Friday, April 29, 2011

Cinderalla Moden " Willian & Kate"

Salam Sahabat2 Yg Dihormati,

Semalam Seluruh Dunia Menyaksikan Perkahwinan Cinderalla Moden Diantara "Prince Willian Dan Kate Middleton" , Ianya Perkahwinan Di Raja Terbesar Britain Sejak 3 Dekad Lalu.

Seluruh Dunia Melihat Perkahwinan Diraja Britain Ini, Ibarat Sejarah Britain Di Ulang Kembali, Dimana Prince Charles Suatu Ketika Dahulu Mengahwini Princess Diana Juga Merupakan Org Kebanyakkan Seperti Kate. Kita Harapkan Perkahwinan Ini Tidak Akan Menjadi Seperti Apa Yg Berlaku Pd Bapa Prince Willian..

Sejurus Selepas Di Kahwinkan Prince Willian Dan Kate Middleton Di Kurniakan Darjah Duke Of Cambridge, Kini Prince Willian Di Gelar Duke Of Cambridge Dan Catherine Middleton Sebagai Duchess Of Cambridge.

Seluruh Rakyat Malaysia Harus Berbangga Di Mana Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Dan Tuanku Nur Zahirah Turut Hadir Juga Sultan Hasanal Bolkiah Sultan Brunei Dan Isteri Hadir Di Majlis Perkahwinan Di Raja Britain Semalam.

Kita Lihat Bagaimana Negara Tersebut Mengekalkan Insitusi Dirajanya, Rakyat Menghormati Institusi Diraja. Jelas Melihat Kegembiraan Rakyat Britain Bila Melihat Perkahwinan Diraja Tersebut. Institusi Diraja Britain Merupalkan Salah-Satu Monarki Diraja Yg Paling Lama Didunia Dan Rakyat Britain Mengangkat Tinggi Institusi Diraja Ini.

Saya Harapkan Secara Peribadi, Rakyat Malaysia Juga Akan Terus Mempertahankan Institusi Diraja Negara Kita, Teruskan Memartabatkan Dan Mempertahankan Institusi Di Raja-Raja Melayu. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku....

Malaysia Sebuah Negara Yang Memgamalkan Sistem Raja Yg Berpelembagaan....Saya Anak Melayu, Saya Anak Malaysia, Saya Bukan Racist, Saya Sayangkan Institusi Raja Melayu..

Wasalam :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 28, 2011

PARLIMEN BELIA


Salam Sahabat2 Yang Saya Hormati,

Saya Ada Pernah Mencadangkan 2 Tahun Lepas Pd Pemimpin2, Agar Wujudkan "PARLIMEN BELIA".

Ianya Di Wujudkan Bagi Suara Anak Muda Menjadi Perubah Dasar Menjadi Dasar Belia Negara.

Dimana Anak2 Muda Bole Mencadangkan Dasar2 Belia Negara, Hari Ni Jika Kita Lihat Rata2 Anak Muda Mencari Saluran Utk Menyatakan Pandangan Dan Suara Mereka . Disebabkan Itu Kita Lihat Anak2 Muda Mengeluarkan Pelbagai Pandangan Dan Kritikan Baik Yang Baik Mahupun Tidak Baik Dalam Media2 Baru Seperti Facebook, MySpace, Twitter, Blog Dan Pelbagai Lagi. Ini Menunjukan Dgn Jelas Anak2 Muda Negara Sudah Berbeza Dgn Anak2 Muda 20tahun Yang Lalu. Kini Anak2 Muda Lebih Suka Bertanya Dan Menyampaikan Hasrat Mereka, Tapi Sayang Ianya Tidak Akan Jadi Dasar Negara Kerana Tidak Mengunakan Saluran Yang Betul. Maka Bagi Saya Langkah Pendekatan Yg Baik Adalah Wujudkan "PARLIMEN BELIA".

Malang Sehingga Hari Ni, Tiada Yang Sahut Cadangan Ini..Saya Harap "PARLIMEN BELIA" Akan Jd Kenyataan, Insyallah....Suara Anak, Suara Keramat, Suara PEMANGKIN PERUBAHAN....

Harap Ds Najib Dan Barisan Pemimpin Mengambil Cadangan Ini Dgn Positif..Wasalam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 26, 2011

JOM LAWAN RASUAH, SOKONG SPRM


Assalamualaikum Sahabat2 Yang Di Hormati.

"RASUAH" Satu Perkataan Yang Wajib Kita Lawan Dan Tentang, Khususnya Generasi Anak2 Muda. Kita Harus Matikan "RASUAH" Daripada Menjadi "BUDAYA", Kerana Jika Ianyanya Jadi "BUDAYA" Ia Akan Menjadi Sukar Utk Di Tentang.



Syukur Malaysia Salah Satu Negara Yang Mengambil Pendekatan Utk Perangi Rasuah, Kita Ada "SPRM" Utk Memerangi Rasuah. Kita Sepatutnya Memberikan Sokongan Padu Pada Warga Kerja SPRM Utk Terus Memberikan Mereka Semangat Utk Terus Bersama2 Rakyat Malaysia Dlm Satu Arahtuju Utk Perangi "RASUAH".

Utk Perangi "RASUAH" Harus Ada Political Will Utk Banteraskan Rasuah. Tetapi Kini Kita Lihat Isu Rasuah Di Jadikan Isu Politik. Setengah Pihak Mempolitikkan Isu Ini Tanpa Ada Jalan Penyelesaian Hanya Nak Dapat Nama Sahaja. Akhirkan Wujud Pula Polimik Rakyat Tolak "SPRM".



Jika Kita Kaji Dan Nilai, Gerak Kerja Menolak Intergriti "SPRM" Adalah Salah Satu Cara Utk Memastikan Jika Pihak Yang Mengelar Diri Mereka Mcm Hero Perangi "Rasuah" Sebenarnya Nak Menutup Masalah Mereka Sendiri.

Utk Maklumat Dalam Jawatan Kuasa Penasihat "SPRM" Bukan Sahaja Mempunyai Ahli Penasihat Drpd Pihak Profesional, Kerajaan Malah Drpd Pihak Pembangkang Sendiri Utk Memerangi "RASUAH". Tahukah Kita Dlm Survey Dan Kajian Baru2 Ini, Hanya 9org Drpd 100org Yang Terlibat Dalam Rasuah Dan Malaysia Salah Sebuah Negara Dlm Dunia Kadar Peratusan Isu Rasuah Yang Terendah.



Kini Kita Lihat Bila "SPRM" Di Politikkan, Warga Kerja Mereka Hilang Semangat Dan Motivasi Utk Kehadapan. Seharusnya Kita Sebagai Warga Malaysia Khususnya Anak2 Muda Harus Memberikan Semangat Dan Motivasi Agar "SPRM" Teguh Dan Terus Perangi "Rasuah" Jika Benar2 Kita Mahukan Perubahan, Tetapi Jika Duk Nak Main Politik Tak Habis2 , Hinggakan Isu Cicak Kena Lastik Pun Salah. Sampai Bila Kita Nak Berjaya.



Apa2 Pun Saya Selaku Anak Muda, Secara Tegas Ingin Perangi "RASUAH". Saya Secara Peribadi Pernah Membuat Laporan Terhadap Panel Penasihat "SPRM" Bila Tidak Serious Dlm Perang "Rasuah" Iaitu Tan Sri Robert Phang, Atas Desakan Dan Laporan Saya Pd Pihak "SPRM" , Beliau Telah Meletakkan Jawatan Beliau Sebagai Jawatan Kuasa Panel Penasihat.

JOM SOKONG "SPRM" BUKAN MATIKAN "SPRM"....

BERANI KERANA BENAR, WASALAM
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 25, 2011

KEBANGKITAN SUARA ANAK MUDA



PERGERAKAN Sebuah Negara Tidak Pernah Terlepas Dari Upaya Dan Kerja Keras Dari Suara Anak Mudanya. Segala Keativiti, Inovasi, Idealisme Dan Integritasnya Akan Kental Dalam Jiwa-Jiwa Aank Muda.

Pemimpin Muda Harus Berani Nyatakan Pendirian dan Ketegasan Dlm Merancanakan Keputusan, Jangan Kita Jadi Sekadar Bodyguard Dan Alat Pada Yang Berkepentingan. Akhirnya Suara lantang Anak Muda Yg Gegarkan Negara Akan Hilang Taringnya.



Sedikit Menilik Sejarah Malaysia, Peranan Kaum Muda Kian Terasa Dalam Membawa Negara Ini Keluar Dari Kenistaan Para Penjajah Suatu Masa Dahulu Kini Kebangkitan Suara Anak Muda Sudah kembali, Ini Deretan Noktah Sejarah Suara Pemuda Yang Menjadi Sebahagian Peradaban Malaysia.

Hingga Saat Ini, Peranan Dari Kaum Muda Sangat Diperlukan Meskipun Dengan Cara-Cara Dan Permasalahan Dlm Budaya Cantas Dan Cah Keting Dlm Budaya Politik Kini. Pengaruh Suara Anak Muda Memang Membawa Angin Perubahan Dari Segi Peradaban, Transformasi dan Kemajuan Dlm Halatuju Negara Ini.



Kita Harus Menerima Hakikat Kini Di Bawah Kepimimpinan Jiwa-Jiwa Muda, Malaysia Akan Menemukan Jati Dirinya Kembali Segar Dgn Suara Anak Muda Yang Mampu Terus Dewasakan MALAYSIA Melalui Upaya Yang Dilakukan Oleh Suara Anak Muda.



Dengan Semangat Yang Begitu Besar Sudah Selayaknya Suara Anak Muda Harus Dihargai Dan Dihormati, Integritasnya Dengan Melibatkan Suara Anak Muda Dalam Pembangunan Nasional. Namun, Kurang Perhatian, Peluang , Dorongan Dan Budaya Utk Mengangkat Kepimimpinan Suara Anak Muda Selalu Terjadi.

Negara Ini Pernah Dikejutkan Gerakan Reformasi (1998), Pergerakan Anak Muda, Khususnya Mahasiswa, Melakukan Upaya Menggulingkan Pemerintahan Negara. Pada Masa Itu, Mahasiswa Menuntut Adanya Reformasi Dalam Pemerintahan. Pergerakan Yang Dilakukan Mahasiswa Ketika Itu Dilatarbelakangi Sikap Suara Kelantangan Anak Muda. Kerana tidak Diberikan Saluran Utk Suara Anak Muda Nyatakan Hasrat.



Ni Menunjukkan Negara Kita Mempunyai Suara Anak Muda Yg Idealisma, Adakah Kita Nak Menolak Suara Anak Muda Atau Menerima Mereka Sebagai Suara Pemangkin Perubahan Negara. Kepemimpinan Kaum Muda Harus Dikembangkan Melalui Proses-Proses Anak Muda Sebagai Pendokong Dasar Negara Masa Hadapan.



SAYA MENYOKONG KEBANGKITAN SUARA ANAK MUDA SEBAGAI PEMANGKIN PERUBAHAN NEGARA, KERAJAAN DAN PEMIMPIN2 HARUS MEMBUKA MATA DAN RUANG UTK MENYEGARKAN KEMBALI POLITIK NEGARA NI DENGAN PENERIMAAN SUARA ANAK MUDA SEBAGAI PERUBAH DASAR NEGARA. JANGANLAH MATIKAN IDEALISMA ANAK2 MUDA KERANA KEPENTINGAN PERIBADI, KEPENTINGAN NEGARA LEBIH UTAMA.

PRINSIP DAN IDEALISMA SUARA ANAK MUDA ADALAH MASA HADAPAN NEGARA.

-BRIGED NATIONALIS MUDA-
SUARA ANAK MUDA SUARA PERUBAHAN

DAP WAJIB HORMAT MELAYU, JGN BIADAP




Salam Sahabat2 Yg Dihormati,

Sebentar Tadi Briged Nationalis Muda (Sdr Armand ) Bersama2 Pertubuhan Veteran Askar Melayu ( Dato Ali ), Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan ( Sdr Rizalman) ,Ketua Pemuda Seputeh ( Sdr Razlan), Jalinan Melayu Selangor ( Sdr Fawas ), Gerakan Belia 4B ( Sdr Fairol ), Majlis Aman Sejagat Kg Bharu ( Sdr Ismail ).





Telah Menyerahkan Akhbar Utusan Malaysia Sebagai Tanda Sokongan Soladarity Pd Akhbar Utusan Malaysia, Tersebut Ke Pejabat DAP Di Hotel Wenworth Jalan Pasar.



Ini Adalah Kali Pertama Pejabat DAP Telah DiDesak Oleh Anak2 Melayu Demi Mendesak DAP Utk Menghormati Perasaan Org2 Melayu Dlm Apa Jua Statement Yang Keluarkan Oleh Pihak DAP.



Pihak Kami Menyatakan Kepada Pihak DAP, Jgn Ingat Org Melayu Diam Tidak Akan Bangkit Jika Kerap Dicabar. Ingatan Kepada DAP Oleh Kami " Jangan Di Gerakkan Harimau Yang Sedang Tidur, Buruk Kesannya Nanti, Juga Utk Membuka Mata Bahawa Org Melayu Tidak Gentar Dgn Mainan Politik DAP. Kami Juga Ingin Mengajar Pemimpin2 DAP Dan Penyokong2 DAP Yg Kurang Bijak ( Bodoh ) Dlm Penilaian Terhadap Akhbar Utusan Malaysia Utk Baca Dan Pahami Penulisan Dlm Akhbar Tersebut. Jgn Terus Main Persepsi Perkauman Sahaja Oleh Pihak DAP.



Kami Menyatakan Ketegasan Kami Utk Terus Pertahankan Martabat Agama Islam, Bangsa Melayu Dan Tanahair Hingga Ketitisan Darah Terakhir.



Terima Kasih Pd Yg Hadir Berikan Sokongan Sebentar Tadi..



-Armand Azha Anak Melayu-

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, April 23, 2011

JOM BERBASIKAL

Salam 1Msia Rakan2 Yg Di Hormati.

Apa Pendapat Rakan2 Kita Buat Program Kayuhan Basikal Utara Ke Selatan Bermula Drpd Perlis, Kedah, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka Dan Berakhir Di Johor Pd Malam 30hb Ogos Utk Sambutan Hari Kemerdekaan.

Kayuhan Utk Dekati Akar Umbi , Sambil Melihat Alam Sekitar, Sihatkan Badan Dan Minda Sambil Menunjukkan Sifat Perpaduan Dan Muhibbah Antara Semua Rakyat Malaysia, Kearah Gagasan 1Msia..Apamcm?

-Armand The Cyclist-
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NATIONALIS MELAYU MUDA


Salam Sahabat2 Yang Dihormati,

Hmmm, Adakah Sudah Tiba Masanya Utk "NATIONALIS MELAYU MUDA" Sebuah Pertubuhan Gerakan Aspirasi Suara Anak Muda Pemangkin Perubahan Di Gerakan Terutama Kepentingan Anak2 Muda Dlm Ekonomi , Pendidikan, Kebajikkan Dan Berpegang Teguh Pd Prinsip Kebenaran.


Pendekatan Dgn Mendapat Nasihat Drpd Pemimpin2 Lama, Penulis2 Nationalis, Bloggers2 Nationalis Serta Negarawan Negara Bagi Menangani Isu2 Anak2 Muda Sebagai Pemangkin Perubahan Negara.



Aspirasi Suara Anak Muda Yg Menentukan Arah Tuju Masa Hadapan Negara Kearah Sebuah Negara Yg Tinggi MartabatNya Sebagai Sebuah Negara Majmuk Dan Berbilang Bangsa Yg Menghormati Satu Sama Lain Yg Percayakan Bahaya Hanya MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku, Apa Pendapat Rakan2 Yg Saya Hormati-



-Arman Nationalis Melayu Muda-

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 22, 2011

ISU Nasi Lemak, Isu Peniaga Kecil Melayu.



Salam Sahabat2 Yg Dihormati,

Apa pendapat saudara tentang pengawalan jualan nasi lemak di sekolah?

Zaman Sekolah Dahulu, Saya Rasa Ramai Diantara Kita Hari2 Bantai Nasi Lemak.. Dlm Masa Yang Sama Samada Sedar Atau Tidak Sebenarnya Kita Membantu Perniaga2 Kecil Melayu.



Bukan Nak Jadikan Isu Ini Isu Pemikiran Sempit Tetapi Lebih Memeritkan Cadangan Ini Dibawa Oleh NGO2 Bangsa Cina, Dimana Kita Tahu Rata2 DiSekolah2 Majority Tidak Mengusahakan Makanan Tersebut Oleh Org Melayu Tetapi Org Cina Sendiri.



Adakah Kita Nak Peluk Tubuh Jer Bila Makcik Kantin Terpaksalah Jual Fishball Je Nanti, Lama2 Kedai Pun Tapau, Hilang Sumber Pendapatan Peniaga Kecil Org Melayu..

Skang Org Melayu Tak Berani Nak Pertahankan Hak Termasuk Isu2 Kecik Ni Kerana Takut Di Gelar Racist , Perkauman , Pemikiran Sempit Dan Kolot.
Walau Sebenarnya Ianya Harus Di Perjuangkan Dan Di Pertahankan.



Harap Mana2 Yg Berjawatan Dan Beramanah Yg Kuat Laungkan Nak Bantu Melayu Saya Minta Boleh Suarakan

Agar Teman2 Dan Sahabat Kita Sedar Apa Yang Berlaku Kini Rata2 Ramai Yang Tak Ambil Peduli Mungkin Rasanya Isu Ini Remeh..



Namun Impak Yang Besar Bakal Menanti Peniaga2 Kecil Kita Ini, Jika Bole Para Pemimpin Perjuangkan Juga Nasib Peniaga2 Kecil Melayu Di Pasar2 Malam, Pasar2 Uptown, Pasar Pagi Dan Pelbagai Lagi Yg Kita Lihat Majoritinya Adalah Org2 Melayu.

Saya Kini Bukan Lagi Mengetuai Mana2 NGO, Seharusnya Suara2 Lantang Harus Bangkit Perjuangkan Isu Ini.



Ramai Jugak Pemimpin Masa Kini Jadi Pemimpin Hebat Pun Ngan Makan Nasi Lemak Masa Waktu Sekolah Dahulu. Tak Der Pun Masalah.

Suara Kan Hak Kebebasan Berniaga Kpd Kaum Sederhana Dan Peniaga kecil!
Saya Ngan Rendah Diri Harap Ada Pihak Dapat Bangkitkan Isu Peniaga Kecil Melayu Ini, Sekian Wasalam.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 21, 2011

Perpaduan Nasional – Antara Realiti Rakyat dan Fantasi Politikus


Perpaduan Nasional – Antara Realiti Rakyat dan Fantasi Politikus

Salah satu agenda utama perjuangan rakyat Malaysia adalah berkenaan ‘Perpaduan Nasional’. Sering kali apabila para cendekiawan, mahasiswa dan orang awam ingin membincangkan perkara ini dengan sihat ada sahaja suara-suara sumbang yang menegah daripada meneruskannya atas dasar menjaga sensitivi perkauman. Logik yang digunakan para penentang ini adalah jikalau isu ini terus dibincangkan maka sensitiviti perkauman akan menjadi tidak stabil sehingga boleh menimbulkan konflik yang dahsyat dan seterusnya menjadikan negara ini tidak aman.



Benarkah putar alam isu perpaduan nasional ini bersifat begitu? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan ‘negara’ itu sendiri? Apakah erti perpaduan nasional yang tulen?

Ramai antara rakyat kita terutamanya setelah dipengaruhi oleh mainan politik para politikus yang mengamalkan politik perkauman radikal telah mewujudkan suasana kekeliruan yang bingit dalam masyarakat kita.



Sejak 1950-an lagi, melalui penilitian yang kemas dan tajam, Profesor Syed Naquib Al Attas mendapati para pemimpin masyarkat kita pada waktu itu sering kali tersilap faham makna sebenar sebuah negara bangsa. Beliau juga mendapati makna negara bangsa yang menjadi tunjang pembentukkan Negara Malaysia ini tidak dijelaskan dengan baik kepada rakyat.

Natijah daripada kekeliruan para pemimpin dahulu, konsep-konsep penting yang mampu menjelaskan makna perpaduan nasional tulen menjadi kabur sehinggalah pada hari ini menjadi lebih parah apabila arus pemikiran moden bertiup kencang ke arah kepompong intelektual yang wujud dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pandangan alam (world view) yang keliru terhadap para pemimpin politikus dan lebih parah cendekiawan kita sendiri.



Profesor Al-Attas membuat analogi bahawa proses pembentukkan sesebuah negara bangsa itu sama seperti pembentukkan sebuah rupa bentuk batu. Jikalau batu tersebut di biarkan di laut dan darat, masing-masing akan memperolehi bentuk yang berbeza selepas melalui tindak balas fizikal dan kimia yang berlaku dalam tempoh yang lama.


Jikalau seorang pengukir menjumpai batu tersebut dan bersiap sedia untuk mengukir rupa bentuk yang baru kepada batu tersebut, sudah tentu si pengukir tersebut mempunyai autonomi menyeluruh dalam membentuk rupa baru batu tersebut dan juga dalam menentukan jangka masa untuk menyiapkan proses pengukirannya.



Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Wan Azhar Wan Ahmad menjelaskan bahawa jikalau perpaduan nasional disamakan seperti batu tersebut, maka perkara terbaik yang boleh kita lakukan adalah dengan bersama-sama kita menjadi seorang pengukir yang berkerjasama secara cermat dalam mencapai perpaduan yang diharapkan.



Pengertian negara bangsa mengikut Al-Attas dapat dirujuk melalui sentimen yang berupa solidariti, kebersamaan dan juga kesatuan iaitu mempunyai aspirasi yang mampu dikongsi bersama oleh semua ahli komuniti yang turut boleh diterjemahkan sebagai satu kerja sama dibawah prinsip-prinsip yang disepakati dalam mewujudkan sebuah negara bangsa yang kondusif untuk menghadapi pelbagai jenis cabaran pada masa kini dan mendatang.

Tetapi kita perlu tanya lebih jauh bahawa apakah yang sebenarnya perpaduan yang kita inginkan? Disini Prof. Al-Attas membahagikan perpaduan kepada dua jenis iaitu satunya perpaduan berupa pepejal (solid unity) dan satu lagi perpaduan berupa cecair (liquid unity).

Secara metafizik, definisi perpaduan yang berupa pepejal itu dapat digambarkan seperti mempunyai tiga batang besi yang disusun rapat dalam satu ikatan tali yang kemas menghasilkan satu bentuk objek baru yang mengandungi ketiga-tiga batang besi tersebut.



Maka ‘perpaduan’ ketiga-tiga batang besi tersebut bergantung kepada tali yang mengikatnya. Jikalau tali tersebut putus ataupun hilang maka perpaduan tersebut akan berkecai.Perpaduan yang berupa cecair boleh juga diertikan menggunakan konsep ketiga-tiga batang besi tersebut cuma bezanya pada kali ini ketiga-tiga batang besi tersebut diikat dengan wayar besi dengan kemas. Setelah diikat dengan kemas, bongkah besi yang terbentuk melalui ikatan kemas ketiga-tiga batang besi tersebut dimasukkan kedalam api yang kuat sehingga mencairkan bongkah besi tersebut menjadi sejenis cecair. Setelah cecair itu mengeras, satu entiti baru akan muncul dan menjadikannya kekal sebegitu melainkan jikalau dipanas semula dengan kuat.


Maka analogi yang dijelaskan menerangkan bahawa untuk melahirkan perpaduan dalam sesebuah negara bangsa, perlunya elemen yang khusus dalam menyatu padukan rakyat negara bangsa yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.


Di sini Profesor Al-Attas telah menggariskan bahawa perpaduan sesebuah negara bangsa itu diasaskan sekurang-kurangnya melalui kesatuan tiga daripada empat perkara iaitu agama, bangsa, sejarah politik, dan bahasa. Gabungan daripada kesemua elemen ataupun tiga daripadanya mampu menghasilkan perpaduan jenis cecair yang digambarkan di atas.


Dr Wan Azhar mengupas persoalan perpaduan jenis cecair ini dengan mengambil contoh kesatuan bangsa Arab. Walaupun tidak semua daripada mereka Muslim (terdapat Kristian Koptik, Yahudi) tetapi perpaduan yang wujud atas nama bangsa Arab itu telah lama berlaku. Ini adalah kerana mereka berkongsi tiga daripada empat elemen tersebut iaitu mereka mempunyai identiti bangsa yang sama, menggunakan bahasa yang sama, dan juga mempunyai sejarah politik yang sama. Agama tidak diambil kira dalam konteks kesatuan bangsa Arab yang terdiri daripada pelbagai agama.


Begitu juga dengan orang Switzerland yang berkongsi elemen yang sama seperti agama Krisitan, sejarah politik dan juga semangat kebangsaan Eropah. Bahasa bukan faktor utama kesatuan mereka kerana di Switzerland terdapat empat jenis bahasa kebangsaan yang digunakan secara meluas iaitu Jerman, Perancis, Itali dan juga Romansch.



Dalam konteks negara kita Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan agama, keempat-empat elemen yang digariskan tadi tidak mampu dijadikan faktor yang kukuh dalam mencapai perpaduan nasional. Dari segi agama kita sedia maklum kaum Melayu secara umumnya merupakan orang Islam, kaum Cina majoritinya beragama Buddha dan kaum India pula secara amnya beragama Hindu.


Begitu juga dari segi faktor sejarah politik. Kaum Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini tidak mempunyai pertalian sejarah politik yang sama dengan kaum Cina dan India yang datang dari tanah besar masing-masing pada satu ketika dahulu.



Jadi bagaimanakah kita hendak melahirkan perpaduan Nasional dalam situasi sebegini? Profesor Al-Attas dalam siri syarahan Radio Malaya yang berlangsung pada tahun 1959 telah menggariskan bahawa elemen keempat yang berupa Bahasa Melayu (kini Malaysia) sebagai Bahasa Kebangsaan boleh menjadi asas segera dengan dibantu oleh jentera perundangan bagi menyatukan pelbagai bangsa dan masyarakat di Negara ini. Peranan bahasa kebangsaan dapat dan patut dilaksanakan bukan sahaja melalui saluran pendidikan, malah politik, pentadbiran dan undang-undang.



Pendekatan ini merupakan antara cara yang paling berpotensi untuk mewujudkan perpaduan nasional kerana jiran kita Indonesia juga telah berupaya mewujudkan perpaduan yang diharapakan melalui dokongan Bahasa Indonesia sebagai elemen kesatuan berbagai kaum dan etnik yang wujud di Indonesia.

Lebih-lebih lagi para cendekiawan kita telah bersidang panjang bagi mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dibincangkan dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 di Universiti Malaya dengan membentangkan 80 kertas kerja dari seluruh pelosok negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Hasil daripada kongres ini telah dipersetujui dan disepekati oleh kerajaan, cendekiawan dan pemimpin masyarakat bahawa:

Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal di rantau ini.
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima dan
Islam menjadi unsur penting dalam pembetukan kebudayaan kebangsaan itu.



Mengikut penjelasan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud yang telah dimuatkan di dalam buku beliau yang bertajuk Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru yang lebih Sempurna, Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebenarnya mengandungi unsur-unsur yang bukan sekadar berupaya mengekalkan jati diri dan ketunggalan peribadi kerakyatan Malaysia dan perpaduannya, malah mampu pula menerima semua unsur-unsur luaran yang sesuai dan wajar terutama dalam arus globalisasi yang mencabar ini.

Melalui pengamatan sejarah, kita dapat lihat betapa sebenarnya para cendekiawan negara kita ini sudah bersedia membawa rakyat Malaysia ke arah perpaduan nasional tersebut. Cumanya sering kali kita terlupa dan lebih parah apabila para politikus yang ada pada hari ini senantiasa bersikap dungu dalam memahami persoalan ini dengan lebih mendalam.



Perpaduan nasional hanya akan menjadi realiti jikalau rakyat bijak membezakan yang mana satu intan dan yang mana satu kaca hasil penelitian golongan ilmuan yang bertaqwa. Lebih dari itu hanyalah kata-kata fantasi milik golongan politikus dalam memikul agenda masing-masing

Monday, April 18, 2011

SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK YANG KE 83 TAHUN.



DAULAT TUANKU, SAYA MEWAKILI ANAK JATI NEGERI PERAK INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK YANG KE 83 TAHUN.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19hb April 1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku telah mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata.


Ampun Tuanku, Sultan Perak. Patik Sembah Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah Sempena Hari Keputeraan Tuanku Yang Ke-83.



Semoga Tuanku Dilanjutkan Usia Dan Perak Terus Maju Di Bawah Pemerintahan Tuanku Dengan Berkat Keizinan Allah SWT. Semoga Tuanku Akan Terus Pertahankan Martabat Agama Islam, Bangsa Melayu Dan Tanah Air Disamping Menjaga Hak2 Kaum2 Dan Agama lain Yg Sudah Termaktub Dlm Perlembagaan Negara

Sempena dengan Hari Keputeraan Tuanku,

Ampun Tuanku. Patik "Arman Azha Anak Perak" Sembah Tahniah Ke Bawah DYMM Tuanku. Kebijaksanaan, Keadilan dan Kedaulatan Tuanku Sultan Perak Kekal Di Mata Anak-Anak Perak.



DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU