Friday, February 27, 2009
No wonder lar Karpal Nak Saman Sultan, He thinks he's a King
A very Good Msia Citizen
Sunday, February 22, 2009
Where Anwar Get His Funding..Haaiiihhh
Persoalan ini banyak dilontarkan sejak Anwar begitu yakin umumkan tarikh spesifik beliau akan jadi PM pada 16 September. Beliau kata pada tarikh itu, seramai 30 ahli parlimen BN akan melompat parti bagi membolehkannya menjadi PM.
Ada yang mendakwa pengunduran Azizah, isteri Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai itu untuk beri laluan Anwar bertanding, dianggap merupakan sebahagian daripada ‘master plan’ ke arah mencapai cita-cita di atas.
Persoalan ini juga sukar untuk diramalkan kerana politik itu satu seni yang serba berkemungkinan. Misalnya tiada siapa dapat menjangkakan BN akan tewas di lima negeri untuk membolehkan Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen. Tiada siapa dapat menjangkakan Pakatan Rakyat boleh menghantar 82 ahli Parlimen ke ke Dewan Rakyat, tetapi itulah realitinya keputusan PRU 12.
Tiada siapa dapat menjangkakan sebuah parti kecil, PKR, boleh menghantar 31 ahli Parlimen mendahului parti lama DAP (28 ahli parlimen) dan PAS (23 ahli parlimen). Sedangkan DAP dan PAS mempunyai grassroot kerana sudah bertapak lama, berbanding dengan PKR yang hanya ditubuhkan sejak 1999.
Bayangkan PKR pada tahun 2004, hanya mempunyai satu kerusi parlimen di Permatang Pauh, boleh mendahului PAS yang mempunyai kerajaan negeri di Kelantan dan DAP yang sudah bertapak sejak serpihan parti PAP di Singapura lagi.
Dari segi logik, tidak munasabah, tetapi itulah realitinya.
Imbas kembali pada PRU 12, PKR hanya berbekalkan satu kerusi parlimen (Permatang Pauh) boleh bekerja seumpama ‘jentera’ yang memerintah negara dengan poster dan kain rentang berwarna warni, pelbagai risalah dicetak warna dan di pos ke setiap isi rumah. Malah khidmat pesanan ringkas turut dihantar ke setiap pengundi untuk merayu undi menggunakan kaedah terkini.
Malah poster Anwar bercetak warna pelbagai saiz, ditulis dalam empat bahasa “A New Dawn For Malaysia” dihantar dari Perlis hingga Sabah dan Sarawak. Kelantan yang dimonopoli oleh PAS juga bersepah poster warna warni itu, sedangkan Anwar tidak pun bertanding dalam PRU 12, tetapi projek menjulang dan memperkasakan imej Anwar di sebarkan ke seluruh Malaysia.
Tiada poster Ustaz Hadi atau Lim Kit Siang yang dipotretkan dan disebarluaskan sedemikian rupa, kecuali poster Anwar, walaupun beliau tidak bertanding.
Barangkali ‘projek menjulang imej Anwar’ ini direstui oleh Ustaz Hadi sebagai Presiden PAS dan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP sebagai mengiktiraf Anwar sebagai ‘ketua Pakatan Rakyat’ dan bakal PM Malaysia.
Barangkali juga Anwar menjulang nama tanpa direstui oleh rakan-rakan Pakatan sepertimana yang didakwa ustaz Hadi baru-baru ini bahawa dalam Pakatan tiada siapa yang jadi ketua.
Barangkali dengan kenyataan ‘tiada siapa ketua’ dalam Pakatan ini memberi ruang kepada Anwar untuk menonjolkan diri sebagai ketua yang berkaliber.
Bagaimana pula dengan kontraktor yang sentiasa menghimpit Anwar. Barangkali si kontraktor yang mendapat kontrak cetak dan pos, poster Anwar “A New Dawn For Malaysia” sudah kaya raya dengan cetakan poster dan edaran ke seluruh Malaysia.
Kalau dikatakan kontraktor itu sudah bergelar ‘jutawan’ dengan hanya kontrak cetakan poster dianggap tuduhan melampau, tetapi realitinya poster tersebar ke seluruh pelusuk kampung.
Itu baru soal poster Anwar yang tak bertanding, bagaimana pula kontraktor yang mendapat tender poster calon PKR, topi parti, payung, T-shirt, khemah, bilik gerakan, sepanduk, bunting, bendera parti dan khidmat SMS?
Berapa banyak yang Anwar terpaksa laburkan ?
Barangkali mengira perbelanjaan poster dan kain rentang sukar kerana tiada data yang spesifik, sekarang mari kita congak perbelanjaan kasar untuk setiap calon Ahli Parlimen PKR.
Setiap ahli parlimen diwajibkan membayar deposit sebanyak RM 5 ribu setiap calon. PKR hantar 76 calon, bermakna 76 x Rm5,000 = RM380,000.
Itu hanya perbelanjaan untuk ahli parlimen, belum kira lagi ahli PKR yang bertanding DUN. Itu hanya deposit calon, belum dikira lagi perbelanjaan untuk setiap calon semasa kempen pilihanraya.
Bermakna, kalau PKR hanya bermodalkan satu ahli parlimen PRU 2004, tanpa kuasai kerajaan negeri, tidak mampu untuk mendapatkan dana pilihanraya sebanyak itu. PAS yang selalu kutip derma semasa ceramah dan kuasai kerajaan negeri Kelantan, tidak mampu tandingi kekayaan sumber kewangan PKR.
Malah ketika Anwar diwawancara oleh Malaysiakini, tentang beliau menjadi PM selepas 16 September, beliau begitu optimis sekali mengatakan cita-cita itu akan menjadi realiti;
Malaysiakini: You keep on saying ‘September 16, September 16′, but a lot of people think you are bluffing. Are you bluffing?
Anwar Ibrahim: I would say that people were doubtful when we said we were able to seriously challenge the ruling government on March 8. Nobody generally - which includes Malaysiakini - thought that we (could win) control of five states...OOpppsss 4 states Perak Dah Out..Cian.
It is good that people have cautioned me with ‘you’re a bit too optimistic’, but I am privy to many discussions that I cannot share for now. Based on that, I have ample reasons to suggest that - although we have been derailed somewhat because of all these episodes - we can make it.
Anwar banyak wang?
Persoalan ini pun sukar dijawab. Apabila timbul soal lompat melompat, 30 calon BN kepada PR, perkara pertama dibahaskan adalah soal deal. Soal tawar menawar, janji (rasuah ?) jawatan atau tawaran wang. Blog masterdedah tulis, Anwar tawar RM5 juta untuk setiap calon. Benar atau tidak dakwaan masterdedah, itu kebebasan bersuara daripada penulisnya.
Penulis blog Dunia Tiger pula sebut angkanya mencecah Rm100 juta untuk setiap calon. Penulis blog itu mengulas kenyataan Ahli Parlimen Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menyatakan ditawarkan wang lumayan untuk melompat parti yang “tidak habis makan” untuk tiga generasi.
Itu hak kebebasan bersuara para penulis blog untuk membuat andaian masing-masing dan kebebasan ini yang diperjuangkan oleh Anwar dalam mencintai demokrasi serta hak asasi.
Dalam kamus politik, soal melompat selalu dikaitkan dengan politik wang. Perkaitan keduanya sudah sinonim ibarat isi dengan kuku. Malah resipi menubuhkan kerajaan secara pintu belakang pernah dilakukan oleh Anwar ketika menjawat Menteri Kewangan dan TPM pada tahun 1994. Dengan kuasa Menteri Kewangan, Anwar mampu ‘membeli’ calon-calon PBS lompat parti, hingga kerajaan Pairin Sabah tumbang sampai ke hari ini.
Maknanya Anwar tahu resipinya dan pernah melakukan eksperimen itu di Sabah.Sebab itu apabila Anwar beri isyarat Yong Teck Lee, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) yang memulakan proses lompat itu dari Sabah, bermakna proses itu mengembalikan nostalgia 1994.
Apatah lagi Anwar dan Teck Lee sendiri saling kenyit mengenyit mata, mengakui pernah berbincang sebanyak dua kali.
Seperti kata Anwar, bukan masanya untuk berbicara soal tidak demokratik, etika atau pintu belakang kerana yang pentingnya beliau boleh menjadi PM pada 16 September. Apatah lagi soal moral, etika dan demokratik itu adalah ciptaan Barat. Anwar pula dikultuskan oleh Amerika untuk menjadi jurucakap “demokrasi” ke negara-negara lain.
Bermakna hanya Anwar sahaja layak menentukan takrif “demokratik” atau tidak, kerana beliau mendapat kultus daripada Presiden Polis Dunia (Amerika).
Dari mana sumber kewangan Anwar ?
Persepsi Anwar ‘banyak duit’ mungkin diyakini oleh orang seperti Yong Teck Lee atau orang-orang yang didakwa Anwar akan melompat parti pada 16 September. Kalu tidak masakan Teck Lee sanggup mengekori bontot Anwar di Singapura dan Hong Kong. Anwar bukan ahli parlimen pun ketika itu, beliau hanya pemimpin de facto PKR, tetapi beliau diyakini seorang yang mempunyai ‘lubuk duit’.
Malah untuk melambangkan dirinya sebagai ‘kilang duit’, Anwar mensasarkan perundingan untuk lompat parti akan dilakukan di luar negara. Pilih sahaja sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong. Barangkali maksud Anwar bernada sinis..setakat berunding di Malaysia, tak main lah. Apa barang berunding di Malaysia..
Anwar juga mencitra dirinya seorang yang mewah sesuai dengan status bakal PM, Anwar berpindah rumah dari Damansara ke Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada awal Januari 2007.
Di Malaysia, Amerika telah mensasarkan Anwar Ibrahim sebagai bonekanya kerana hubungan intim Anwar dan Amerika bermula sejak tahun 90-an lagi. Sebab itu, selepas Anwar dibebaskan dari penjara, pada 2004, NED telah membina semula imej Anwar dan menaja secara agresif menjadi penceramah Amerika di peringkat antarabangsa sejak 2005
Dalam PRU ke 12, tiga insrumen Amerika telah terlibat secara langsung dalam membantu Anwar di Malaysia. Tiga instrumen Amerika itu adalah NED, NDI dan IRI. Hasilnya Anwar berjaya mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan pada pilihanraya 2008. Serentak dengan itu juga media kawalan Amerika di peringkat antarabangsa telah melabelkan Anwar sebagai ‘key maker’ dan Ketua Pakatan Rakyat.
Apa patutkan kita percaya hidup2 Anwar Ni Rakan2...pikir2 kan lar .. Semua org tak betul dia sorang jer yg betul..
Wednesday, February 18, 2009
Ish2 Elizabeth Suka Tido Bogel, Pas Setuju Lak
Monday, February 16, 2009
Wat Happen Lar Pakatan Rakyat
Sunday, February 15, 2009
Apahal Lar P.R ni
Thursday, February 12, 2009
Anwar Kenapa Kau Cam Ni
Anwar Cam Lepas Tangan Jer
Wednesday, February 11, 2009
Daulat Tuanku
|
|
SHAH ALAM 11 Feb. - Hampir 2,000 ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Selangor hari ini berarak secara aman bagi mengutuk tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mencabar kedaulatan raja Melayu.
Perarakan yang diketuai Ketua Pemuda, Abdul Shukor Idrus pada pukul 4 petang itu adalah sebahagian daripada siri penentangan orang Melayu di seluruh negara terhadap sikap biadap dan kurang ajar Karpal.
Perarakan bermula dari Bangunan UMNO Selangor sejauh 1.5 kilometer dan berakhir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Selepas itu, Abdul Shukor membuat laporan polis terhadap tindakan Karpal itu.
Beliau yang ditemui pemberita selepas itu menegaskan, tindakan Karpal adalah tidak wajar dan tidak boleh dimaafkan kerana mengguris, menghina dan membangkitkan rasa marah orang Melayu.
"Hasrat Karpal untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah merupakan satu bentuk penyalahgunaan proses mahkamah selain berniat jahat untuk mengheret institusi raja ke kancah skandal umum.
"Selain itu, Karpal juga melanggar prinsip Perlembagaan dan Rukun Negara berhubung kesetiaan kepada raja dan negara yang harus dipatuhi oleh warganegara tidak mengira kaum," jelasnya.
Turut menyertai perarakan tersebut Ketua Wanita UMNO Selangor, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin serta beberapa pemimpin UMNO negeri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin ketika ditemui mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat terhadap KarpalJangan Hina Raja Melayu
MARAH... SEBAHAGIAN ahli-ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya dan NGO mengadakan demonstrasi membantah tindakan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang disifatkan menderhaka kepada Sultan Perak di hadapan IPD Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Wahidah Zainal
Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)
Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang’, manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. – JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida)
Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. – IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)
Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat.