuatu yang mutlak dan kuasa politik adalah satu-satunya perkara yang mereka tidak dapat kuasai sehingga kini. Dengan perancangan menguasai politik, bermakna mereka akan dapat mempengaruhi kerajaan dan mencorakkan dasar pemerintahan yang sesuai berdasarkan kesesuaian naluri dan citarasa mereka. Tiada larangan agama dan tiada roh Islam dalam pentadbiran. Itulah kebebasan ala kafiruun.Kepada orang Melayu Pakatan Rakyat, tidak perlu membohongi diri sendiri menunjukkan kesediaan dan kesanggupan untuk mengorbankan segala yang dipertahankan kerajaan semata-mata untuk mendapat satu kepimpinan baru yang belum tentu lagi dapat menjamin kesejahteraan dan kepentingan kaum Melayu dan bumiputra sendiri.


Orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina dalam pelbagai bidang yang majoritinya dimonopoli oleh GOLONGAN mereka. Di manakah keAdilan bagi bangsa Melayu jika pemimpin mereka sendiri mengutamakan hak samarata kaum secara membabi buta seumpama "mencurahkan garam ke air laut"?.
Ramai orang Melayu kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dan disambut pulak oleh parti komponen dalam BN. Pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti-henti isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan "survival" orang-orang Melayu, bukan hanya untuk orang Melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang Melayu di mukabumi ini, kestabilan orang Melayu bermakna stabillah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti Cina dan India serta bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.


Dalam masa ini juga UMNO dengan sedaya-upaya mengembalikan kesedaran kepada kaum bangsa Melayu supaya berdiri teguh untuk menegakan bangsa Melayu serta perjuangan bangsa kerana pada masa ini ada Melayu yang telah diekploitasi pemikirannya sanggup menidakkan bahawa BAHASA Melayu yang melambangkan BANGSA Melayu yang MERDEKA sehingga menjadikan negara ini dinamakan 'MALAY'sia telah menjadi bahan pertikaian oleh orang Melayu sendiri tanpa menyedari bahawa mereka inilah juga berBAHASA Melayu dan berBANGSA Melayu tetapi bercakap seolah-olah mereka ini bukan lagi anak bangsa 'MALAY'sia. Inilah matlamat kaum Cina terutama DAP untuk memesongkan identiti seseorang Melayu yang disokong pula oleh Melayu PKR dan juga PAS.


Permainan politik orang Melayu kini "HEBAT" dan nampak lebih licik di dalam memberi laluan kepada DAP dan segala undi kaum Melayu berpindah kepada DAP melalui PKR dan PAS. Seronok mereka walaupun BN menerima kekalahan dibeberapa negeri yang bermajoriti berbangsa Melayu. Majoriti Melayu mungkin sedih, tetapi ada Melayu bersedih dalam gembira tanpa menyedari sumbangan mereka dalam mengorak langkah menghancur bangsa Melayu sendiri. Wajah dan air muka jetahuna Melayu akhirnya ditempiaskan kepada UMNO. Maka paksi UMNO disalahkan bagi semua perkara seolah-olah gagal mempertahankan Melayu. Bagaimana pula dengan Melayu di dalam PAS dan PKR yang ahli mereka juga ramai yang berbangsa Melayu, tetapi mengapa pula mereka tidak mahu mempertahankan hak dan bangsa Melayu? Tidak pula mereka ini Melayu-Kristian, tetapi Melayu-Islam.


Yang diterima adalah kutukan dan penghinaan kepada bangsa sendiri setiap hari terhadap perjuangan UMNO sehinggakan bahasa, bangsa, agama dan negara menjadi pertaruhan seolah "hilang hari ini, esok akan kembali" semula. Amat mudah dan ringkasnya generasi Melayu hari ini dalam memperjuangkan anak bangsanya untuk kemudian hari.


UMNO terpaksa membakar diri untuk memerangi Melayu lain yang telah dicemari dan keseluruhan bangsa-bangsa lain, inilah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yang condong dan kura-kura cuba memanjat, inilah sedang berlaku. MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan Melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untung dengan senyum puas.


Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan Melayu seumpama Melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itulah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Kesitimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, inilah yang dikesan dan di cium oleh ANWAR dan menggunakan platform dalam Pakatan Rakyat untuk mencari kelemahan UMNO dalam memecahbelahkan pemikiran bangsa Melayu secara langsung dan tidak langsung seumpama menerima agenda Malaysia Malaysian, Malaysia Baru, Harapan Baru.


Dalam keadaan Melayu didalam kem Pakatan Rakyat (orang Melayu yang membunuh bangsanya sendiri) itulah pembangkang mencari kelemahan dan melontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa Cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang rasist apabila berusaha menangkis serangan demi serangan yang dilontarkan di dalam isu bahasa, bangsa, agama dan negara. Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati-hati tetapi berani dan tegas.Meniti sejarah Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik.


Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik. DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi. Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh bangsa Cina didalam kerajaan akan diperjuangkan dari luar, DAP. Jadi mereka saling lengkap melengkapi. Yang ruginya Melayu tidak kira UMNO, PAS dan PKR. Inilah resepi kejayaan DAP disamping faktor-faktor yang lain. Semenjak zaman penjajahan British di mana bangsa Cina berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia.


Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya, Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar-bandar di Malaysia adalah kaum Cina. Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.Dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh Melayu, ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat-syarikat Cina yang dikuasai oleh Cina secara total. Apakah nasib anak cucu, cicit piat piut generasi Melayu di masa mendatang? Tidak sedarkah bangsa Melayu PERLU untuk bersatu kembali, perpaduan Melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit yang dimainkan oleh DAP, PKR dan PAS dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu.


Melayu kini tersepit dalam isu bangsanya sendiri, UMNO memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang Melayu kini dilontarkan isu yang sama dan di dalam mempertahankan hak bangsa Melayu dengan di perhatikan oleh bangsa Cina dan India dan begitu juga Melayu PKR dan PAS untuk sama-sama menjadi cuma pemerhati kepada kejatuhan Melayu.Sedar atau masih lalaikah orang Melayu keseluruhannya? Mampukah orang Melayu menghadapi keadaan ini? Mampukah anak bangsa Melayu di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu?


Marilah, bersatu elakkan sebarang kemungkinan yang akan menjadi titik permulaan ke arah azab keaiban kaum Melayu dan bumiputra. Jangan sekali-kali kita menjadi pendorong untuk kaum dan bangsa lain menginjak-injak maruah dan mertabat kita demi secebis kenikmatan yang hanya akan membawa kepada penderitaan anak cucu kita kelak.


Bantulah kerajaan yang dipilih dan diketuai oleh orang Melayu mempertahankan maruah Melayu. Ingatlah, bersatu Melayu teguh bercerai Melayu roboh. Tiada esok bagi Melayu dan tiada hari ini bagi Melayu jika keistimewaan kuasa politik bangsa Melayu terlepas dari gengaman. Ingatlah wahai semua bangsa Melayu.


Pikir-pikirkan lah untuk Generasi Anak2 kita akan datang..Wasalam


arman azha hj abu hanifah

Tuesday, December 9, 2008

Bentley Kuala Lumpur


Hi guys, i was driving last Saturday at K.L area, all of a sudden sumthing caught my intention when I'm passing by Pavilion...

Guess Wat guys "Bentley Kuala Lumpur " a premiere showroom situated in the middle of Kuala Lumpur opening soom. Bentley is a car for a real Gentlemen..

I bet all the big players in Malaysia is waiting for this state of the art showroom to be opening soon. To the Bentley Family i wish u guys all the best.

Bentley Brings the true meaning of luxury and prestige's Cars. Welcome To Malaysia Bentley Kuala Lumpur.

Monday, December 8, 2008

Bentley Motors



Bentley Motors was founded by W.O. Bentley in 1919 when the first Bentley engine burst into life at New Street Mews, London. From these modest beginnings, W.O’s company went from strength to strength through the 1920s, with an evolving series of acclaimed motor cars and a parade of racing triumphs to prove their outstanding performance.


These laurels were capped with five outright victories at Le Mans between 1924 - 1930 and a sixth in 2003. If we had mission statements in those days, it could not have been expressed more eloquently than in the words of W.O. himself, “To build a good car, a fast car, the best in class”.These words are just as relevant today as they continue to inform our beliefs, actions and ambitions for the future. Located in Crewe, England since 1946 and owned since 1998 by Volkswagen AG, Bentley Motors is dedicated to making responsive and powerful Grand Tourers with the stamina to cross continents at pace, and drive in refined comfort and style.


If ever a car was built to be driven, it is the Bentley. Passion for performance is in our blood. And in our bloodline. Our early history was written on the racetracks of Europe by a breed of adventurers who not only had the vision to build the cars, but also the courage to drive them to victory.We continue to design and build every precious part of a Bentley with one thing in mind – the experience of the driver. That’s as true of the craftsmanship that creates vehicles of inimitable finesse as of the engineering that produces engines of phenomenal power.


Unsurprisingly, then, we take an extraordinarily keen interest in drivers who share our passion for the marque.Which is why, as long ago as 1938, Bentley inaugurated the first Instruction Class for owners. That was the beginning of Bentley Driving, which today offers advanced driving courses to those owners wishing to explore the full potential of their cars.Courses range from half-day events to five-day sessions, during which a professional Bentley Driving consultant works one-on-one with the invited guest, concentrating on his or her personal needs and driving style. Owners learn to sharpen their skills and to correct any inappropriate habits, with the consultant encouraging them to gain even greater pleasure from their cars.


The more advanced courses are held at carefully selected professional driving venues around the world, or at the Bentley Academy in Crewe, England. Not for the faint-hearted, these would typically involve extreme tests of skill in a wide variety of driving situations. Experiencing and correcting oversteer and understeer, understanding the ESP system, using ABS to brake at speed, high speed cornering techniques, skid-pan practice or redline acceleration – the thrill of mastering these, and many other driving challenges, makes for a truly unforgettable learning experience.



Every Gentlemen Should Be driving a Bentley.

Thursday, December 4, 2008

Apa Lagi Yang Bukan Melayu Mahu Dari Orang Melayu!




Asskum Rakan2 seperjuangan Yg Dihormati,

Sejak dari selesai PRU ke-12 yang lepas dan sepertimana yang kita ketahui akan keputusannya dimana lima negeri telah jatuh ketangan pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu. Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO didalam Barisan Nasional. Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku didalam senario politik negara.


Armand tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, dimanakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh dibelakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

Ingatlah kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu. BN yang ditunjangi oleh UMNO telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu?

Malah kebanyakan sekolah-sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.
Ingatlah kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.
Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia.

Untuk apa kita merayai hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang rata-ratanya orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia sepertimana yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu diatas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara? Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah.

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar " tuan ".

Maka tidak perlulah bukan Melayu terus mempersoalkan akan Ketuanan Melayu kerana semuanya sudah termaktub didalam perlembagaan. Boleh dikira dengan jari berapa ramai perajurit yang berpangkat rendah dari kalangan bukan Melayu kecuali bumiputra dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat didalam pasukan angkatan tentera Malaysia. Kalau mereka benar-benar sayangkan negara mengapa mereka tidak mahu menyertai angkatan tentera Malaysia bermula dari pangkat paling bawah. Kalau adapun yang mahu menyertai ,mengapa mereka cuma memilih untuk pangkat-pangkat atasan sahaja. Apakah jijik sangat pangkat bawahan itu?

Mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup menggalas tangungjawab ini meninggalkan anak dan isteri serta keluarga berada didalam hutan atau disempadan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan kaum bukan Melayu yang mendabik dada mengatakan yang mereka juga adalah “ tuan” kepada tanah air ini duduk bersenang lenang dengan rumah besar, kereta mewah dan segala kemewahan yang lain. Sanggupkah mereka yang bongkak dan lupa daratan ini berada bersama-sama perajurit Melayu didalam hutan demi menjaga keselamatan negara? Dimanakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan? Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?

Begitu juga dengan tugas-tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Berapa ramaikah bukan Melayu yang mahu menjadi konstabel Polis? Mengapa jika ada cuma memilih pangkat atasan sahaja. Adakah pangkat bawahan ini untuk orang Melayu sahaja? Bukankah soal keamanan adalah tanggungjawab bersama. Malah ada ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam menjaga keamanan negara. Sepatutnya sebagai rakyat dan pembangkang, beliau menyeru kepada bukan Melayu untuk menganggotai pasukan polis bagi sama-sama menjaga keamanan. Ini tidak, malah mempersalahkan pasukan polis dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang.

Bagi ARMAND ,tanggungjawab pasukan Polis adalah seperti berat mata memandang, tetapi lebih berat bahu yang memikul . Cuma yang faham sahaja yang akan menghormati kerja-kerja yang ditanggung oleh pasukan Polis. Adakah tugas-tugas menjaga keselamatan dan keamanan terletak dibahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan. Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu yang menjadi pewaris kepada bumi tercinta ini.

Jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Armand setuju dengan titah Diraja Dibawah:

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr,Nazrin tidak lama dahulu:Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘ Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung ‘.
Sama-samalah kita renungkan
Yang Sayangkan Agama,Bangsa dan Negara
Arman Azha Hj Abu Hanifah

Tuesday, December 2, 2008

Datuk Mukhriz Scrap Vernacular School, One System For All



UMNO Youth chief aspirant Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir has called on the Government to abolish the vernacular school system as a means to enhance unity among people of various races. He said a single school system was the only way to check the racial polarisation that was getting out of control in the country. “The government should consider introducing only one school system with Bahasa Malaysia as the medium of instruction, except for Science and Mathematics which are already being taught in English. “Of course, pupils should then be given the option to study their mother tongues.


Under this system, the Malays will also have the option of studying other languages like Mandarin and Tamil and this will further boost unity among them,” he told reporters at Parliament House on Monday. The UMNO Youth exco member said it was time for Malaysia to do away with the dual school system, which was practised by only a handful of countries in the world, as it had contributed to the problem of disunity in the country. He said over 99% of countries in the world practised a single school system. He expressed hope that leaders of Barisan Nasional component parties would not take his suggestion in a negative light as it was only meant as a suggestion to resolve, once and for all, the problem of racial polarisation affecting the citizenry.


“If they reject this suggestion, then they should explain why they are against it. How is it possible for them on one hand to talk about unity and question Malay rights, while on the other hand still insist on having a different school system for their race? “If you want equal rights then you cannot have a different school sistem. You cannot have your cake and eat it too,” he added. He also urged all parties to stop harping on issues that could create tension among Barisan component parties, including on the issue of Ketuanan Melayu or Malay supremacy.


Lately, he said, there were many statements made by leaders of component parties that had the potential to create anger among the Malays and UMNO members. “If they insist on making statements on that issue, then do not be surprised if the Malays start talking about the economic supremacy of the non-Malays. “Despite all that has been said on the issue of Malay supremacy, the Malays do not feel in any way superior or the master when it comes to the country’s economy,” he said.


*I'll Support Datuk Mukhriz as the Future Ketua Pemuda Malaysia, All The Best Datuk..